pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..

Wednesday, November 19, 2008

Sebutlah namaku juga Umar!!

Interesting how Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi sebut dlm bukunya Fiqh Al-Awlawiyyat, bhgn topik dgn priority kualiti atas kuantiti. Insya Allah i hope bermanfaat utk ana share sekali dlm ni. Mungkin sesuai utk jadikan bahan kultum utk kita dan utk kita sampaikan jua..

Rasulullah bersabda:
"Berkahwinlah kamu dan beranak-pinaklah, sehingga bilangan kamu menjadi banyak. Sesungguhnya aku akan berbangga dgn banyaknya umat atas umat-umat yg lain"
(Riwayat Imam Daud and An-Nasai dari Maqal Ibn Yasar)

However, yang dibanggakan Rasulullah bukanlah "angka-angka kosong" yang lahir setiap hari. Everyday ofcourse ada ja yang lahir, tapi bukan yg dibanggakan mereka yg jahil, fasiq dan zalim. Tapi yang dibanggakan adalah umatnya yg cerdik, baik, bermutu dan beramal soleh dan bermanfaat bagi org lain. Sama jugak hadis yg biasa tani sebut dlm ISK,

"manusia itu seumpama kelompok unta; ada seratus ekor tetapi tidak ada yg boleh dijadikan tungganggan"
(hadith Riwayat Bukhari dan muslim dari Abdullah ibn Umar)

It explains that jenis manusia yg berkualiti ni is very the very sedikit. Seperti sedikitnya bilangan unta yg boleh dijadikan tunggangan yg baik dan kenderaan. Tani biasanya suka berbangga dgn byknnya kuantiti but kurang yg perhatikan kualiti. Beratus-ratus bahkan ribuan diluar sana yang digelar "ustaz" tetapi berapa ramai yg kita liat yg mengambil kerjanya sebagai penerus kerja Rasulullah, lebih byk yg kita liat mengambilnya sebagai profession, tak ubah seperti seorg doktor dgn professionnya. Berapa ramai mereka yg menjadi pensyarah tetapi terlalu sedikit mendidik anak didiknya diluar waktu kuliah. Berapa ramai mereka yg ingin digelar pendakwah tetapi sedikit yang rela berkorban harta dan nyawa utk tugas tersebut.

Hari ni ada 1.4-2 billion kaum muslimin didunia ni out of 5 billion manusia yg berkeliaran dibumi ni. its so a pity, its a pity, its a pity!! ramainya bilangan kita hanya sekedar angka, yg disipak ketepi jalan, yang ditiup bagaikan habuk dijalanan, yang terhanyut dibawa ombak jahiliyyah, apa kurangnya kita dgn mereka yg kufur pada yg Maha Pengasih?? sedihnya.. sungguh bagaikan buih air bah yg mengalir seperti yg disebut Rasulullah.

Sepatutnya kita adalah umat yg HEBAT! yang penuh dgn IZZAH! Berbangga dgn AKU SEBAGAI MUSLIM. Yang pantang melihat kemungkaran, yang sensitif dgn hal berkaitan dakwah. Yang tak mungkin terancam dgn sepak terjang org2 kafir, NOT EVEN BERANI mereka mencabar atau mengugat kita kaum muslimin walaupun mereka semua bersatu menentang kita. Teguh bagaikan pokok yang ampuh akarnya, bergoyang tetap bergoyang tetapi tercabut tidak sekali!

"...Berapa byk terjadi golongan yg sedikit dpt mengalahkan golongan yg byk dgn seizin Allah. Dan Allah berserta org2 yg sabar." (2:149)

Ana sgt tertarik dgn firman Allah yang menyebut directly tentang manusia yang berkualiti ni lebih utama berbanding buih-biuh dilautan. Apabila kaum muslimin didalam keadaan yang ampuh,

"...Apabila 20 org yang sabar dari kalangan kamu, nescaya mereka boleh mengalahkan 200 org musuh. Dan jika ada 100(org yg sabar) dari kalangan kamu, mereka dpt mengalahkan 1000 org daripada org-org kafir...." (8:65)

Itu adalah diwaktu umat islam ni dlm keadaan kuat, ratio 1:10, ok nda apa..if umat islam yg sabar ni dalam keadaan yang lemah?? Allah telah menerangkan dalam ayat seterusnya.

