pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..

Tuesday, December 30, 2008

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

KEGAGAHAN WANITA



Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-



1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW:- 'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

Surah Al-Ahzab: Ayat 71 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.' Wallahualam.





KECANTIKAN LELAKI



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.



(forward emel..)

Thursday, December 18, 2008

Doa perpisahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



asalamualaikum.. i just sadar yang ive being bz..sampai terlupa sesuatu yang satu titik takdir yang penuh makna dalam ingatan ani...thanx for seseorang yang menyedarkan sesuatu yang penuh makna ni.. muhasabah diri ni yang sibukan masa dengan apa?? adakah ia bermanfaat untuk diri ni or nda.. ?


selama beberapa tahun telah dilalui dengan jalan ini..penuh dengan onak duri.. moga Allah menerima amalan yang dibuat..ameen.. wat i want to highlight dicni, selama beberapa taun ni sahabat, kawan,teman seperjuangan, saudara saudara ku telah silih berganti untuk meneruskan hidup ani, or even sama sama mencari reda Allah ani.. tapi sekarang ni mcm bz saja sampai terlupa sesuatu yang terjalin ada yang bebelas tahun dah kenal n 2-3 tahun..but lama or kajap it doesnt matter, ukhwah yang dibuat menjadikan diri ini merasa penuh nikmat iman..tapi diri ni terlupa dengan kesibukan dengan hal diri..


setiap tahun saudara saudara ku makin bertambah..alhamdulilah, semakin lazat nikmat ukhwah yang diberi..tapi setiap tahun juga ada yang berpisah untuk sementara waktu..mengingatkn semasa kerja mencari reda Allah ini terasa diri ini kehilangan sesuatu yang berharga..


banyak pengalaman hidup yang dikongsi untuk pedoman diri ani jua...banyak kenangan yang terlalu manis sesampai bergelenang air mata ini merinduinya..kenagan pahit yang menjadi sempadan..


ingatlah kita hidup ni untuk beribadah kepada Allah jua.. moga sahabat sahabat, saudara saudara ku, abang abangku, adek adek ku, teman seperjuangan or even kaka kaka ku yang jauh dari diri ini..yang telah berjanji didalam ukhwah fillah( saudara kerana Allah), diri ini merinduie kamu semua..menyanyangi kamu insyaallah kerana Allah. tdak terbalas dengan kata kata dan perbuatan dengan apa yang telah kita buat bersama..insyaallah kerana Allah..


dengan izin Allah kalian semua akan didoakan selamat didalam rahmat Allah jua..nda kira dmana jua, K.L, U.K, SINGAPORE, CAMBODIA, INDONESIA, EGYPT, RUSIA, REPUBLIK CHECH, GERMANY, IRELAND, U.S... Dmana mana lah.. tiada yang mampu dibagi melainkan doa..


this song goes to all my BELOVED friends, doa perpisahan, lagu ani penuh makna dalam diri ani mengingati kamu semua..dont forget tuk doakan diri ani jua selamat didalam rahmat Allah jua n tdak tergelincir dari jalan yang penuh makna ani...

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

moga kita termasuk didalam golongan: 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT..ameen hayati lagu DOA PERPISAHAN ANI.. =)

asalamualaikum..
(kuli Allah)


Doa Perpisahan
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers



http://liriknasyid.com/


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Ku tetap pergi jua


Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini


O.. uwo.. ho..


Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan


Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu


Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga...


Tuhan berkatimu..


Oo.. ho.. o...

Doa Rabhitah

asalamualaikum.. just wan to share erti doa rabhitah..or u all can play tu ada lagunya ah...ehe...hayati la doanya ni... other thn tani hafal arabnya nda tau ertinya kn... semoga bermanfaat..(kuli Allah)

http://www.imeem.com/people/NmiMmH5/music/rwn8R6pv/izzis_11_rabithah_izzatul_islammp3/


DOA RABHITAH..

Sesungguhnya Engkau tahu

Bahwa hati ini tlah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMU

Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan Syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya

Kekalkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMU

Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakal padaMu

Hidupkan dengan Ma'rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela

Friday, December 5, 2008

Teka -teki imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '



source dari fwded email

=)

Saturday, November 29, 2008

KHAS BUAT DIRIMU

Posted by umairzulkefli on July 15 2007 07:47:04

KHAS BUAT DIRIMU

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya.. 'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..Mase bercinta memang indah.. Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.. Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah.. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah.. bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu

Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.. Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: " Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras? " Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik,Tegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose.. Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita.. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap.. Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.. "Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu.. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri."Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?""Em,boleh..duduklah.

Nta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..""Bercinta ke?"Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.. "Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?""Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.

" Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini: Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?

" Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?" "Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati.

" Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.."Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta." "Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt." Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul.


Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb.."Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi." Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri." Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu." "Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?""Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner." Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke?

Sekarang gak?

Takkanlah awal sangat?"Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?" Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.."Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11.

Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan." Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.."Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.." Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..
surah Al-Baqarah,ayat 216.. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya.

Saya pun fikir."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga.

Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..

Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya.


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568

Wednesday, November 19, 2008

Ayat-Ayat Quran Paling RomantiQ~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Asalamualaikum.. nak share cerithera paling romantik dalam kitab paling suci n termashur iaitu AL-Quran dalam surah Yusuff yang menceritakan jejaka paling tampan sehansem hansemnya yang diciptakan Allah jua..tidak lain dan tidak bukan, Nabi yusuff... dengan Zulaika istri kpada Raja mesir pada masa atu..just a brief one...dimulakan dari surah yusuff ayat 23 hingga ayat 34..




(23)وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
(24)وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَنْ رَأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ
(25)وَاسْتَبَقَا الْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُ مِنْ دُبُرٍ وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَى الْبَابِ قَالَتْ مَا جَزَاءُ مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوءًا إِلا أَنْ يُسْجَنَ أَوْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
(26)قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَنْ نَفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ أَهْلِهَا إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
(27)وَإِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ
(28)فَلَمَّا رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ
(29)يُوسُفُ أَعْرِضْ عَنْ هَذَا وَاسْتَغْفِرِي لِذَنْبِكِ إِنَّكِ كُنْتِ مِنَ الْخَاطِئِينَ
(30)وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَةُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَنْ نَفْسِهِ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلالٍ مُبِينٍ
(31)فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا هَذَا بَشَرًا إِنْ هَذَا إِلا مَلَكٌ كَرِيمٌ
(32)قَالَتْ فَذَلِكُنَّ الَّذِي لُمْتُنَّنِي فِيهِ وَلَقَدْ رَاوَدْتُهُ عَنْ نَفْسِهِ فَاسْتَعْصَمَ وَلَئِنْ لَمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُونًا مِنَ الصَّاغِرِينَ
(33)قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ وَإِلا تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُنْ مِنَ الْجَاهِلِينَ
(34)فَاسْتَجَابَ لَهُ رَبُّهُ فَصَرَفَ عَنْهُ كَيْدَهُنَّ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini." Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.
(23)
Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tiada melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.
(24)
Dan keduanya berlomba-lomba menuju pintu dan wanita itu menarik baju gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita itu di muka pintu. Wanita itu berkata: "Apakah pembalasan terhadap orang yang bermaksud berbuat serong dengan istrimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan azab yang pedih?"
(25)
Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)", dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta.
(26)
Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar."
(27)
Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah di antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar."
(28)
(Hai) Yusuf: "Berpalinglah dari ini dan (kamu hai istriku) mohon ampunlah atas dosamu itu, karena kamu sesungguhnya termasuk orang-orang yang berbuat salah."
(29)
Dan wanita-wanita di kota berkata: "Istri Al Aziz menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata."
(30)
Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka." Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa) nya dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia."
(31)
Wanita itu berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela aku karena (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak menaati apa yang aku perintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina."
(32)
Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."
(33)
Maka Tuhannya memperkenankan doa Yusuf, dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(34)
Kemudian timbul pikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahwa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu.


>> Dari ayat 23 diatas, kesah ini berlaku d istana Raja Al Aziz dan permaisurinya iaitu Zulaika dan yusuff juga tinggal d Istana tersebut di negara Mesir. Ia bermula dari suatu bilik yang masa itu Zulaika dan Nabi Yusuff didalamnya..waktu itu nabi Yusuff digoda oleh Zulaika, sedangkan nabi Yusuff melarikan diri ke pintu dan dikejar oleh Zulaika lalu ditariknya gamis nabi Yusuff lalu koyak..

then dimuka pintu ada Raja Al Aziz, lalu Zulaika menuduh Nabi Yusuff yang menggodanya,seorang saksi dari keluarga Zulaika berkata, jikalau Gamis itu koyak di bahagian depan, maka benar lah isteri Raja Aziz itu,jika koyaknya dibelakang maka itu adalah tipu dayanya saja..


Sampai kesah itu diketahui oleh penduduk wanita dikota dan didengar oleh Zulaika pengetahuan itu, lalu Zulaika memanggil semua wanita tersebut ke Istana dengan memberi pisau mengerat untuk jamuan,then nabi Yusuff disuruh berjalan didepan wanita wanita Kota itu sampai terkerat jari diorang,maha suci Allah yang maha pencipta n maha sempurna mencipta makhluknya, bertapa tampan nabi Yusuff sampai terkerat jari dan dipuji seperti malaikat,Zulaika membela dirinya oleh itulah ia tunduk tergoda dengan rupa yang ganteng hansem macho....

Nabi Yusuff berdoa ia rela dipenjarakan dari godaan tersebut, dengan ia mengIMANI dan Tunduk kepada ALLAH, maka makbul lah doa tersebut dan dipenjarakanlah nabi Yusuff beberapa tahun..

Akhirnya Zulaika mengaku salah yang dinyatakan di ayat 50-52 dibawah..

Raja berkata: "Bawalah dia kepadaku." Maka tatkala utusan itu datang kepada Yusuf, berkatalah Yusuf: "Kembalilah kepada tuanmu dan tanyakanlah kepadanya bagaimana halnya wanita-wanita yang telah melukai tangannya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka."
وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ فَلَمَّا جَاءَهُ الرَّسُولُ قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ مَا بَالُ النِّسْوَةِ اللاتِي قَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ إِنَّ رَبِّي بِكَيْدِهِنَّ عَلِيمٌ
50
Raja berkata (kepada wanita-wanita itu): "Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadamu)?" Mereka berkata: Maha Sempurna Allah, kami tiada mengetahui sesuatu keburukan daripadanya. Berkata istri Al Aziz: "Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku), dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar."
قَالَ مَا خَطْبُكُنَّ إِذْ رَاوَدْتُنَّ يُوسُفَ عَنْ نَفْسِهِ قُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا عَلِمْنَا عَلَيْهِ مِنْ سُوءٍ قَالَتِ امْرَأَةُ الْعَزِيزِ الآنَ حَصْحَصَ الْحَقُّ أَنَا رَاوَدْتُهُ عَنْ نَفْسِهِ وَإِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ
51
(Yusuf berkata): "Yang demikian itu agar dia (Al Aziz) mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya di belakangnya, dan bahwasanya Allah tidak meridai tipu daya orang-orang yang berkhianat.
ذَلِكَ لِيَعْلَمَ أَنِّي لَمْ أَخُنْهُ بِالْغَيْبِ وَأَنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي كَيْدَ الْخَائِنِينَ
52
Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ
53
Dan raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku". Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercaya pada sisi kami".
وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِي فَلَمَّا كَلَّمَهُ قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ
54
Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan."
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الأرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
55
Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju ke mana saja yang ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.
وَكَذَلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الأرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَنْ نَشَاءُ وَلا نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
56
Dan sesungguhnya pahala di akhirat itu lebih baik, bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertakwa.
وَلأجْرُ الآخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
57


>> Dari ayat 53-57, Raja Mesir iaitu Raja Al Aziz memanggil Yusuff dengan mahu merapatinya dengan memberi jawatan sebagai BENDAHARA mesir..

selepas nabi Yusuff dibebaskan dari penjara( source dari Radio NURISLAM,Penceramah Pusat Dakwah), dipercayaie Zulaika telah gila merayau tidak tentu arah semasa nabi Yusuff dipenjarakan..Lalu dijumpaie oleh Nabi Yusuff dan diubati penyakit Zulaika itu dengan Nabi Yusuff Berdoa untuk Zulaika,dengan doa tersebut, sembuhlah Zulaika dengan kejelitaanya yang dulu dengan beriman pada Allah..

Nabi yusuff mengahwini Zulaika..dimalam pertama itu dceritakan nabi Yusuff hendak membawa Zulaika tidur, tetapi Zulaika yang beriman pada Allah, merasa takwanya kepada Allah ia beribadah kepada Allah pada malam itu...

ehehehe abisssss, atukan dulu Zulaika yang asi asi kan Nabi Yusuff, las las nabi yusuff yang...ehehe romantik sungguh...dengan iman seseorang itu dapat berubah...moga kita dapat meneladani iman Nabi Yusuff dan Zulaika diakhir cerita tersebut...jiwang tapi berlandaskan takwa...itulah cerita paling romantik didalam AlQuran..moga bermenfaat..semua kbaikan dari Allah yang kurang dalam artikel ni adalah dari diri ani jua..mun ada salah or labih moga ditegur, kerana cerita ni dapat didengar dari Radio Rangkaian Nurislam, just want to share wad i heard ja..wallahuwaklam.. diakiri dengan akhir ayat dari Surah Yusuff jua..




(Gambar Hiasan)


Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takbir mimpi. (Ya Tuhan). Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الأحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
101
Demikian itu (adalah) di antara berita-berita yang gaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); padahal kamu tidak berada pada sisi mereka, ketika mereka memutuskan rencananya (untuk memasukkan Yusuf ke dalam sumur) dan mereka sedang mengatur tipu daya.
ذَلِكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ إِلَيْكَ وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ أَجْمَعُوا أَمْرَهُمْ وَهُمْ يَمْكُرُونَ
102


Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لأولِي الألْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
111

Kuli Allah.. =)

Sebutlah namaku juga Umar!!

Interesting how Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi sebut dlm bukunya Fiqh Al-Awlawiyyat, bhgn topik dgn priority kualiti atas kuantiti. Insya Allah i hope bermanfaat utk ana share sekali dlm ni. Mungkin sesuai utk jadikan bahan kultum utk kita dan utk kita sampaikan jua..

Rasulullah bersabda:
"Berkahwinlah kamu dan beranak-pinaklah, sehingga bilangan kamu menjadi banyak. Sesungguhnya aku akan berbangga dgn banyaknya umat atas umat-umat yg lain"
(Riwayat Imam Daud and An-Nasai dari Maqal Ibn Yasar)

However, yang dibanggakan Rasulullah bukanlah "angka-angka kosong" yang lahir setiap hari. Everyday ofcourse ada ja yang lahir, tapi bukan yg dibanggakan mereka yg jahil, fasiq dan zalim. Tapi yang dibanggakan adalah umatnya yg cerdik, baik, bermutu dan beramal soleh dan bermanfaat bagi org lain. Sama jugak hadis yg biasa tani sebut dlm ISK,

"manusia itu seumpama kelompok unta; ada seratus ekor tetapi tidak ada yg boleh dijadikan tungganggan"
(hadith Riwayat Bukhari dan muslim dari Abdullah ibn Umar)

It explains that jenis manusia yg berkualiti ni is very the very sedikit. Seperti sedikitnya bilangan unta yg boleh dijadikan tunggangan yg baik dan kenderaan. Tani biasanya suka berbangga dgn byknnya kuantiti but kurang yg perhatikan kualiti. Beratus-ratus bahkan ribuan diluar sana yang digelar "ustaz" tetapi berapa ramai yg kita liat yg mengambil kerjanya sebagai penerus kerja Rasulullah, lebih byk yg kita liat mengambilnya sebagai profession, tak ubah seperti seorg doktor dgn professionnya. Berapa ramai mereka yg menjadi pensyarah tetapi terlalu sedikit mendidik anak didiknya diluar waktu kuliah. Berapa ramai mereka yg ingin digelar pendakwah tetapi sedikit yang rela berkorban harta dan nyawa utk tugas tersebut.

Hari ni ada 1.4-2 billion kaum muslimin didunia ni out of 5 billion manusia yg berkeliaran dibumi ni. its so a pity, its a pity, its a pity!! ramainya bilangan kita hanya sekedar angka, yg disipak ketepi jalan, yang ditiup bagaikan habuk dijalanan, yang terhanyut dibawa ombak jahiliyyah, apa kurangnya kita dgn mereka yg kufur pada yg Maha Pengasih?? sedihnya.. sungguh bagaikan buih air bah yg mengalir seperti yg disebut Rasulullah.

Sepatutnya kita adalah umat yg HEBAT! yang penuh dgn IZZAH! Berbangga dgn AKU SEBAGAI MUSLIM. Yang pantang melihat kemungkaran, yang sensitif dgn hal berkaitan dakwah. Yang tak mungkin terancam dgn sepak terjang org2 kafir, NOT EVEN BERANI mereka mencabar atau mengugat kita kaum muslimin walaupun mereka semua bersatu menentang kita. Teguh bagaikan pokok yang ampuh akarnya, bergoyang tetap bergoyang tetapi tercabut tidak sekali!

"...Berapa byk terjadi golongan yg sedikit dpt mengalahkan golongan yg byk dgn seizin Allah. Dan Allah berserta org2 yg sabar." (2:149)

Ana sgt tertarik dgn firman Allah yang menyebut directly tentang manusia yang berkualiti ni lebih utama berbanding buih-biuh dilautan. Apabila kaum muslimin didalam keadaan yang ampuh,

"...Apabila 20 org yang sabar dari kalangan kamu, nescaya mereka boleh mengalahkan 200 org musuh. Dan jika ada 100(org yg sabar) dari kalangan kamu, mereka dpt mengalahkan 1000 org daripada org-org kafir...." (8:65)

Itu adalah diwaktu umat islam ni dlm keadaan kuat, ratio 1:10, ok nda apa..if umat islam yg sabar ni dalam keadaan yang lemah?? Allah telah menerangkan dalam ayat seterusnya.

"sekarang Allah telah meringankan kdpmu dan DIA telah mengetahui bahwa ada kelemahan pada kamu. Maka jika ada dikalangan kamu 100 org yg sabar, nescaya mereka akan dpt mengalahkan 200 org; dan jika diantaramu ada 1000 org (yang sabar), maka mereka akan dapat mengalahkan 2000 org dgn seizin Allah..." (8:66)

Hence, faktor kemenangan or berjayanya sesuatu tertumpu kpd kemantapan iman dan kesabaran serta kecekalan. Jikalau dakwah ini dibebani keatas bahu org yg pengecut, maka tak akan pergi kemana akhirnya. Jika dibebani keatas bahu org yg manja, maka porak peranda lah jadinya.

Ada one story, masa Saidina Umar r.a. jadi khalifah. Masa tu kedia bejalan2 dgn beberapa org sahabatnya, apabila dorg sampai to this one tempat, they had a rest and saidina Umar minta sahabatnya utk berangan-angan. So ada this one sahabat tarus cakap, "Aku berangan-angan mahu memiliki wang dirham yg dpt memenuhi tempat ani, kemudian wang tersebut aku gunakan utk perjuangan di jalan Allah."
Dan org kedua pun cakap, "Aku berangan-angan mahu memiliki wang dinar yg dpt memenuhi tempat ani, kemudian wang tersebut aku gunakan utk perjuangan di jalan Allah."
Lantas saidina umar menyapa, "Aku berangan-angan ingin memiliki org2 yg byk(kualiti) seperti Abu Ubaidah Ibn Al-Jarrah, Muaz Ibn Jabal, Salim Mawla Abu Huzaifah Ibn Yaman, kemudian aku gunakan mereka utk berjuang di jalan Allah"

Subhanallah, subhanallah ..antum pernah nda terangan-angan utk menjadi salah seorg seperti yg disebut Umar? Oh Umar Umar sabut namaku juaaaaaa~~~

Ibnu Mas'ud adalah seorg sahabat rasulullah yg ukuran badannya sgt kecil, sehingga ada riwayat yg kata, jika Ibnu Mas'ud berdiri, tingginya sama seperti tinggi org yg duduk. Pada suatu hari Abdullah ibnu Mas'ud r.a. memanjat sebatang pokok utk satu keperluan, kemudian nampaklah kedua betis kakinya yang kurus kering. Tiba-tiba sebahagian sahabat yg lain mentertawakannya, maka Rasulullah S.A.W. yang hadir ditempat itu bersabda:
"Apakah kamu mentertawakan keadaan betis kakinya yg kurus kering..?Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, timbangan kedua betis itu lebih berat di sisi Allah daripada gunung Uhud...!"
(Hadith sahih dari riwayat Ali ibn Talib)

Begitulah i/a yg sgt dicintai, Allah urge us to be the best in every field that we are in. Bukan cuma dlm hal-hal berkaitan dgn urusan akhirat, bahkan jugak dlm urusan dunia. Lahirkan dari tarbiyah kita, org2 seperti yang diidamkan Umar, Asuhlah diri utk menjadi "seberat" Abdullah Ibn Mas'ud. Every single one of us has a role to play dalam jalan dakwah ni, setiap dari kita adalah berbeza kualitinya, but relakah hanya menjadi yg biasa? Betul kah cinta kita pada Allah? Bukankah kita katakan Allah kekasihku? Tiada cinta melainkan cinta pada-Nya dan cinta kerana-Nya? kalau begitu, BUKANKAH ORG YANG MENGASIHI SELALU INGIN MENCARI PERHATIAN KEKASIHNYA?

The last question for all of us.....

"ADAKAH KAU BERSEDIA UTK MENJADI YANG TERBAIK(KUALITI) ...?

Uhibbukum Fillah,
Al-Faqir

Tuesday, November 11, 2008

CABARAN REMAJA MUSLIM




1.0 PENGERTIAN



1.1 Cabaran :

1. Perihal mencabar (mempersoalkan,mempertikaikan);

2. Ajakan (untuk berlawan dsb);

3. Sesuatu (unsur, faktor dsb) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yang penuh dengan ~ (cabaran).

1.2 Remaja :

1. Mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk kahwin;

2. muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yang sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yang sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;

1.3 Muslim :

Perkataan dari Bahasa Arab, yaitu orang yang beragama Islam, penganut agama Islam[1] .



Kesimpulan :

"Halangan-halangan atau rintangan-rintangan yang mesti dilalui oleh seorang lelaki yang bergelar remaja Islam dalam mengharungi kehidupan di dunia hari ini".



2.0 APA CABARANNYA ?



2.1 Pengkhianatan Sulit Golongan Munafik



Golongan munafik ialah satu golongan yang hipokrit dengan agama. Mereka berpura-pura dengan beramal dengan agama tetapi jiwanya melakukan pengkhianatan secara sulit terhadap Islam.



Contoh : Abdullah bin 'Ubay dll.



Cabaran untuk remaja muslim :



i. Mereka dirosakkan dengan agenda terancang sehingga memusnahkan generasi pelapis Islam melalui penularan aktiviti-aktiviti hiburan melampau dan seumpamanya.

ii. Menghapuskan kebanggaan seseorang remaja Islam terhadap agama mereka tetapi mewujudkan kebanggaan baru bagi mereka dengan materialisme (fahaman kebendaan).



2.2 Perisytiharan Perang Golongan Kafir



Golongan kafir ialah mereka yang tidak beriman dengan Allah, Rasulullah s.'a.w dan tidak beragama Islam.



Mereka berusaha keras untuk menghapuskan agama Islam. Melakukan tipu daya, mewujudkan komplot-komplot untuk hancurkan Islam dan seringkali mencari punca untuk memerangi umat Islam.



Cabaran untuk remaja muslim :



i. Mereka dirosakkan dengan serangan-serangan pemikiran yang bercanggah dengan agama. Apabila muslim berpegang dengan pemikiran-pemikiran baru, di situlah bermulanya kelemahan muslim.

Contoh serangan pemikiran : Sekularisme, Nasionalisme, Liberalisme dan lain-lain.

ii. Gabungan usaha antara golongan kafir dan munafik amat akrab, justeru remaja muslim akan menghadapinya dengan penuh kesukaran.

iii. Kelemahan yang terhasil daripada adunan yang dicetuskan oleh golongan munafik dan dirosakkan pula oleh serangan pemikiran oleh golongan kafir, menghasilkan remaja atau pemuda muslim yang pondan dan mementingkan diri sendiri.



2.3 Penyesatan Yang Dilakukan Syaitan



Syaitan adalah musuh remaja Islam dan umat Islam keseluruhannya yang paling besar. Ia tidak pernah jemu menipu, menimbulkan keraguan dan merangsang ke arah kejahatan.



