pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..

Tuesday, December 30, 2008

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

KEGAGAHAN WANITA



Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-



1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW:- 'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

Surah Al-Ahzab: Ayat 71 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.' Wallahualam.





KECANTIKAN LELAKI



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.



(forward emel..)

Thursday, December 18, 2008

Doa perpisahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



asalamualaikum.. i just sadar yang ive being bz..sampai terlupa sesuatu yang satu titik takdir yang penuh makna dalam ingatan ani...thanx for seseorang yang menyedarkan sesuatu yang penuh makna ni.. muhasabah diri ni yang sibukan masa dengan apa?? adakah ia bermanfaat untuk diri ni or nda.. ?


selama beberapa tahun telah dilalui dengan jalan ini..penuh dengan onak duri.. moga Allah menerima amalan yang dibuat..ameen.. wat i want to highlight dicni, selama beberapa taun ni sahabat, kawan,teman seperjuangan, saudara saudara ku telah silih berganti untuk meneruskan hidup ani, or even sama sama mencari reda Allah ani.. tapi sekarang ni mcm bz saja sampai terlupa sesuatu yang terjalin ada yang bebelas tahun dah kenal n 2-3 tahun..but lama or kajap it doesnt matter, ukhwah yang dibuat menjadikan diri ini merasa penuh nikmat iman..tapi diri ni terlupa dengan kesibukan dengan hal diri..


setiap tahun saudara saudara ku makin bertambah..alhamdulilah, semakin lazat nikmat ukhwah yang diberi..tapi setiap tahun juga ada yang berpisah untuk sementara waktu..mengingatkn semasa kerja mencari reda Allah ini terasa diri ini kehilangan sesuatu yang berharga..


banyak pengalaman hidup yang dikongsi untuk pedoman diri ani jua...banyak kenangan yang terlalu manis sesampai bergelenang air mata ini merinduinya..kenagan pahit yang menjadi sempadan..


ingatlah kita hidup ni untuk beribadah kepada Allah jua.. moga sahabat sahabat, saudara saudara ku, abang abangku, adek adek ku, teman seperjuangan or even kaka kaka ku yang jauh dari diri ini..yang telah berjanji didalam ukhwah fillah( saudara kerana Allah), diri ini merinduie kamu semua..menyanyangi kamu insyaallah kerana Allah. tdak terbalas dengan kata kata dan perbuatan dengan apa yang telah kita buat bersama..insyaallah kerana Allah..


dengan izin Allah kalian semua akan didoakan selamat didalam rahmat Allah jua..nda kira dmana jua, K.L, U.K, SINGAPORE, CAMBODIA, INDONESIA, EGYPT, RUSIA, REPUBLIK CHECH, GERMANY, IRELAND, U.S... Dmana mana lah.. tiada yang mampu dibagi melainkan doa..


this song goes to all my BELOVED friends, doa perpisahan, lagu ani penuh makna dalam diri ani mengingati kamu semua..dont forget tuk doakan diri ani jua selamat didalam rahmat Allah jua n tdak tergelincir dari jalan yang penuh makna ani...

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

moga kita termasuk didalam golongan: 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT..ameen hayati lagu DOA PERPISAHAN ANI.. =)

asalamualaikum..
(kuli Allah)


Doa Perpisahan
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers



http://liriknasyid.com/


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Ku tetap pergi jua


Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini


O.. uwo.. ho..


Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan


Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu


Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga...


Tuhan berkatimu..


Oo.. ho.. o...

Doa Rabhitah

asalamualaikum.. just wan to share erti doa rabhitah..or u all can play tu ada lagunya ah...ehe...hayati la doanya ni... other thn tani hafal arabnya nda tau ertinya kn... semoga bermanfaat..(kuli Allah)

http://www.imeem.com/people/NmiMmH5/music/rwn8R6pv/izzis_11_rabithah_izzatul_islammp3/


DOA RABHITAH..

Sesungguhnya Engkau tahu

Bahwa hati ini tlah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMU

Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan Syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya

Kekalkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMU

Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakal padaMu

Hidupkan dengan Ma'rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela

Friday, December 5, 2008

Teka -teki imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '



source dari fwded email

=)