"sekarang Allah telah meringankan kdpmu dan DIA telah mengetahui bahwa ada kelemahan pada kamu. Maka jika ada dikalangan kamu 100 org yg sabar, nescaya mereka akan dpt mengalahkan 200 org; dan jika diantaramu ada 1000 org (yang sabar), maka mereka akan dapat mengalahkan 2000 org dgn seizin Allah..." (8:66)

Hence, faktor kemenangan or berjayanya sesuatu tertumpu kpd kemantapan iman dan kesabaran serta kecekalan. Jikalau dakwah ini dibebani keatas bahu org yg pengecut, maka tak akan pergi kemana akhirnya. Jika dibebani keatas bahu org yg manja, maka porak peranda lah jadinya.

Ada one story, masa Saidina Umar r.a. jadi khalifah. Masa tu kedia bejalan2 dgn beberapa org sahabatnya, apabila dorg sampai to this one tempat, they had a rest and saidina Umar minta sahabatnya utk berangan-angan. So ada this one sahabat tarus cakap, "Aku berangan-angan mahu memiliki wang dirham yg dpt memenuhi tempat ani, kemudian wang tersebut aku gunakan utk perjuangan di jalan Allah."
Dan org kedua pun cakap, "Aku berangan-angan mahu memiliki wang dinar yg dpt memenuhi tempat ani, kemudian wang tersebut aku gunakan utk perjuangan di jalan Allah."
Lantas saidina umar menyapa, "Aku berangan-angan ingin memiliki org2 yg byk(kualiti) seperti Abu Ubaidah Ibn Al-Jarrah, Muaz Ibn Jabal, Salim Mawla Abu Huzaifah Ibn Yaman, kemudian aku gunakan mereka utk berjuang di jalan Allah"

Subhanallah, subhanallah ..antum pernah nda terangan-angan utk menjadi salah seorg seperti yg disebut Umar? Oh Umar Umar sabut namaku juaaaaaa~~~

Ibnu Mas'ud adalah seorg sahabat rasulullah yg ukuran badannya sgt kecil, sehingga ada riwayat yg kata, jika Ibnu Mas'ud berdiri, tingginya sama seperti tinggi org yg duduk. Pada suatu hari Abdullah ibnu Mas'ud r.a. memanjat sebatang pokok utk satu keperluan, kemudian nampaklah kedua betis kakinya yang kurus kering. Tiba-tiba sebahagian sahabat yg lain mentertawakannya, maka Rasulullah S.A.W. yang hadir ditempat itu bersabda:
"Apakah kamu mentertawakan keadaan betis kakinya yg kurus kering..?Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, timbangan kedua betis itu lebih berat di sisi Allah daripada gunung Uhud...!"
(Hadith sahih dari riwayat Ali ibn Talib)

Begitulah i/a yg sgt dicintai, Allah urge us to be the best in every field that we are in. Bukan cuma dlm hal-hal berkaitan dgn urusan akhirat, bahkan jugak dlm urusan dunia. Lahirkan dari tarbiyah kita, org2 seperti yang diidamkan Umar, Asuhlah diri utk menjadi "seberat" Abdullah Ibn Mas'ud. Every single one of us has a role to play dalam jalan dakwah ni, setiap dari kita adalah berbeza kualitinya, but relakah hanya menjadi yg biasa? Betul kah cinta kita pada Allah? Bukankah kita katakan Allah kekasihku? Tiada cinta melainkan cinta pada-Nya dan cinta kerana-Nya? kalau begitu, BUKANKAH ORG YANG MENGASIHI SELALU INGIN MENCARI PERHATIAN KEKASIHNYA?

The last question for all of us.....

"ADAKAH KAU BERSEDIA UTK MENJADI YANG TERBAIK(KUALITI) ...?

Uhibbukum Fillah,
Al-Faqir

0 comments: