pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..

Tuesday, November 11, 2008

CABARAN REMAJA MUSLIM




1.0 PENGERTIAN



1.1 Cabaran :

1. Perihal mencabar (mempersoalkan,mempertikaikan);

2. Ajakan (untuk berlawan dsb);

3. Sesuatu (unsur, faktor dsb) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yang penuh dengan ~ (cabaran).

1.2 Remaja :

1. Mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk kahwin;

2. muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yang sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yang sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;

1.3 Muslim :

Perkataan dari Bahasa Arab, yaitu orang yang beragama Islam, penganut agama Islam[1] .



Kesimpulan :

"Halangan-halangan atau rintangan-rintangan yang mesti dilalui oleh seorang lelaki yang bergelar remaja Islam dalam mengharungi kehidupan di dunia hari ini".



2.0 APA CABARANNYA ?



2.1 Pengkhianatan Sulit Golongan Munafik



Golongan munafik ialah satu golongan yang hipokrit dengan agama. Mereka berpura-pura dengan beramal dengan agama tetapi jiwanya melakukan pengkhianatan secara sulit terhadap Islam.



Contoh : Abdullah bin 'Ubay dll.



Cabaran untuk remaja muslim :



i. Mereka dirosakkan dengan agenda terancang sehingga memusnahkan generasi pelapis Islam melalui penularan aktiviti-aktiviti hiburan melampau dan seumpamanya.

ii. Menghapuskan kebanggaan seseorang remaja Islam terhadap agama mereka tetapi mewujudkan kebanggaan baru bagi mereka dengan materialisme (fahaman kebendaan).



2.2 Perisytiharan Perang Golongan Kafir



Golongan kafir ialah mereka yang tidak beriman dengan Allah, Rasulullah s.'a.w dan tidak beragama Islam.



Mereka berusaha keras untuk menghapuskan agama Islam. Melakukan tipu daya, mewujudkan komplot-komplot untuk hancurkan Islam dan seringkali mencari punca untuk memerangi umat Islam.



Cabaran untuk remaja muslim :



i. Mereka dirosakkan dengan serangan-serangan pemikiran yang bercanggah dengan agama. Apabila muslim berpegang dengan pemikiran-pemikiran baru, di situlah bermulanya kelemahan muslim.

Contoh serangan pemikiran : Sekularisme, Nasionalisme, Liberalisme dan lain-lain.

ii. Gabungan usaha antara golongan kafir dan munafik amat akrab, justeru remaja muslim akan menghadapinya dengan penuh kesukaran.

iii. Kelemahan yang terhasil daripada adunan yang dicetuskan oleh golongan munafik dan dirosakkan pula oleh serangan pemikiran oleh golongan kafir, menghasilkan remaja atau pemuda muslim yang pondan dan mementingkan diri sendiri.



2.3 Penyesatan Yang Dilakukan Syaitan



Syaitan adalah musuh remaja Islam dan umat Islam keseluruhannya yang paling besar. Ia tidak pernah jemu menipu, menimbulkan keraguan dan merangsang ke arah kejahatan.



Cabaran untuk remaja muslim :



i. Seseorang remaja muslim akan terpengaruh dengan bisikan-bisikan yang berbentuk hasutan dalam setiap gerak langkah harian yang diatur. Gerak langkah yang diatur dengan panduan syaitan akan menjauhkan hubungan diri remaja muslim dengan Allah SWT. Kedudukan yang jauh daripada Allah SWT menghasilkan tindak tanduk yang jauh daripada panduan wahyu.

ii. Tunduk di bawah hasutan syaitan akan menyebabkan jiwa remaja muslim keras dan sukar untuk menerima kebenaran. Akhirnya, perhambaan kepada Allah bertukar kepada perhambaan diri kepada syaitan. Syaitan bersekongkol dengan golongan kafir dan munafik, yang menyebabkan diri remaja muslim lebih selesa dengan kedua golongan di atas berbanding dengan golongan mukmin sendiri.



2.4 Pertarungan Nafsu Yang Ingin Mengalahkan



Nafsu adalah wadah tempat berinteraksi segala yang baik dan jahat, halal dan haram juga hak dan batil. Ia laksana bejana yang menerima apa sahaja. Baik hidayah (petunjuk) mahupun dholalah (kesesatan).



Nafsu seringkali mengarahkan diri kepada keburukan. Ia mesti dikekang dengan taqwa dan agama juga diperkukuhkan dengan tarhib (ugutan/ancaman) dan targhib (galakan). Jika tidak, tuannya pasti akan ditewaskan.



Cabaran untuk remaja muslim :



i. Mereka hanya sibuk dengan masalah dan kekacauan orang lain hingga terlupa diri sendiri. Hasilnya, menjadikan dirinya keras dan tidak boleh menerima kesalahan peribadi.



3.0 AYUH BERTINDAK !



3.1 Tingkatkan hubungan dengan Allah SWT.

3.1.1 Menunaikan ibadah yang diwajibkan dengan sempurna.

3.1.2 Mengamalkan puasa sunat.

3.1.3 Bangun di waktu malam untuk solat dua rakaat dan membaca al-Quran.



3.2 Menggempur budaya ilmu.

3.2.1 Menghadiri majlis-majlis ilmu.

3.2.2 Mewujudkan perbincangan-perbincangan agama.

3.2.3 Mendisiplinkan diri dengan bacaan buku-buku yang menambahkan pengetahuan pada setiap hari.

3.2.4 Berusaha meneliti maksud terjemahan Al-Quran.





3.3 Meningkatkan kecemerlangan diri dalam pelbagai aspek.

3.3.1 Bina kecemerlangan dalam bidang akademik.

3.3.2 Bina kecemerlangan dalam bidang keterampilan diri.

3.3.3 Bina kecemerlangan dalam sahsiah.

3.3.4 Bina kecemerlangan dalam pelbagai kemahiran.



4.0 CONTOH KEUNGGULAN REMAJA MUSLIM



BIL
NAMA
UMUR
ASPEK CEMERLANG

01
Saidina 'Ali bin Abi Tholib
Belasan tahun
- Keberanian menggantikan Nabi s.'a.w di tempat tidur sempena peristiwa hijrah.

02
Zaid bin Tsabit
13

tahun
- Tawarkan diri menyertai peperangan Badar al-Kubra.

- Menguasai Bahasa 'Ibrani dan Siryani.

- Menjadi penulis wahyu Rasulullah s.'a.w.

03
Sultan Muhammad Al-Fateh
23 tahun
- Menawan kota Kostantinaple.

- Pakar strategik peperangan.

04
Muhammad al-Qasim Muhamad
17 tahun
- Membawa Islam di India dan Pakistan.

- Memimpin ketumbukan ketenteraan.




5.0 PENUTUP



Anda mampu menghadapi cabaran dunia pada hari ini dengan syarat menghiaskan diri dengan keperibadian muslim sejati.



Tentu sekali anda akan melakar sejarah seumpama tokoh-tokoh pemuda Islam terdahulu melakari sejarah peribadi mereka untuk Islam.



Sekian.



Disediakan oleh,



Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim

Fellow Kanan

Al-Iman Consultant And Training Centre (ICTC)

5 Disember 2007











--------------------------------------------------------------------------------

[1] Sumber dari Kamus Dewan Edisi Baru Cet. Ketiga.

0 comments: