pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..

Wednesday, May 27, 2009

Keadaan ahli kitab dahulu dan perintah Allah untuk macamana berkelakuan sama orang menindas islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

semoga pembaca smua dalam sehat sejahtera, sentiasa berada dalam lindungan illahi dan berada dalam kemanisan iman. alhamdulillah satu persoalan dtg dari pada chat box ni. inshaAllah through soalan2 akan menambahkan ilmu kitani lagi.

soalan " bleh nda terangkn ayat Al-Qur'an yg dimaksudkn "kafir setelah beriman"." dari saudara "martyr"

inshaAllah aku akan cuba memberi apa yang ana fahami dari sini.


ayat yang di sebutkan dalam soalan tadi datangnya dari surah al-baqarah ayat 109 seperti berikut :

"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. " 2:109


dari ayat ani Allah ingin memberi amaran kepada orang beriman masa tu daripada Ahli Kitab yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani ani. Yang secara terang-terangan dan tapuk2 sangat2 benci kan orang beriman dan dengki jua kn org beriman ani walaupun nyata kepada durg ani kebenaran yg dbawa leh Nabi Muhammad SAW. Allah suruh org2 beriman ani memaafkan dan bersabar dgn karenah Ahli Kitab ani sehingga datang perintah Allah.


Dari Ibn Abi Hatim, Abdullah bin Ka'ab bin Malik berkata "Ka'ab bin Al-Ashraf seorang yahudi dan penyair selalu mengkutuk Nabi dalam syair nya. Jadi Allah firman "Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman" pasal kejadian atu"


Ad-Dahhak berkata bahawa 'Abbas berkata " seorg buta huruf datang kepada para Ahli Kitab mengesahkan apa yg ada dalam kitab durg tentang pesuruh Allah (Nabi Muhammad SAW) dan tentang ayat Allah. Dia jua percaya dgn smua atu sepertimana durg percaya (pada kitab durg pegang). Tetapi dorg inda menerima Nabi dalam keadaan indamo percaya, dengki dan melanggar perintah. Oleh kerana ani Allah berfirman "
kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w)" setelah nyata kebenaran kepada durang, bukan pasal durg ni ndatau atau nada pengetahuan pasal kebenaran ani tapi pasal dengki durg buat durg inda mo menerima Nabi"

Ya Allah..geramnya!!! kenapa durg ani udh ta dapat kebenaran tapi still jua inda mo menerima Nabi. Bukan kah udah nyata yang Muhammad pesuruh Allah yang udah nyata disebut dalam Kitab Tuarat dan Injil (yang Ahli Kitab pegang n percaya). Tapi durg ni inda mo menerima nabi pasal Nabi bukn terdiri dari pada durg (iaitu bukan dari kaum yahudi n nasrani). Durg mo durg ja spesel then setelah tau Nabi bukn dari durg, jd diorg nda mo terima.

smbung balik ayat tadi Allah firman "
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya" perintah ani sama dgn perintah yang diberikan dalam 3:186 dimana org2 beriman disuruh bersabar dan bertakwa walaupun mendapat cacian dan di kutuk.


Tetapi kemudianya datang perintah Allah kepada org beriman untuk membunuh dan melawan orang2 musryik
dalam 9:5 dan perintah untuk membunuh org yg inda percayakn Allah dan hari akhirat sehingga durg ni membayar jiziyah dalam keadaan taat n merendah diri. sepertimana yang telah dikatakan leh Ibn 'Abbas, Abu Al-`Aliyah, Ar-Rabi` bin Anas, Qatadah and As-Suddi

Ibn Abi Hatim mengakatakn bahawa usamah bin zayd berkata yang Nabi dan sahabat selalu bersabar dan memaafkan org kafir dan Ahli Kitab ( ketika diorg ni selalu menindas dan menghina islam) kerana seperti perintah Allah tadi dalam 2:109 dan ayat2 lain lg.

Nabi selalu ja maafkn org kafir before ni yang menhina dan mencaci islam tp bila perintah Allah untuk melawan balik lapas atu Nabi ikut perintah dan lawan siapa yang menindas islam tetapi dengan batasan yang diberi oleh Allah. dan buknya Allah suruh berperang sukati tetapi berperang apabila diperangi (atau dtindas)

Allahua'lam

semoga membantu menjwp soalan

Maaf salah silap dari kataku. yang baik datang dari Allah yang buruk dari salah silap ku.

wassalam

Thursday, May 21, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN

Khutbah : jumaat,16hb Rabiulawal 1430H (13-Mar-2009)

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menjadikan setiap makhluk itu berpasang-pasangan dan ia merupakan antara nikmat anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang sangat besar kepada makhluk-makhluk-Nya. Kita manusia telah dijadikan hidup berpasang-pasangan antara lelaki dengan perempuan dan hubungan kehidupan berpasang-pasangan itu akan dikuatkan lagi melalui ikatan yang sah iaitu pernikahan atau perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan ia mempunyai banyak hikmah, antaranya untuk menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai.

Agama Islam mewajibkan akad nikah bagi setiap pasangan yang hendak berkahwin dan tempat yang paling digalakkan mengadakan akad nikah itu ialah di masjid kerana masjid merupakan tempat yang banyak diturunkan rahmat. Islam juga menganjurkan supaya pernikahan itu dihibahkan dan sunat mengadakan majlis kenduri kahwin atau memberi jamuan kepada jemputan yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis yang diadakan.

Muslimin yang berbahagia,

Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah disuruh oleh agama kerana risiko berhutang sangat tinggi, baik di dunia mahupun di akhirat, lebih-lebih lagi jika berhutang itu dengan cara riba.

Namun tidak dinafikan pada masa kini terdapat sebilangan orang yang terpaksa berhutang untuk majlis perkahwinannya kerana tidak mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi, sama ada membuat pinjaman di bank atau meminjam dari kaum keluarga. Namun janganlah hendaknya ia banyak berhutang sehingga menyukarkannya untuk membayar balik hutang tersebut yang akhirnya hanya akan membebankan hidupnya di kemudian hari nanti. Oleh itu sudah sewajarnya majlis perkahwinan yang hendak dibuatnya itu biarlah secara sederhana dan mengikut kemampuannya sahaja, tidak perlu membebankan dirinya dengan memenuhi semua majlis adat istiadat perkahwinan yang diwarisi lebih-lebih lagi sebenarnya majlis yang digalakkan untuk meraikannya hanyalah pada majlis pernikahan itu sahaja.

Muslimin yang berbahagia,

Di negara kita telah menjadi adat masyarakat orang Brunei untuk mengadakan majlis bersanding iaitu kedua mempelai akan duduk di atas pelamin untuk dipertontonkan kepada jemputan yang hadir. Bersanding itu hanyalah adat dan bukan syariat tetapi jika hendak dibuat juga maka persandingan itu dan ajaran-ajarannya hendaklah tidak melanggar hukum syarak. Oleh itu dalam majlis persandingan, pengantin perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat manakala bagi pengantin lelaki pula hendaklah tidak memakai perhiasan yang ditegah oleh agama Islam seperti memakai rantai dan gelang lebih-lebih lagi jika ia diperbuat dari emas.

Sebagaimana lazimnya, pihak keluarga pengantin akan menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan majlis kenduri yang diadakan. Dalam hal ini adalah wajib bagi orang yang telah diundang itu hadir ke majlis tersebut sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila kamu diundang menghadiri walimah (perkahwinan), maka hendaklah kamu datang". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Walaubagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu, antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan tidak ada jemputan lain yang mendahului jemputan orang yang menjemput itu. Selain dari itu hendaklah di tempat majlis itu tidak ada sesuatu perkara yang mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mengadakan majlis perkahwinan adalah bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan terhadap pasangan yang mendirikan rumahtangga dan majlis kegembiraan ini diraikan bersama-sama kaum kerabat, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Namun sebagai umat Islam kita hendaklah tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak semasa mengadakan majlis perkahwinan itu. Ini adalah kerana majlis yang diadakan adalah untuk mengharapkan keberkatan dan doa restu dari sanak saudara kita, maka adalah mustahak majlis tersebut tidak dicampuradukkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama seperti mengadakan acara hiburan, nyanyian, muzik dan sebagainya yang mengasyikkan dan melalaikan dari mengingati Allah Subhanahu Wata'ala. Adalah elok majlis tersebut diiringi dengan nyanyian selawat memuji serta mensyukuri Allah Subhanahu Wata'ala dengan pukulan rebana yang mana itu adalah diharuskan di segi syarak.

Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga niat ikhlas dan ketaatan kita dalam mematuhi hukum-hukum syarak akan mendapat ganjaran pahala dan semoga majlis yang diadakan mendapat limpahan berkat dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 49 tafsirnya:

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami".



Saturday, May 9, 2009

kebesaran ilahi

Watch the rare wonders of nature…

The classical natural wonders are huge and hard to miss - vast canyons, giant mountains and the like. Many of the most fantastic natural phenomena, however, are also least easy to spot. Some are incredibly rare while others are located in hard-to-reach parts of the planet. From moving rocks to mammatus clouds and red tides to fire rainbows, here are seven of the most spectacular phenomenal wonders of the natural world.

