pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..

Wednesday, May 27, 2009

Keadaan ahli kitab dahulu dan perintah Allah untuk macamana berkelakuan sama orang menindas islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

semoga pembaca smua dalam sehat sejahtera, sentiasa berada dalam lindungan illahi dan berada dalam kemanisan iman. alhamdulillah satu persoalan dtg dari pada chat box ni. inshaAllah through soalan2 akan menambahkan ilmu kitani lagi.

soalan " bleh nda terangkn ayat Al-Qur'an yg dimaksudkn "kafir setelah beriman"." dari saudara "martyr"

inshaAllah aku akan cuba memberi apa yang ana fahami dari sini.


ayat yang di sebutkan dalam soalan tadi datangnya dari surah al-baqarah ayat 109 seperti berikut :

"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. " 2:109


dari ayat ani Allah ingin memberi amaran kepada orang beriman masa tu daripada Ahli Kitab yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani ani. Yang secara terang-terangan dan tapuk2 sangat2 benci kan orang beriman dan dengki jua kn org beriman ani walaupun nyata kepada durg ani kebenaran yg dbawa leh Nabi Muhammad SAW. Allah suruh org2 beriman ani memaafkan dan bersabar dgn karenah Ahli Kitab ani sehingga datang perintah Allah.


Dari Ibn Abi Hatim, Abdullah bin Ka'ab bin Malik berkata "Ka'ab bin Al-Ashraf seorang yahudi dan penyair selalu mengkutuk Nabi dalam syair nya. Jadi Allah firman "Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman" pasal kejadian atu"


Ad-Dahhak berkata bahawa 'Abbas berkata " seorg buta huruf datang kepada para Ahli Kitab mengesahkan apa yg ada dalam kitab durg tentang pesuruh Allah (Nabi Muhammad SAW) dan tentang ayat Allah. Dia jua percaya dgn smua atu sepertimana durg percaya (pada kitab durg pegang). Tetapi dorg inda menerima Nabi dalam keadaan indamo percaya, dengki dan melanggar perintah. Oleh kerana ani Allah berfirman "
kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w)" setelah nyata kebenaran kepada durang, bukan pasal durg ni ndatau atau nada pengetahuan pasal kebenaran ani tapi pasal dengki durg buat durg inda mo menerima Nabi"

Ya Allah..geramnya!!! kenapa durg ani udh ta dapat kebenaran tapi still jua inda mo menerima Nabi. Bukan kah udah nyata yang Muhammad pesuruh Allah yang udah nyata disebut dalam Kitab Tuarat dan Injil (yang Ahli Kitab pegang n percaya). Tapi durg ni inda mo menerima nabi pasal Nabi bukn terdiri dari pada durg (iaitu bukan dari kaum yahudi n nasrani). Durg mo durg ja spesel then setelah tau Nabi bukn dari durg, jd diorg nda mo terima.

smbung balik ayat tadi Allah firman "
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya" perintah ani sama dgn perintah yang diberikan dalam 3:186 dimana org2 beriman disuruh bersabar dan bertakwa walaupun mendapat cacian dan di kutuk.


Tetapi kemudianya datang perintah Allah kepada org beriman untuk membunuh dan melawan orang2 musryik
dalam 9:5 dan perintah untuk membunuh org yg inda percayakn Allah dan hari akhirat sehingga durg ni membayar jiziyah dalam keadaan taat n merendah diri. sepertimana yang telah dikatakan leh Ibn 'Abbas, Abu Al-`Aliyah, Ar-Rabi` bin Anas, Qatadah and As-Suddi

Ibn Abi Hatim mengakatakn bahawa usamah bin zayd berkata yang Nabi dan sahabat selalu bersabar dan memaafkan org kafir dan Ahli Kitab ( ketika diorg ni selalu menindas dan menghina islam) kerana seperti perintah Allah tadi dalam 2:109 dan ayat2 lain lg.

Nabi selalu ja maafkn org kafir before ni yang menhina dan mencaci islam tp bila perintah Allah untuk melawan balik lapas atu Nabi ikut perintah dan lawan siapa yang menindas islam tetapi dengan batasan yang diberi oleh Allah. dan buknya Allah suruh berperang sukati tetapi berperang apabila diperangi (atau dtindas)

Allahua'lam

semoga membantu menjwp soalan

Maaf salah silap dari kataku. yang baik datang dari Allah yang buruk dari salah silap ku.

wassalam

Thursday, May 21, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN

Khutbah : jumaat,16hb Rabiulawal 1430H (13-Mar-2009)

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menjadikan setiap makhluk itu berpasang-pasangan dan ia merupakan antara nikmat anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang sangat besar kepada makhluk-makhluk-Nya. Kita manusia telah dijadikan hidup berpasang-pasangan antara lelaki dengan perempuan dan hubungan kehidupan berpasang-pasangan itu akan dikuatkan lagi melalui ikatan yang sah iaitu pernikahan atau perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan ia mempunyai banyak hikmah, antaranya untuk menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai.

Agama Islam mewajibkan akad nikah bagi setiap pasangan yang hendak berkahwin dan tempat yang paling digalakkan mengadakan akad nikah itu ialah di masjid kerana masjid merupakan tempat yang banyak diturunkan rahmat. Islam juga menganjurkan supaya pernikahan itu dihibahkan dan sunat mengadakan majlis kenduri kahwin atau memberi jamuan kepada jemputan yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis yang diadakan.

Muslimin yang berbahagia,

Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah disuruh oleh agama kerana risiko berhutang sangat tinggi, baik di dunia mahupun di akhirat, lebih-lebih lagi jika berhutang itu dengan cara riba.

Namun tidak dinafikan pada masa kini terdapat sebilangan orang yang terpaksa berhutang untuk majlis perkahwinannya kerana tidak mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi, sama ada membuat pinjaman di bank atau meminjam dari kaum keluarga. Namun janganlah hendaknya ia banyak berhutang sehingga menyukarkannya untuk membayar balik hutang tersebut yang akhirnya hanya akan membebankan hidupnya di kemudian hari nanti. Oleh itu sudah sewajarnya majlis perkahwinan yang hendak dibuatnya itu biarlah secara sederhana dan mengikut kemampuannya sahaja, tidak perlu membebankan dirinya dengan memenuhi semua majlis adat istiadat perkahwinan yang diwarisi lebih-lebih lagi sebenarnya majlis yang digalakkan untuk meraikannya hanyalah pada majlis pernikahan itu sahaja.

Muslimin yang berbahagia,

Di negara kita telah menjadi adat masyarakat orang Brunei untuk mengadakan majlis bersanding iaitu kedua mempelai akan duduk di atas pelamin untuk dipertontonkan kepada jemputan yang hadir. Bersanding itu hanyalah adat dan bukan syariat tetapi jika hendak dibuat juga maka persandingan itu dan ajaran-ajarannya hendaklah tidak melanggar hukum syarak. Oleh itu dalam majlis persandingan, pengantin perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat manakala bagi pengantin lelaki pula hendaklah tidak memakai perhiasan yang ditegah oleh agama Islam seperti memakai rantai dan gelang lebih-lebih lagi jika ia diperbuat dari emas.

Sebagaimana lazimnya, pihak keluarga pengantin akan menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan majlis kenduri yang diadakan. Dalam hal ini adalah wajib bagi orang yang telah diundang itu hadir ke majlis tersebut sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila kamu diundang menghadiri walimah (perkahwinan), maka hendaklah kamu datang". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Walaubagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu, antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan tidak ada jemputan lain yang mendahului jemputan orang yang menjemput itu. Selain dari itu hendaklah di tempat majlis itu tidak ada sesuatu perkara yang mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mengadakan majlis perkahwinan adalah bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan terhadap pasangan yang mendirikan rumahtangga dan majlis kegembiraan ini diraikan bersama-sama kaum kerabat, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Namun sebagai umat Islam kita hendaklah tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak semasa mengadakan majlis perkahwinan itu. Ini adalah kerana majlis yang diadakan adalah untuk mengharapkan keberkatan dan doa restu dari sanak saudara kita, maka adalah mustahak majlis tersebut tidak dicampuradukkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama seperti mengadakan acara hiburan, nyanyian, muzik dan sebagainya yang mengasyikkan dan melalaikan dari mengingati Allah Subhanahu Wata'ala. Adalah elok majlis tersebut diiringi dengan nyanyian selawat memuji serta mensyukuri Allah Subhanahu Wata'ala dengan pukulan rebana yang mana itu adalah diharuskan di segi syarak.

Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga niat ikhlas dan ketaatan kita dalam mematuhi hukum-hukum syarak akan mendapat ganjaran pahala dan semoga majlis yang diadakan mendapat limpahan berkat dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 49 tafsirnya:

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami".



Saturday, May 9, 2009

kebesaran ilahi

Watch the rare wonders of nature…

The classical natural wonders are huge and hard to miss - vast canyons, giant mountains and the like. Many of the most fantastic natural phenomena, however, are also least easy to spot. Some are incredibly rare while others are located in hard-to-reach parts of the planet. From moving rocks to mammatus clouds and red tides to fire rainbows, here are seven of the most spectacular phenomenal wonders of the natural world.

1) Sailing Stones


The mysterious moving stones of the packed-mud
desert of Death Valley have been a center of scientific controversy for decades. Rocks weighing up to hundreds of pounds have been known to move up to hundreds of yards at a time. Some scientists have proposed that a combination of strong winds and surface ice account for these movements. However, this theory does not explain evidence of different rocks starting side by side and moving at different rates and in disparate directions. Moreover, the physics calculations do not fully support this theory as wind speeds of hundreds of miles per hour would be needed to move some of the stones.


2) Columnar Basalt


When a thick lava flow cools it contracts vertically but cracks perpendicular to its directional flow with remarkable geometric regularity - in most cases forming a regular grid of remarkable hexagonal extrusions that almost appear to be made by man. One of the most famous such examples is the Giant's Causeway on the coast of Ireland (shown above) though the largest and most widely recognized would be Devil's Tower in Wyoming. Basalt also forms different but equally fascinating ways when eruptions are exposed to air or water.


3) Blue Holes


Blue holes are giant and sudden drops in underwater elevation that get their name from the dark and foreboding blue tone they exhibit when viewed from above in relationship to surrounding waters. They can be hundreds of feet deep and while divers are able to explore some of them they are largely devoid of oxygen that would support sea life due to poor water circulation - leaving them eerily empty. Some blue holes, however, contain ancient fossil remains that have been discovered, preserved in their depths.


4) Red Tides


Red tides are also known as algal blooms - sudden influxes of massive amounts of colored single-cell algae that can convert entire areas of an ocean or beach into a blood red color. While some of these can be relatively harmless, others can be harbingers of deadly toxins that cause the deaths of fish, birds and marine mammals. In some cases, even humans have been harmed by red tides though no human exposure are known to have been fatal. While they can be fatal, the constituent phytoplankton in ride tides are not harmful in small numbers.


5) Ice Circles


While many see these apparently perfect ice circles as worthy of conspiracy theorizing, scientists generally accept that they are formed by eddies in the water that spin a sizable piece of ice in a circular motion. As a result of this rotation, other pieces of ice and flotsam wear relatively evenly at the edges of the ice until it slowly forms into an essentially ideal circle. Ice circles have been seen with diameters of over 500 feet and can also at times be found in clusters and groups at different sizes as shown above.


6) Mammatus Clouds



True to their ominous appearance, mammatus clouds are often harbingers of a coming storm or other extreme weather system. Typically composed primarily of ice, they can extend for hundreds of miles in each direction and individual formations can remain visibly static for ten to fifteen minutes at a time. While they may appear foreboding they are merely the messengers - appearing around, before or even after severe weather.


7) Fire Rainbows



A circumhorizontal fire rainbow arc occurs at a rare confluence of right time and right place for the sun and certain clouds.
Crystals within the clouds refract light into the various visible waves of the spectrum but only if they are arrayed correctly relative to the ground below. Due to the rarity with which all of these events happen in conjunction with one another, there are relatively few remarkable photos of this phenomena.


"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal" 3:190


Allahua'lam


Tuesday, May 5, 2009

Zaid bin Harithah r.a

Riwayat hidup beliau:
- Nama penuh beliau ialah Zaid bin Harithah bin Syurahil Al-Ka'biy.
- Ketika Zaid masih kecil iaitu semasa berumur 8 tahun, beliau dibawa keluar oleh ibunya Sa'diy binti Tha'labah untuk menziarahi kaumnya Bani Ma'n. Semasa mereka di dalam perjalanan iaitu ketika hampir sampai kepada kaum mereka, mereka diserbu oleh pasukan berkuda Bani Al-Qain, kemudian pasukan tersebut merampas harta, unta dan menawan kanak-kanak.
- Sepanjang tempoh kehilangan Zaid, air mata ibu beliau tidak pernah kering, tidak pernah berhenti dari mengalir dan keresahan ibu beliau tidak pernah hilang serta hatinya tidak pernah tenang.


Kisah beliau dijual:
- Zaid dipamerkan di pasar Ukaz untuk dijual. Ukaz adalah merupakan pasar yang dibina oleh bangsa Arab di Mekah pada bulan-bulan haram sebagai tempat untuk menjalankan urusan jual-beli dan mengalunkan syair. Lalu beliau dibeli oleh salah seorang pembesar Quraisy iaitu Hakim bin Hizam bin Khuwailid, anak saudara Khadijah binti Khuwailid r.a yang kemudiannya menjadi isteri Rasulullah s.a.w.
- Setelah itu Hakim memberikan Zaid kepada emak saudaranya iaitu Khadijah. Apabila Khadijah diberikan penghormatan untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w, Khadijah memberikan pula Zaid kepada baginda sedangkan pada masa tersebut Rasulullah s.a.w masih belum dibangkitkan menjadi Rasul.
- Zaid terlalu gembira tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w malah beliau terlalu menyayangi baginda, begitu juga Rasulullah s.a.w terlalu menyayangi beliau.


Beliau memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah daripada kembali ke pangkuan bapa beliau:
- Kedudukan Zaid di Mekah telah diketahui oleh bapa beliau, Harithah bin Syurahil. Lalu bapa beliau musafir ke Mekah dengan membawa sejumlah harta untuk menebus Zaid sambil diiringi oleh adik-beradik bapa beliau yang bernama Kaab.
- Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mahu menerima harta dan baginda juga tidak mahu menerima barangan yang lain sebaliknya baginda bersabda kepada mereka berdua: "Bukankah kamu memiliki sesuatu yang lebih baik daripada tebusan?" Mereka berdua berkata: "Apakah itu?" Lalu baginda bersabda: "Kita serahkan sahaja kepadanya, sekiranya dia memilih untuk bersama dengan kamu, dia akan menjadi milik kamu tanpa tebusan dan sekiranya dia memilih aku, demi Allah aku bukanlah terdiri dari kalangan orang yang tidak suka apabila dia dipilih." Kemudian mereka berdua menjawab: "Kamu telah memberikan pilihan yang sangat tepat." Tetapi Zaid telah memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w menyebabkan ayah dan bapa saudara beliau terkejut lantas bapa beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu wahai Zaid! Adakah kamu memilih kehidupan menjadi hamba daripada bapa dan ibu kamu?!" Lantas Zaid menjawab: "Sesungguhnya aku mendapati orang ini memiliki sesuatu yang tidak boleh sama sekali aku berpisah daripadanya." Sebaik sahaja Zaid mengucapkan kata-kata tersebut, Rasulullah s.a.w terus menarik tangan Zaid kemudian keluar ke Masjidilharam seterusnya baginda berdiri di atas batu sambil memegang Zaid lalu berkata kepada pembesar Quraisy: "Wahai bangsa Quraisy! Saksikanlah bahawa kanak-kanak ini adalah anak aku, dia akan mewarisi harta aku dan aku akan mewarisi hartanya". Ketika itu hati bapa dan bapa saudara beliau menjadi tenang kemudian mereka berdua meninggalkan Zaid tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w seterusnya mereka berdua pulang dengan hati yang tenang. Bermula peristiwa tersebut Zaid dikenali dengan Zaid bin Muhammad sehinggalah tiba seruan Islam yang mengharamkan penggunaan bin bagi anak angkat kepada bukan bapanya dengan turunnya firman Allah s.w.t:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ

Yang bermaksud: Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri.

Setelah itu Zaid digelar dengan Zaid bin Harithah.


Perjuangan beliau pada jalan Allah:
- Selepas Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul, Zaid adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang terawal memeluk Islam, beliau pernah dilantik menjadi panglima tentera bagi beberapa utusan dan pertempuran baginda dan beliau pernah menjadi wakil kepada Rasulullah s.a.w di Madinah ketika baginda keluar berperang.


Kematian beliau:
- Pada tahun kelapan Hijrah, Zaid bin Harithah keluar ke peperangan Mu'tah sebagai seorang panglima tentera Islam. Beliau memimpin seramai 3,000 bala tentera. Ketika tentera Islam sampai di Ma'an (Jordan sekarang), tiba-tiba mereka diserang oleh Heraclius Raja Rom yang mengetuai seramai 100,000 bala tentera yang kemudian dia dibantu pula oleh 100,000 bala tentera daripada musyrikin Arab yang bergabung dengannya. Di dalam peperangan tersebut, Zaid bin Harithah gugur syahid kemudian Jaafar bin Abu Talib menjadi panglima tentera menggantikan beliau, tetapi dia juga turut terkorban. Selepas itu Abdullah bin Rawahah pula menjadi panglima tentera, walau bagaimanapun dia juga turut terkorban. Seterusnya umat Islam memilih Khalid bin Al-Walid yang kemudiannya beliau mengundurkan tentera dan menyelamatkan mereka dari turut menjadi mangsa terkorban.
- Rasulullah s.a.w terlalu sedih di atas kematian Zaid sebagai seorang teman baginda malah baginda juga banyak menangis di atas kehilangan Zaid, orang yang sangat baginda sayangi.

Sumber: Kamal Zharif


Sunday, April 19, 2009

Utbah Bin Ghazwan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Dalam barisan orang-orang yang masuk Islam di awal waktu; dalam barisan para sahabat yang hijrah ke Habsyah; dalam barisan kaum muslimin yang hijrah ke Madinah; dalam barisan ahli panah pilih tanding yang banyak berkorban untuk Islam; ada seorang laki-laki tinggi dengan wajah bercahaya dan hati yang khusyu’. Dialah Utbah bin Ghazwan.

Dialah orang yang ke-7 memeluk Islam, taat setia pada Rasulullah, siap menghadapi kafir Quraisy yang kejam.

Pada hari-hari pertama Islam, saat penderitaan dan kesulitan banyak menghadang, Utbah bersama teman-teman muslimnya tetap teguh berpendirian. Keteguhan yang di kemudian hari menjadi makanan dan penyubur bagi hati nurani umat manusia.

Ketika Rasulullah saw menyuruh kaum muslimin hijrah ke Habsyah, Utbah bersama mereka. Tetapi, kerinduannya pada Rasulullah saw tidak membiarkannya terus menetap disana. Beliau segera pulang ke Makkah dan menetap hingga datang perintah hijrah ke Madinah.

Sejak kaum kafir Quraisy melakukan gangguan dan melancarkan peperangan, Utbah selalu membawa panah dan tombaknya. Beliau pakar dalam melempar tombak dan memanah. Bersama kaum muslimin lain, beliau hancurkan dunia lama yang penuh kedustaan dan kesyirikan.

Beliau tetap menyandang senjatanya, meskipun Rasulullah telah wafat. Beliau terus berjihad, dari satu daerah ke daerah yang lain. Kudratnya dalam pertempuran melawan Parsi sangat luar biasa.

Khalifah Umar mengirimnya dengan membawa pasukan ke Ubullah untuk membebaskan wilayah itu dari cengkaman orang Parsi yang menjadikan Ubullah sebagai batu loncatan untuk menghancurkan Islam yang telah banyak membebaskan negara jajahan mereka.

Sebelum berangkat, Khalifah Umar berpesan kepadanya, “Berangkatlah bersama pasukanmu hingga tiba di perbatasan negeri Arab dan negeri Parsi. Berangkatlah! Berkah dan kemudahan Allah akan bersamamu. Serulah ke jalan Allah siapa saja yang mahu dan bagi yang menolak, ia harus membayar jizyah. Jika tidak mahu masuk Islam dan tidak mahu membayar jizyah, hanya pedang yang cocok untuk mereka. Tetap teguh dalam menghadapi musuh dan bertawakallah kepada Allah, Tuhanmu.”

Dengan pasukan yang jumlahnya tidak terlalu besar, Utbah berangkat hingga sampai di Ubullah. Tentera Parsi sudah menghimpun satu pasukan terkuat mereka untuk menghadapi pasukan Islam yang dipimpin Utbah ini. Utbah menata pasukannya. Ia berdiri di depan pasukan, membawa tombak yang belum penah tersasar dari sasarannya. Beliau berseru, “Allahu Akbar. Dia pastu menepati janji-Nya.”

Seakan beliau telah membawa peristiwa yang akan terjadi. Kemenangan terhasil dengan mudah dan Ubullah dibersihkan dari kekejaman tentera Parsi. Allah benar-benar menepati janji-Nya.

Pembangunan kota Ubullah berkembang pesat, dan akhirnya berganti menjadi kota Basrah. Di sana berdiri sebuah masjid yang indah. Utbah ingin meninggalkan kota Basrah dan kembali ke Madinah. Beliau tidak ingin lagi jawatan gabenor. Akan tetapi, Khalifah Umar tetap menginginkannya tetap di Basrah.

Utbah menjadi gabenor Basrah. Beliau menjadi imam solat, mengajarkan Islam kepada masyarakat, memutuskan perkara dengan adil. Dan memberikan contoh teladan dalam sifat zuhud, kesalihan dan kesederhanaan. Tidak henti-henti beliau memerangi pola hidup mewah dan berlebihan dengan segala kemampuannya hingga dibenci oleh mereka yang terlelap dalam godaan kesenanyan dan hawa nafsu.

Utbah berpidato di hadapan mereka, “Demi Allah, sesungguhnya aku adalah muslim ke-7. Saat itu, kami berjuang bersama Rasulullah tanpa makanan sedikit pun. Hanya dedaunan pohon, hingga lambung kami terluka. Suatu hari, aku mendapatkan sepotong kain. Kain itu kupotong menjadi dua. Sepotong untuk Sa’d bin Malik dan sepotong untukku.”

Utbah menjauhi kesenangan duniawi untuk menjaga keimanannya, sebagaimana ia juga mengkhawatirkan hal yang sama terhadap kaum muslimin. “Engkau ini seorang penguasa dan sudah selayaknya menikmati semua kesenangan dunia. Seperti itulah yang dilakukan penguasa terdahulu. Masyarakat yang tinggal disini juga terbiasa dengan gaya hidup mewah.”

Namun, dengan tenang, Utbah menjawab, “Aku berlindung kepada Allah dari menjadi besar dalam urusan dunia, tetap menjadi kecil di mata Allah.”

Ketika masyarakatnya berap menerima pola hidup yang sederhana yang beliau perjuangkan, beliau berkata kepada mereka, “Esok akan ada para pemimpin lain yang menggantikanku.”

Musim haji pun tiba. Ia mewakilkan urusan Basrah kepada temannya, lalu berangkat ke Makkah. Sesudah itu, beliau ke Madinah menghadap Khalifah Umar. Di sana, beliau memohon kepada khalifah untuk membebaskannya dari jawatan gabenor. Akan tetapi, khalifah menolak permintaannya. Khalifah sangat memerlukan orang yang zuhud yang sama sekali tidak tertarik dengan kesenangan dunia, ketika ramai orang mengejarnya. Khalifah selalu mengatakan, “Kalian letakkan tanggungjawab di pundakku, lalu kalian meninggalkanku sendirian? Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kalian dari tanggungjawab ini.”

Jawapan yang sama diberikan kepada Utbah bin Ghazwan.

Utbah tidak mempunyai pilihan lain kecuali kekal di Basrah. Maka, beliau menaiki kuda dan berangkat. Sebelum berada di atas kudannya, beliau sempat berdoa, memohon kepada Allah supaya tidak dikembalikan ke Basrah. Ternyata doanya dikabulkan.

Dalam perjalanan ke Basrah, beliau menemui ajal. Ruhnya terbang menghadap Maha Pencipta dengan sukacita atas apa yang telah beliau tempuh dan perjuangkan; atas nikmat yang beliau garap; dan atas pahala yang menanti untuknya.


Sumber: antamuSlim

Sunday, April 12, 2009

Abu Ubaidah bin al-Jarrah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Abu Ubaidah adalah seorang sahabat yang terpercaya dan dicintai Rasulullah saw. Dia ikut banyak peperangan membela panji-panji Islam. Bahkan, menjadi panglima perang yang sangat memperhatikan keselamatan tentaranya.

Bahkan Abdullah bin Mas’ud bangga dengannya. “Paman-pamanku yang paling setia sebagai sahabat Rasulullah saw. Cuma tiga orang. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, dan Abu Ubaidah,” begitu ujarnya.

Rasulullah saw. sendiri mengakui kualitas Abu Ubaidah. “Bagi suatu kaum adalah seseorang yang paling mereka percayai dan bagi kaum ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah,” begitu sabda Rasulullah saw.

Di masa pemerintahan Abu Bakar sebagi Khalifah, Abu Ubaidah dipercaya sebagai Ketua Pengawas Perbendaharaan Negara. Abu Bakar kemudian mengangkatnya menjadi Gubernur Syam. Jabatan ini diemban Abu Ubaidah hingga di masa pemerintahan Umar bin Khattab.

Tak lama kemudian Umar mengangkat Abu Ubaidah sebagai Panglima Perang menggantikan Khalid bin Walid.

Suatu ketika, ketika di masa pemerintahan Abu Ubaidah, Syam dikepung musuh. Umar berkirim surat kepada Abu Ubaidah. Isinya, “Sesunggunya tidak akan pernah ada seorang mukmin yang dibiarkan Allah dalam suatu penderitaan melainkan Dia akan melapangkan jalannya, hingga kesulitan akan dibalas-Nya dengan kemudahan.”

Surat itu dibalas oleh Abu Ubadah dengan kalimat, “Sesungguhnya Allah swt. telah berfirman: Ketahuilah bahwasanya kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan senda gurau, bermewah-mewah, dan saling membanggakan kekayaan dan anak pinak di antaramu, ibarat hujan (menyirami bumi), tumbuh-tumbuhan (menjadi subur menghijau), mengagumkan para petani. Lalu tanaman itu mengering, tampak menguning, kemudian menjadi rapuh dan hancur. Sedang di akhirat kelak, ada azab yang berat (bagi mereka yang menyenangi kemewahan dunia) namun ada pula ampunan dan keridhaan Allah (bagi yang mau bertobat). Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu belaka.” (Al-Haddid: 20)

Surat balasan Abu Ubaidah ini oleh Umar dibacakan di depan kaum muslimin seusai melaksanakan shalat berjamah. “Wahai penduduk Madinah, sesungguhnya Abu Ubaidah mengharapkan aku dan kalian semua suka berjihad,” kata Umar.

Memang Abu Ubaidah dikenal orang di zamannya sebagai orang yang zuhud. Umar pernah berkunjung ke Syam ketika Abu Ubaidah menjabat sebagai gubernur. “Abu Ubaidah, untuk apakah aku datang ke rumahmu?” tanya Umar. Jawab Abu Ubaidah, “Untuk apakah kau datang ke rumahku? Sesungguhnya aku takut kau tak kuasa menahan air matamu begitu mengetahui keadaanku nanti.”

Namun Umar memaksa. Akhirnya Abu Ubaidah mengizinkan Umar berkunjung ke rumahnya. Sungguh Umar terkejut. Ia mendapati rumah Sang Gubernur Syam kosong melompong. Tidak ada perabotan sama sekali.
Umar bertanya, “Hai Abu Ubaidah, di manakah penghidupanmu? Mengapa aku tidak melihat apa-apa selain sepotong kain lusuh dan sebuah piring besar itu, padahal kau seorang gubernur?”

“Adakah kau memiliki makanan?” tanya Umar lagi. Abu Ubaidah kemudian berdiri dari duduknya menuju ke sebuah ranjang dan memungut arang yang didalamnya.

Umar pun meneteskan air mata melihat kondisi gubernurnya seperti itu. Abu Ubaidah pun berujar, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sudah kukatakan tadi bahwa kau ke sini hanya untuk menangis.” Umar berkata, “Ya Abu Ubaidah, banyak sekali di antara kita orang-orang yang tertipu oleh godaan dunia.”

Suatu ketika Umar mengirimi uang kepada Abu Ubaidah sejumlah empat ribu dinar. Orang yang diutus Umar melaporkan kepada Umar, “Abu Ubaidah membagi-bagi kirimanmu.” Umar berujar, “Alhamdulillah, puji syukur kepada-Nya yang telah menjadikan seseorang dalam Islam yang memiliki sifat seperti dia.”