Cabaran untuk remaja muslim :



i. Seseorang remaja muslim akan terpengaruh dengan bisikan-bisikan yang berbentuk hasutan dalam setiap gerak langkah harian yang diatur. Gerak langkah yang diatur dengan panduan syaitan akan menjauhkan hubungan diri remaja muslim dengan Allah SWT. Kedudukan yang jauh daripada Allah SWT menghasilkan tindak tanduk yang jauh daripada panduan wahyu.

ii. Tunduk di bawah hasutan syaitan akan menyebabkan jiwa remaja muslim keras dan sukar untuk menerima kebenaran. Akhirnya, perhambaan kepada Allah bertukar kepada perhambaan diri kepada syaitan. Syaitan bersekongkol dengan golongan kafir dan munafik, yang menyebabkan diri remaja muslim lebih selesa dengan kedua golongan di atas berbanding dengan golongan mukmin sendiri.



2.4 Pertarungan Nafsu Yang Ingin Mengalahkan



Nafsu adalah wadah tempat berinteraksi segala yang baik dan jahat, halal dan haram juga hak dan batil. Ia laksana bejana yang menerima apa sahaja. Baik hidayah (petunjuk) mahupun dholalah (kesesatan).



Nafsu seringkali mengarahkan diri kepada keburukan. Ia mesti dikekang dengan taqwa dan agama juga diperkukuhkan dengan tarhib (ugutan/ancaman) dan targhib (galakan). Jika tidak, tuannya pasti akan ditewaskan.



Cabaran untuk remaja muslim :



i. Mereka hanya sibuk dengan masalah dan kekacauan orang lain hingga terlupa diri sendiri. Hasilnya, menjadikan dirinya keras dan tidak boleh menerima kesalahan peribadi.



3.0 AYUH BERTINDAK !



3.1 Tingkatkan hubungan dengan Allah SWT.

3.1.1 Menunaikan ibadah yang diwajibkan dengan sempurna.

3.1.2 Mengamalkan puasa sunat.

3.1.3 Bangun di waktu malam untuk solat dua rakaat dan membaca al-Quran.



3.2 Menggempur budaya ilmu.

3.2.1 Menghadiri majlis-majlis ilmu.

3.2.2 Mewujudkan perbincangan-perbincangan agama.

3.2.3 Mendisiplinkan diri dengan bacaan buku-buku yang menambahkan pengetahuan pada setiap hari.

3.2.4 Berusaha meneliti maksud terjemahan Al-Quran.





3.3 Meningkatkan kecemerlangan diri dalam pelbagai aspek.

3.3.1 Bina kecemerlangan dalam bidang akademik.

3.3.2 Bina kecemerlangan dalam bidang keterampilan diri.

3.3.3 Bina kecemerlangan dalam sahsiah.

3.3.4 Bina kecemerlangan dalam pelbagai kemahiran.



4.0 CONTOH KEUNGGULAN REMAJA MUSLIM



BIL
NAMA
UMUR
ASPEK CEMERLANG

01
Saidina 'Ali bin Abi Tholib
Belasan tahun
- Keberanian menggantikan Nabi s.'a.w di tempat tidur sempena peristiwa hijrah.

02
Zaid bin Tsabit
13

tahun
- Tawarkan diri menyertai peperangan Badar al-Kubra.

- Menguasai Bahasa 'Ibrani dan Siryani.

- Menjadi penulis wahyu Rasulullah s.'a.w.

03
Sultan Muhammad Al-Fateh
23 tahun
- Menawan kota Kostantinaple.

- Pakar strategik peperangan.

04
Muhammad al-Qasim Muhamad
17 tahun
- Membawa Islam di India dan Pakistan.

- Memimpin ketumbukan ketenteraan.




5.0 PENUTUP



Anda mampu menghadapi cabaran dunia pada hari ini dengan syarat menghiaskan diri dengan keperibadian muslim sejati.



Tentu sekali anda akan melakar sejarah seumpama tokoh-tokoh pemuda Islam terdahulu melakari sejarah peribadi mereka untuk Islam.



Sekian.



Disediakan oleh,



Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim

Fellow Kanan

Al-Iman Consultant And Training Centre (ICTC)

5 Disember 2007











--------------------------------------------------------------------------------

[1] Sumber dari Kamus Dewan Edisi Baru Cet. Ketiga.

Sunday, October 26, 2008

AL-GHAFFAR (Maha Pengampun)

Satu ketika Nabi SAW di pangil oleh omar. Kerana saidina omar melihat seorg lelaki di dapan masjid nabawi merobek2 tanah meronta2 dan menangis meraung..