1) Sailing Stones


The mysterious moving stones of the packed-mud
desert of Death Valley have been a center of scientific controversy for decades. Rocks weighing up to hundreds of pounds have been known to move up to hundreds of yards at a time. Some scientists have proposed that a combination of strong winds and surface ice account for these movements. However, this theory does not explain evidence of different rocks starting side by side and moving at different rates and in disparate directions. Moreover, the physics calculations do not fully support this theory as wind speeds of hundreds of miles per hour would be needed to move some of the stones.


2) Columnar Basalt


When a thick lava flow cools it contracts vertically but cracks perpendicular to its directional flow with remarkable geometric regularity - in most cases forming a regular grid of remarkable hexagonal extrusions that almost appear to be made by man. One of the most famous such examples is the Giant's Causeway on the coast of Ireland (shown above) though the largest and most widely recognized would be Devil's Tower in Wyoming. Basalt also forms different but equally fascinating ways when eruptions are exposed to air or water.


3) Blue Holes


Blue holes are giant and sudden drops in underwater elevation that get their name from the dark and foreboding blue tone they exhibit when viewed from above in relationship to surrounding waters. They can be hundreds of feet deep and while divers are able to explore some of them they are largely devoid of oxygen that would support sea life due to poor water circulation - leaving them eerily empty. Some blue holes, however, contain ancient fossil remains that have been discovered, preserved in their depths.


4) Red Tides


Red tides are also known as algal blooms - sudden influxes of massive amounts of colored single-cell algae that can convert entire areas of an ocean or beach into a blood red color. While some of these can be relatively harmless, others can be harbingers of deadly toxins that cause the deaths of fish, birds and marine mammals. In some cases, even humans have been harmed by red tides though no human exposure are known to have been fatal. While they can be fatal, the constituent phytoplankton in ride tides are not harmful in small numbers.


5) Ice Circles


While many see these apparently perfect ice circles as worthy of conspiracy theorizing, scientists generally accept that they are formed by eddies in the water that spin a sizable piece of ice in a circular motion. As a result of this rotation, other pieces of ice and flotsam wear relatively evenly at the edges of the ice until it slowly forms into an essentially ideal circle. Ice circles have been seen with diameters of over 500 feet and can also at times be found in clusters and groups at different sizes as shown above.


6) Mammatus Clouds



True to their ominous appearance, mammatus clouds are often harbingers of a coming storm or other extreme weather system. Typically composed primarily of ice, they can extend for hundreds of miles in each direction and individual formations can remain visibly static for ten to fifteen minutes at a time. While they may appear foreboding they are merely the messengers - appearing around, before or even after severe weather.


7) Fire Rainbows



A circumhorizontal fire rainbow arc occurs at a rare confluence of right time and right place for the sun and certain clouds.
Crystals within the clouds refract light into the various visible waves of the spectrum but only if they are arrayed correctly relative to the ground below. Due to the rarity with which all of these events happen in conjunction with one another, there are relatively few remarkable photos of this phenomena.


"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal" 3:190


Allahua'lam


Tuesday, May 5, 2009

Zaid bin Harithah r.a

Riwayat hidup beliau:
- Nama penuh beliau ialah Zaid bin Harithah bin Syurahil Al-Ka'biy.
- Ketika Zaid masih kecil iaitu semasa berumur 8 tahun, beliau dibawa keluar oleh ibunya Sa'diy binti Tha'labah untuk menziarahi kaumnya Bani Ma'n. Semasa mereka di dalam perjalanan iaitu ketika hampir sampai kepada kaum mereka, mereka diserbu oleh pasukan berkuda Bani Al-Qain, kemudian pasukan tersebut merampas harta, unta dan menawan kanak-kanak.
- Sepanjang tempoh kehilangan Zaid, air mata ibu beliau tidak pernah kering, tidak pernah berhenti dari mengalir dan keresahan ibu beliau tidak pernah hilang serta hatinya tidak pernah tenang.


Kisah beliau dijual:
- Zaid dipamerkan di pasar Ukaz untuk dijual. Ukaz adalah merupakan pasar yang dibina oleh bangsa Arab di Mekah pada bulan-bulan haram sebagai tempat untuk menjalankan urusan jual-beli dan mengalunkan syair. Lalu beliau dibeli oleh salah seorang pembesar Quraisy iaitu Hakim bin Hizam bin Khuwailid, anak saudara Khadijah binti Khuwailid r.a yang kemudiannya menjadi isteri Rasulullah s.a.w.
- Setelah itu Hakim memberikan Zaid kepada emak saudaranya iaitu Khadijah. Apabila Khadijah diberikan penghormatan untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w, Khadijah memberikan pula Zaid kepada baginda sedangkan pada masa tersebut Rasulullah s.a.w masih belum dibangkitkan menjadi Rasul.
- Zaid terlalu gembira tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w malah beliau terlalu menyayangi baginda, begitu juga Rasulullah s.a.w terlalu menyayangi beliau.