Begitulah Abu Ubaidah. Hidup baginya adalah pilihan. Ia memilih zuhud dengan kekuasaan dan harta yang ada di dalam genggamannya. Baginya jabatan bukan aji mumpung buat memperkaya diri. Tapi, kesempatan untuk beramal lebih intensif guna meraih surga.


Sumber: www.dakwatuna.com

Wednesday, April 8, 2009

Cukuplah Allah sebagai penolong

Menyerahkan semua perkara kepada Allah, bertawakal kepadaNya, percaya sepenuhnya terhadap janji-janjiNya ridha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya merupakan buah keimanan yang paling agung dan sifat paling mulia dari seorang mukmin. Dan ketika seorang hamba tenang bahwa apa yang terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasaslahannya hanya kepada RabbNya, maka ia akan mendapatkan pengawasan, perlindungan, pencukupan serta pertolongan dari Allah.

Syahdan, ketika Nabi Ibrahim a.s. dilempar ke dalam koboran api, ia mengucapkan, "Hasbunallah wa ni'mal wakil" maka Allah pun menjadikan appi yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar. Demikian halnya yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya. Tatkala mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, mereka juga mengucapkan, "Hasbunallah wa ni'mal wakil".

{Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar} (Ali-Imran : 173-174)

Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana, menaklukkan setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Sebab, manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Mereka akan mampu menghadapi semua itu dengan baik hanya bila bertawakal kepada RabbNya, percaya sepenuhnya kepada Pelindungnya dan menyerahkan semua perkara kepadaNya. Kerana jika tidak demikian jalan keluar mana lagi yang akan ditempuh manusia yang lemah tak terdaya ini saat menghadapi ujian dan cubaan?

{Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman} (Al-Ma'idah:23)

Wahai orang yang ingin menyadarkan dirinya, bertawakallah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada padaNya. Itu bila anda mau keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana. Jadikanlah "Hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti lengkah hidup anda. Jika harta anda sedikit, hutang anda banyak, sumber penghidupan anda kering dan mata pencarian anda terhenti, mengadulah kepada Rabbmu seraya mengucapkan "Hasbunallah wa ni'mal wakil".

Jika anda takut kepada seorang musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim atau khuwatir dengan sesuatu bencana maka ucapkanlah dengan tulus kalimat ini : "Hasbunallah wa ni'mal wakil".

{Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.} ( Al-Furqan : 31)

wassalam

dari La Tahzan ; DR. 'Aidh al-Qarni

Monday, March 30, 2009

nice iklann...

asalamualaikum, just want to share iklan from indonesia...moga bermanfaat..


Thursday, March 26, 2009

Diriku..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


asalamualaikum...hari ani aku berada didunia Allah tepat 23 tahun kiraan masehi..ini lah kali ke 23 aku mengingatkan diriku yang serba daif ni tentang peluang umur yang Allah beri ni semakin berkurang menujunya jua.


Banyak yang telah Allah beri Nikmat pada diriku dan yang paling amat ku syukuri,iaitu nikmat islam dan iman. Aku bersyukur yang diTakdirkan menjadi seorang Islam dengan keturunan kedua indungku yang berketurunan Islam jua. Jika sekarang aku berada didunia ini sudah tepat 23 tahun dibumi Allah yang penuh dugaan ini bermakna aku sudah Islam selama 23tahun jua lah kiraan tahun masihi..tetapi aku menerima NIKMAT ISLAM dan IMAN baru beberapa tahun.. aku paling dan amat bersyukur apa yang Allah Takdirkan kepada ku selama ini, bah kan aku malu ada kalanya aku terleka dengan Nikmatnya.


Jika Allah tidak mengizinkan memberiku rezeki makan minum selama 5 hari nada daya ku neruskan hidup,jika Allah tidak mengizinkan memberi ku penglihatan ani nescaya aku takut akan kekuasaanya, nafas selama 5 minit nescaya musnah lah diri ku ani, jika 5 saat Allah tidak mengizinkan memberi ku degupan jantung keatasku mati lah diri ani, kesemua JIKA yang ada melambangkan aku bergantung kepada YANG MAHA ESA yang mempunyai kerajaan terbesar di segala alam yang ada, MAHA mengetahui segala apa yang dimahukanya sesampai tahu akan isi hati hambanya ani, menunjukan aku yang maha lemah, aku nada daya, nada kuasa secebis pun di diri ku ani.

jasad badan ni 23 tahun kiraan masehi dah aku gunakan dan semakin subur ku jaga, jasad badan ini lah Allah pinjamkan ku tuk bali tiket tuk ke syurganya jua, mun nada jasad badan ni dipinjamkan cmanakah kn dapat pahala beganda ganda.. aku mensyukuri nikmat tubuh badanku yang diberikanNYA.. tubuh badan ku ani bukan aku punya, akupun nada kuasa atasya, mun tubuh badan ku ani aku punya sanang, inda payah ku kan ke hospital berubat, aku meng-uruskan badan ku ani kseluruhanya sehat sentiasa, tapi baru baru ani jua ku damam,ampus n batuk, beerti aku nada kuasa sedikit pun atas tubuhku ani, semua pemberian Allah, yatah mun kan buat sesuatu dusa makai tubuh badan ku ani malu ku bah, dah pun kna pinjamkan beulah lg membuat Maha Pencipta marah atas laranganya..serba kekurangan bah aku ani.


kalo aku ni aku punya, define sapakan aku ni???aku sendiri pun payahkan xplen sapa aku ani,jasad badan,roh,then dalam diri ku ani mcm ada coversation wa tapi nada suara, mcm apa yang ku buat sekarang ni,padahal aku menaip article kan ni, tp utak ku berfikir kan,ok ah, pemikiran tu 1 makhluk ah, then mcm ada 2 makhluk lagi membincangkan tentang pemikiran ku ani,negative dan positive,3 makhluk dah ah,diantara tu nafsu gi ikut ikutan menghasut pemikiran mun ia bepikir siuk sendiri ah,nafsu jua banar namanya, lain lagi penyokongnya syaitan yang menghasud, hati ku lagi yang membuat decision atas semua perbincangan dari otaku yang mempunyai pemikiran sebagai processor, negative tinking n positive tinking dan nafsuku,so berbagai makhluk dalam diri ku ani, mcm 1 kerajaan, diantara semua yang ada dalam diri ku ani siapa tah diri ku sebenarnya,apakan diri ku ni, aku ani bah sapa????ishhhh complecated kan..ataupun aku nda terpikir n tercari aku ani, mesti banyak research n banyak baca buku kali lagiii...Allah yang Maha mengetahui dan maha Pencipta, apa yang disuruh buat n larang jangan.. kitani hamba atau kulinya akur akan pemberianya pasal tani nada kuasa sedikit pun, atas diri tani pun nada kuasa....jangantah kan menyamsing..


Nikmat Islam yang Allah berikan ku, bersyukur kitani umat Muhammad, Umat Muhammad yang paling banyak masuk Syurga, then Umat Muhammad ja f Masuk syurga yang Melihat Allah nada lapisan tapisan...direct, sedangkan nabi Musa alaihisalam,ia berjumpa Allah dengan 70 lapisan, tani diect nada lapisan,atu yang nikmat paling special...Nikmat tertinggi dsyurga nanti... thn tani sanang dapat pahala sanang, mun umat dulu ckit ganjaran pahala nda berganda pasal umur durang ada yang beribu taun n beratus tahun, tapi tani umur ckit pahala sanang berganda n basar.. special kan umat Muhammad...


apakan Islam ani??suatu ugamakan...apakan erti islam ani?mesti liat kamus arab ke melayu ni pasal aku nda jua pndai arab ni,islam ni perkataan arab bh..bukan sja sja namanya islam..ok yG Sanang liat Quran Tafsir kan tani f ada msalah "Back to Quran" so application ada masalah tafsiran...eheeee... liat Ayat 131 surah Al-Baqarah


إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ


Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam".
131




dari ayat diatas adakan perkataan أَسْلِمْ dan أَسْلَمْتُ bermaksud Islam kan ruminya, liat arah tafsiranya "Tunduk patuhlah!", kesimpulanya erti makna ISLAM ialah TUNDUK PATUH.. Islam ni kn agama, thn MAksud sebenarnya ialah tunduk patuh kepada Tuhan semesta Alam, iaitu Allah, ikut arahanya dan laranganya..simple as tat..boss dri sgala bosss tani adalah Allah wa...


1)Aku belusir.

2)Aku Belusir.


mana yang lurus diantara 2 ayat ni? dari dewan bahasa n perpustakaan bahasa melayu, ayat 1) tu bermaksud "aku" sedang berlari, lari itu kata kerja dan yang 2) bermaksud "aku" bernama Belusir, pasal capital atu ia jadi nama kn...ok next...


3)Aku Islam.

4)Aku islam.


so ayat 3) bermaksud ia bernama Islam, macam Yussuf Islam ah...ehehe, 4) ia bermaksud ia islam, kan kalo bukan capital letter tu ia menjadi kata kerja kan..kan islam bermaksud Patuh dan Tunduk, so "Aku islam." ,bermaksud ia sedang patuh dan tunduk kepada Allah, atu yang patut kita buat sebagai seorang islam, jangan islam pada nama saja.. kalu dihuraikan tentang larangan dan suruhan Allah panjang, its another topic kan dibentangkan..nanti lah.. yang pentingnya kitani mesti membuat apa yang diajar dalam islam, kitani mesti tunduk payuh akan arahanya..seperti kita semestinya jujur..ikhlas..amanah..baik pada orang...tolong menolong..


tani bukan baik arah urang pasal urang atu..contoh ah,macam aku nulung usin arah mamaku ah,kan ia mama ku ada relation,pasal atu aku tulung kan..tapi kalo aku buat cmatu nulung mamaku bukan kerana hubungan yang ia mamaku,tapi kerna Allah, kalo ku buat kerana mama ku apa ku dapat???barang kali nanti ia bg ku usen lg la ah, tp mun niatku menulung kerna Allah, aku dapat pahala, inysyaallah nda ku dapat ddunia ni, di akhirat ganjaranya..lagi worth it kan..napa tani mesti ikut ckp mama??psal ia ngasuhkan slalu urg ckp...tp tani sebagai urg islam tani patuh ikut ckp mama psal Allah suruh kan..dari hadis nabi adakan diantara ibu ayah sapa yang priority??3 kali kan nabi ckp ibumu ibumu ibumu, pasal atu lah...iatah dari pengertian islam tu sendiri tani patuh tunduk kpada Allah, kan dri contoh diatas jelas...smua perbuatan tani ada sebab dan niat tani mesti ikhlas kerna Allah bru th dpt pahala..


atu saja kali kan ku share hari ani tepat pada 23 tahun kiraan Masihi diriku menjejak Bumi Allah ini,nikmat iman nda sampat kali panjang dah, next article ja...ani bru nikmat islam..ada plang lg ni...cukup th ani ja dulu...ilmuku ani apa jua anya...apa yg dpt ku smpaikn,smpaikn lah...alhamdulilah..apa kurang gtau ja aku...impruv jua diriku ani...eeheheh afwan informal bahasa ku....aku paling awal ingatkan diri ku sendiri lah dari apa yg ku smpaikan ani n pembaca blog ni...


bah asalamualaikum,

Kuli Allah

Monday, March 23, 2009

Ringkasan tafsir surah al-Hujurat: ayat 9-12

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Ayat 9. “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Al-Hujuraat ayat 9

Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):

Dilapurkan oleh Anas satu ketika Rasulullah (SAW) dijemput untuk melawat Abdullah bin Ubay, baginda menaiki keldainya dan diikuti oleh sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah (SAW) menghampiri Abdullah bin Ubay beliau berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah (SAW) sambil mencemuh “Jauhkan dirimu, demi Allah, bau untamu menyakitkan hidungku”, lalu salah seorang sahabat dari golongan Ansar menjawab “Demi Allah, bau unta Rasulullah (SAW) adalah lebih harum dari bau mu”. Maka pergaduhan tercetus dan turunlah ayat “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya.” (riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

(Nota: Abdullah bin Ubay adalah ketua golongan munafik, dan bukanlah sesuatu yang aneh untuk golongan munafik dan musyrik menggunakan lafaz “demi Allah” di zaman Jahiliyah kerana mereka masih mengakui keesaan Allah sebagai Rabb yang berbeza cuma mereka syirik terhadap Allah dalam sembahan-sembahan mereka)

Pengajaran ayat:

Ayat ke-9 ini menekankan prinsip mendamaikan dua golongan Muslim yang bergaduh atau berperang.

Langkah pertama ialah kedua pihak yang berperang mesti menghentikan kekerasan ke atas satu sama lain. Siapa yang memulakan kekerasan tidak penting, apa yang penting perdamaian dan persefahaman harus segera dicapai.

Langkah kedua, jika satu pihak berkeras untuk berperang dan tidak mahukan penyelesaian maka pihak yang mahukan damai hendaklah disokong supaya pihak yang degil dapat ditundukkan kepada undang-undang dan ketetapan Allah (berdamai). Keutamaan menghentikan kekerasan sesama muslim adalah dari hadis Rasulullah (SAW):

“Bantulah saudaramu samada yang zalim atau dizalimi”. Seorang sahabat Anas r.a. terkejut lalu bertanya “Wahai Rasulullah, membantu yang dizalimi itu jelas tetapi bagaimana kami membantu mereka yang zalim?” Rasulullah (SAW) menjawab “Bantulah dia dengan menghentikannya dari menzalimi” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Langkah ketiga, apabila pihak yang degil sudah berjaya ditundukkan, maka rundingan damai bolehlah segera dibuat untuk mencari penyelesaian kepada perselisihan dan mencapai kesefahaman semula.

Ayat 10. “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” Al-Hujuraat ayat 10

Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):

Sama dengan ayat ke-9

Pengajaran ayat:

Ayat ke-10 ini adalah lanjutan kepada ayat ke-9. Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan adalah sesuatu yang ‘integral’ kepada kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya.

Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas.

Sabda Rasulullah (SAW) dalam beberapa buah hadis Baginda (SAW) mengenai persaudaraan:

Tolong menolong:



“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).

Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah (SAW) bersabda “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Kasih-sayang:

Dari Anas bin Malik, Rasulullah (SAW) bersabda “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Tidak tindas-menindas:

Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang menipu kita adalah bukan di kalangan kita (muslim yang benar beriman)” (riwayat Muslim).

Tidak berlama-lama dalam perselisihan faham:



Dari Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Ayat 11. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11



Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):

Sebab turunnya bahagian awal ayat ini ialah bila sekumpulan sahabat dari bani Tamim mempersendakan Bilal, Salman dan Ammar yang kesemuanya adalah bekas hamba. Dalam ayat ini Allah (SWT) menegaskan kepada orang beriman bahawa di sisi Allah (SWT) Bilal, Salman dan Ammar adalah lebih mulia dari golongan yang mempersendakan mereka. Allah (SWT) tidak memandang asal keturunan mereka tapi pengorbanan mereka untuk agama-Nya.

Sebab turunnya bahagian “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk” dalam ayat ke-11 ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis yang dilapurkan oleh Abu Jubayrah ibn Ad-Dahhaak di mana satu ketika Rasulullah (SAW) pernah memanggil seorang sahabat dengan nama yang biasa beliau dipanggil, maka beberapa sahabat yang lain memberitahu Rasulullah (SAW) sebenarnya sahabat yang dipanggil itu tidak berapa menyukai panggilan tersebut. Maka bahagian ayat ini pun diturunkan tidak lama kemudian. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Pengajaran ayat:

Dalam ayat ke-11 ini Allah (SWT) menetapkan dua larangan dalam konsep persaudaraan dalam Islam.

1. Janganlah memandang rendah kerana sifat ini lahir dari perasaan riya’ dan ujub (bangga dan sombong serta menilai diri lebih tinggi dari orang lain dari sudut harta, pangkat, ilmu dan sebagainya). Namun begitu ada riya’ dan bangga diri yang dibenarkan iaitu bangga menganuti agama Islam dan mendokong segala prinsip dan syariat Islam dan berasa ujub (superior) dengan lengkap dan syumulnya Islam berbanding dengan agama yang lain, dan tidak merasa malu-malu atau rendah-diri mengenainya. Inilah bangga diri yang dibenarkan dan digalakkan.

2. Janganlah mengamalkan tabiat gemar mempersendakan orang lain. Termasuk empersendakan ialah menghina, memalukan, melekehkan, mengutuk, mencaci dan seumpamanya. Tabiat memannggil dengan panggilan yang buruk, ‘character assassination’ dan sebagainya sudah menjadi lumrah dalam suasana hidup zaman sekarang. Tidak mustahil kalau ianya berjaya dibuang dalam kehidupan sehari-hari maka tidak banyaklah benda yang hendak dicakap atau dituliskan.

Beberapa buah hadis Rasulullah (SAW) sebagai pesanan:



Dilapurkan oleh Saalim berkata ayahnya bahawa Nabi (SAW) bersabda “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).

Dilapurkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah (SAW) “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (riwayat Tirmizi dan Abu Daud).

Ayat 12. “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):

Sebagai lanjutan kepada ayat ke-11

Pengajaran ayat:

Dalam ayat ke-12 ini Allah (SWT) menetapkan satu lagi larangan dalam konsep pembinaan persaudaraan dalam Islam. Dua larangan awal dalam ayat ke-11 adalah berbentuk zahir berbeza dengan sifat prasangka dan mengintip-intip dalam ayat ke-12 yang bersifat tersembunyi.

3. Ayat dimulakan dengan larangan Allah (SWT) terhadap sifat bersangka-sangka (dengan persangkaan buruk – su’ul dzan). Persaudaraan yang kukuh mustahil dapat dibentuk kalau wujudnya sikap bersangka-sangka buruk terhadap satu sama lain. Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Syak wasangka yang dizahirkan dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan mengumpat (ghibah). Dapatlah disimpulkan bahawa keburukan fitnah dan mengumpat (ghibah) itu sebenarnya adalah berakar umbi dari sifat-sifat syak-wasangka.



Seorang Islam yang beriman seharusnya tidak menzahirkan sebarang anngapan buruk terhadap saudaranya sebagaimana pesan sebuah hadis dari Rasulullah (SAW) yang dilapurkan oleh Abu Hurairah “Allah (SWT) tidak akan melihat niat buruk seseorang itu sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Dilapurkan, berkata Umar Al-Khattab “Bila saudaramu berkata sesuatu yang mencurigakan, fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga” (riwayat Ibnu Katsir dan Imam Malik)

Ayat ke-12 ini diakhiri dengan larangan mengumpat (ghibah, berbicara buruk) yang lahir dari perasaan syak-wasangka. Perbuatan ghibah ini adalah antara faktor utama yang meruntuhkan persaudaraan (ukhwah) sesama Islam. Rasulullah (SAW) pernah ditanya “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah (SAW) menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah (SAW) menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”.

AlhamduliLlah, sekian saja tafsir ringkas untuk ayat 9-12 dari surah Al-Hujuurat, semoga ada manfaat untuk yang bertanya dan warga fikrah lainnya.

Sumber : Tafseer Soorah Al-Hujuraat, Abu Ameenah Bilal Philips,
Tawheed Publications, Riyadh.

Wednesday, March 18, 2009

Matlamat hidup Sebenar..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Asalamualaikum wahai saudara ku dan saudari yang diri ini hormati dan dikasihi kerna Allah, terlebih dahulu diri ini meminta maaf atas kesibukan diri yang sukar untuk dielakan untuk membuat article,setentunya dugaan yang diberi oleh Allah jua, alhamduliah segala puji bagi Allah diri ini maseh mengingatinya..dan tidak lupa kepada saudaraku yang menolong meneruskan pejuangan menegakan al- hak di blog ni dan yang terus membacanya, moga ia menjadi ibadah kita semua dan menjadi bukti diakhirat nanti kita menegakan agamanya didunia sebelumnya.
diri ini tidak banyak ilmu kan disampaikan, hanya sedikit untuk menjadi pedoman hidup mengingatkan diri ini terutamanya dan yang membaca article ini,
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Demi masa.
وَالْعَصْرِ
1
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
2
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
3


dari surah yang sering kita dengar imam membacakan ketika solat, surah ini juga sering kali dibaca di radio diakhir siaran selalunya pukul 12 tenggah malam, diri ini mengambil pengajaran dan iktibar untuk hidup didunia yang sementara ini, walaupun surah ini pendek tapi manfaatnya diwaktu yang panjang dikira oleh makhluk yang bernama manusia dan besar ertinya di hati ini. Diri ini tidak ada ilmu didalam penafsiran Ayat quran, oleh itu didalam article ini hanyalah pengajaran yang diambil dari tafsir yang terdapat di Quran tafsiran berbahasa melayu, pengajaran yang diri ini dengar dari ceramah di radio Nurislam Brunei, buku modal insan abad ke 21,Tulisan Anis Matta, penulis terkenal Indonesia dan Buku Tafsir Al-Wadih cetakan Pustaka Salam Malaysia .