Omar kata ”sudah lah”

Laki : “ku buat dosa besar sangat”

Smpai omar nda dapat control lelaki atu ya pun pangil nabi..maka nabi pun kluar

Bila nabi dtg lelaki atu ceta arh nabi apa perbuatan yang di buatnya sampai ya rasa kn bunuh diri.

Lelaki ani telah pun dikabarkan..ya kn kawin dgn seorang perempuan ani ..tapi di pinang-pinang nda dapat

Akhirnya ya kuat hati kan bunuh kedua ibu bapa perempuan atu..sesudah di bunuhnya dorang di bunuhnya perempuan atu jua…tiga-tiga meninggal..yang peliknya di saat ya kn mengkebumikan mayat-mayat atu..ya rasa sifat kebinatangan atu ada lagi membahang di jiwanya…lapas atu di perkosanya mayat perempuan atu..

Atulah sebabnya napa ya meraung-raung di dapan masjid atu merasa Allah nda akan mengampunkan dosanya

Bila nabi dengar ceritany atu…nabi kata “besar mana sebenarnya dosa mu yang engkau rasakan..adakah sebesar bumi Madinah ni?”

Lelaki atu menjawab “ya Rasulullah besar lagi”

Nabi: ”adakah besar 7 petala langit 7 petala bumi?”

Lelaki atu menjawab”besar lagi ya Rasulullah”

Nabi: “adakah besar arash Allah yang kita tak tahu besarnya?”

Lelaki atu menjawab”besar lagi ya Rasulullah sekarang ani aku rasa nda boleh tahan ni”

Maka rasulullah berkata lgi untuk menenagkan hatinya..

“besar dosa engkau kah atau besar lagi pengampunan Allah ke atas dosa mu atu”

Bila ya dengar cematu besar pengampunan Allah yang dijanjikan oleh rasul pilihan Allah maka lelaki atu pun berkata “ kalau macam ni masih ada ruang dan kesempatan untuk mengubah diri”

Ada satu kisah lagi,

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:

Bahwa Nabi saw. bersabda: Di antara umat sebelum kamu sekalian terdapat seorang lelaki yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Lalu dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling berilmu, kemudian dia ditunjukkan kepada seorang pendeta. Dia pun mendatangi pendeta tersebut dan mengatakan, bahwa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang, apakah tobatnya akan diterima?

Pendeta itu menjawab: Tidak! Lalu dibunuhnyalah pendeta itu sehingga melengkapi seratus pembunuhan.

Kemudian dia bertanya lagi tentang penduduk bumi yang paling berilmu lalu ditunjukkan kepada seorang alim yang segera dikatakan kepadnya bahwa ia telah membunuh seratus jiwa, apakah tobatnya akan diterima?

Orang alim itu menjawab: Ya, dan siapakah yang dapat menghalangi tobat seseorang! Pergilah ke negeri Anu dan Anu karena di sana terdapat kaum yang selalu beribadah kepada Allah lalu sembahlah Allah bersama mereka dan jangan kembali ke negerimu karena negerimu itu negeri yang penuh dengan kejahatan!

Orang itu pun lalu berangkat, sampai ketika ia telah mencapai setengah perjalanan datanglah maut menjemputnya. Berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab mengenainya.

Malaikat rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertobat dan menghadap sepenuh hati kepada Allah.

Malaikat azab berkata: Dia belum pernah melakukan satu perbuatan baik pun. Lalu datanglah seorang malaikat yang menjelma sebagai manusia menghampiri mereka yang segera mereka angkat sebagai penengah.

Ia berkata: Ukurlah jarak antara dua negeri itu, ke negeri mana ia lebih dekat, maka ia menjadi miliknya. Lalu mereka pun mengukurnya dan mendapatkan orang itu lebih dekat ke negeri yang akan dituju sehingga diambillah ia oleh malaikat rahmat.

(sahih Muslim No.4967)

Firman Allah:

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Az Zumar: 53)

Saudar-saudara ku jgn lah kita putus asa berdoa minta keampunan darinya andainya Allah pencipta segala sesuatu dan Allah jugalah yang mampu menilai hambanya. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang akan setiap hambanya.

Taubat itu menhapus dosa-dosa sebelumnya

Ya Ghaffaru ighfir dhunubana
ya Allah yang maha pengampun ampunilah dosa-dosa kami