Beliau memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah daripada kembali ke pangkuan bapa beliau:
- Kedudukan Zaid di Mekah telah diketahui oleh bapa beliau, Harithah bin Syurahil. Lalu bapa beliau musafir ke Mekah dengan membawa sejumlah harta untuk menebus Zaid sambil diiringi oleh adik-beradik bapa beliau yang bernama Kaab.
- Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mahu menerima harta dan baginda juga tidak mahu menerima barangan yang lain sebaliknya baginda bersabda kepada mereka berdua: "Bukankah kamu memiliki sesuatu yang lebih baik daripada tebusan?" Mereka berdua berkata: "Apakah itu?" Lalu baginda bersabda: "Kita serahkan sahaja kepadanya, sekiranya dia memilih untuk bersama dengan kamu, dia akan menjadi milik kamu tanpa tebusan dan sekiranya dia memilih aku, demi Allah aku bukanlah terdiri dari kalangan orang yang tidak suka apabila dia dipilih." Kemudian mereka berdua menjawab: "Kamu telah memberikan pilihan yang sangat tepat." Tetapi Zaid telah memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w menyebabkan ayah dan bapa saudara beliau terkejut lantas bapa beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu wahai Zaid! Adakah kamu memilih kehidupan menjadi hamba daripada bapa dan ibu kamu?!" Lantas Zaid menjawab: "Sesungguhnya aku mendapati orang ini memiliki sesuatu yang tidak boleh sama sekali aku berpisah daripadanya." Sebaik sahaja Zaid mengucapkan kata-kata tersebut, Rasulullah s.a.w terus menarik tangan Zaid kemudian keluar ke Masjidilharam seterusnya baginda berdiri di atas batu sambil memegang Zaid lalu berkata kepada pembesar Quraisy: "Wahai bangsa Quraisy! Saksikanlah bahawa kanak-kanak ini adalah anak aku, dia akan mewarisi harta aku dan aku akan mewarisi hartanya". Ketika itu hati bapa dan bapa saudara beliau menjadi tenang kemudian mereka berdua meninggalkan Zaid tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w seterusnya mereka berdua pulang dengan hati yang tenang. Bermula peristiwa tersebut Zaid dikenali dengan Zaid bin Muhammad sehinggalah tiba seruan Islam yang mengharamkan penggunaan bin bagi anak angkat kepada bukan bapanya dengan turunnya firman Allah s.w.t:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ

Yang bermaksud: Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri.

Setelah itu Zaid digelar dengan Zaid bin Harithah.


Perjuangan beliau pada jalan Allah:
- Selepas Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul, Zaid adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang terawal memeluk Islam, beliau pernah dilantik menjadi panglima tentera bagi beberapa utusan dan pertempuran baginda dan beliau pernah menjadi wakil kepada Rasulullah s.a.w di Madinah ketika baginda keluar berperang.


Kematian beliau:
- Pada tahun kelapan Hijrah, Zaid bin Harithah keluar ke peperangan Mu'tah sebagai seorang panglima tentera Islam. Beliau memimpin seramai 3,000 bala tentera. Ketika tentera Islam sampai di Ma'an (Jordan sekarang), tiba-tiba mereka diserang oleh Heraclius Raja Rom yang mengetuai seramai 100,000 bala tentera yang kemudian dia dibantu pula oleh 100,000 bala tentera daripada musyrikin Arab yang bergabung dengannya. Di dalam peperangan tersebut, Zaid bin Harithah gugur syahid kemudian Jaafar bin Abu Talib menjadi panglima tentera menggantikan beliau, tetapi dia juga turut terkorban. Selepas itu Abdullah bin Rawahah pula menjadi panglima tentera, walau bagaimanapun dia juga turut terkorban. Seterusnya umat Islam memilih Khalid bin Al-Walid yang kemudiannya beliau mengundurkan tentera dan menyelamatkan mereka dari turut menjadi mangsa terkorban.
- Rasulullah s.a.w terlalu sedih di atas kematian Zaid sebagai seorang teman baginda malah baginda juga banyak menangis di atas kehilangan Zaid, orang yang sangat baginda sayangi.

Sumber: Kamal Zharif