"Demi masa",Allah bersumpah dipermulaan ayat dengan makhluknya yang paling penting bagi manusia iatu masa, apakah itu masa?masa dikira oleh manusia dengan saat,minit,jam,hari,
minggu,bulan,tahun,abad,kurun dan sebagainya. Tapi masa yang diertikan dalm surah ini adalah jangka waktu, jika kita perhatikan dengan kefahaman sebagai orang islam, kita ada 5 fasa jangka masa, iaitu

(1)alam barzakh,sebelum kita hidup,

(2)alam Hidup, dari lahir hingga Mati,

(3)alam kubur,dari kematian hingga menuju Hari PEMBALASAN

(4)Hari pengadilan, ketika DITIUP sangka kala,menuju padang masyar,menunggu giliran diadili,ketika ditanya semua perbuatan ketika dunia hingga keputusan dibuat oleh Allah diantara syurga atau neraka nauzubillah,

(5)Alam yang tidak ada penghujungnya,Syurga atau NERAKA, Neraka dahulu diakhiri dengan Syurga Wallahuwaklambisawaf.

diantara 5 fasa jangka masa yang ada tersebut, dari sambungan ayat 2 dan 3, ia berkisarkan tentang pembuatan pahala, yang di waktu jangka masa alam barzakh kita tidak dapat membuat pahala, di alam hari pengadilan kita tak dapat lagi membuat pahala apa lagi di alam yang tidak ada penghujungnya semua nya menerima balasan diantara nikmat atau AHZAB Allah nauzubillah dan di alam kubur kita sendiri tidak dapat membuat pahala kecuali dari amalan kita didunia terdahulu dapat kita terima di alam ini, masa yang dikhususkan di surah ini ialah alam hidup, di alam hidup ini kita dapat buat pahala dengan apasaja yang Allah beri kemudahan untuk kita gunakan,seperti pemikiran, tangan,mulut dan sebagainya.
ayat kedua,"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian", dari ayat ini Allah mengkhususkan kepada semua manusia bahawasanya semua manusia rugi, tidak kira Islam, Kafir, Yahudi, Kaya, Miskin, Kedayan, Murut, Cina, Bisaya, orang putih, orang itam, Punan, Bruneian,Malaysian, Indonesian, Singaporean,American dan semua jenis yang sama spisis bernama Manusia SEMUANYA BENAR BENAR DALAM KERUGIAN, rugi ni bermaksud tidak ada ganjaran, tidak menguntungkan atau tidak bermanfaat bah kan ada beban disebaliknya, jika di tafsir dengan ilmu hisab rugi adalah "Negative number" jika Untung ia bermaksud "Positive number" dan kosong (0) bermaksud tidak untung dan rugi.

ayat yang terakhir,"kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." Ada 4 golongan yang terkecuali dalm kerugian didunia ini iaitu:
(1)Orang yang beriman, semestinya orang Islam, yang percaya pada rukun iman yang 6
(2)Orang yang mengerjakan amal saleh,orang yang membuat amal kebajikan,

(3)orang yang nasihat menasehati tentang kebenaran, erti kata lain ingat mengingati tentang kebenaran,

(4)orang yang nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran, ingat mengigati tentang kesabaran.

turutan dari ayat ini sangat teliti oleh yang Maha teliti, sangat penting untuk menjadi pengajaran,4 golongan ini sahaja yang untung didunia ini dan insyaallah mendapat imbalan menjadinya di Akhirat kelak, orang yang beriman hendaklah ia Islam untuk mendapatkanya,mempercayai Allah,Nabi/Rasul,Malaikat,Quran,akhirat dan Qada&Qadar,jika hendak dihuraikan lebih panjang tentang rukun iman ini,insyaallah di article akan datang. Orang yang membuat amal saleh,iaitu membuat amal kebajikan seperti sedekah, berbuat baik,jujur pada orang,amanah dan sifat baik lainya semuanya ganjaran pahala. orang yang menesehati atau memperingati tentang kebenaran, iaitu memberi peringatan atau nasihat kepada manusia lain tentang Ilmu Islam agama sebenarnya,Ilmu yang luas untuk dihuraikan, tentang hidup yang sepatutnya kita buat, seperti ajaran dari Quran dan Hadith nabi yang patut jadi ikutan dan teladan. Dan yang akhirnya Orang yang menesehati atau memperingati tentang kesabaran iaatu dari 3 golongan turutan diatas disimpulkan dengan kesabaran, semua yang kita buat insyaallah kerana Allah ada dugaanya yang menuntut kita untuk sabar, bagi manusia jangka ,masa hidup ini adalah lama oleh itu kesabaran amatlah penting perlu dingatkan selalu,untuk memperingati kesabaran menunggu insyaallah nikmat Allah di Syurga nanti, bukan senang tuk masuk Syurga Allah.


inilah 4 golongan yang dapat menempah tiket ke syurga yang abadi, nikmat yang tidak ada tandinganya didunia dan terfikir oleh manusia,insyaallah diri ini menyampaikan untuk diri ini jua dan pembacanya, diakhiri dengan ayat Quran ini,

56.Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
(surah zuriyaat(56))

wallahuwaklam, yang baik dari Allah,yang kurang tolong tegur tuk diri yang daif ini jua,
asalamualaikum,




Kuli Allah

Tuesday, March 17, 2009

Mari kitani berkenalan dengan 9 jenis manusia anie.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Salamu 'Alaykum!

1. Siapakan orang yang sibuk anie?

Orang yang sibuk anie orang yang inda mengambil berat tentang waktu solatnya seolah-olah iya anie mempunyai kerajaan semacam kerajaan Nabi Sulaiman as.

2. Siapakan orang yang manis senyumanya anie?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis anie adalah orang yang di timpa masalah atau muslihat lantas iya berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lantas sambil berkata iya lagi,”Ya Rabbi Aku ridha dengan ketentuanMu anie”, sambil mengukir senyumannya.

3. Siapakan orang yang kaya anie?

Orang yang kaya anie adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan inda lupa akan kenikmatan dunia yang sementara anie.

4. Siapakan orang yang miskin anie?

Orang yang miskin anie adalah orang inda puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa melonggokkan hartanya.

5. Siapakan orang yang rugi anie?

Orang yang rugi anie adalah orang yang sudah sampai usia pertengahanya tapi masih jua iya berat kan melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6. Siapakan orang yang paling cantik anie?

Orang yang paling cantik anie adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakan orang yang mempunyai rumah yang paling luas anie?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas anie adalah orang yang meniggal membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya atu akan di perluaskan sejauh mata memandang.

8. Siapakan orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit anie?


Orang yang mempunyai rumah yang sempit anie adalah orang yang meninggal inda membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya atu menghimpitnya.

9. Siapakan orang yang mempunyai akal anie?


Orang yang mempunyai akal anie adalah orang-orang yang menghuni Syurga kelak kerana iya telah menggunakan akal sewaktu iya di dunia untuk menghindari siksa neraka.

WALAHUAKLAM BISSAWA



TAKBIR! \o/

Monday, March 16, 2009

Fadilat Basmallah



Salamu 'Alaykum!

Mukjizat di sebalik BASMALLAH


BASMALLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BASMALLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BASMALLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BASMALLAH pada awalnya kerana BASMALLAH tertulis pada setiap wahyu yang ALLAH turunkan kepada malaikat Jibrail a.s.

2."BASMALLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BASMALLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BASMALLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BASMALLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam,air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi ALLAH dan keagunganNya, tidaklah BASMALLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BASMALLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan ALLAH beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BASMALLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BASMALLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin ALLAH selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BASMALLAH 19 kali setiap hari."

7.Tiap huruf BASMALLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BASMALLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BASMALLAH nescaya ALLAH akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

WALAHUAKLAM BISSAWA

TAKBIR! \o/