pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..

Tuesday, January 27, 2009

Jawatan kosong????sila baca..

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.



B. Ahli Neraka Dari Awal.



C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.



EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawataNn A):



1. Nikmat kubur.



2. Perlindungan di Padang Mahsyar.



3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.



4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:



Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.



LOKASI TEMUDUGA:



Di dalam kubur (alam barzakh).



KELAYAKAN:



Anda tidak perlu bawa siji-sijil.



Anda tidak perlu bawa pingat.



Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).



Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.



Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.



PANEL/PENEMUDUGA:



Mungkar dan Nakir.



ENAM SOALAN BOCOR:



1. Siapa Tuhan anda?



2. Apa Agama anda?



3. Siapa Nabi anda?



4. Apa Kitab anda?



5. Di mana Kiblat anda?



6. Siapa Saudara anda?



CARA MEMOHON



Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.. Ia diberi nama Izrail.



TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:



Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:



Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!



Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....

--------Forward email------------

Wednesday, January 21, 2009

Banjir Bencana Alam Vs Banjir luahan Darah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Asalamualaikum.. just a short tazkirah.. keadaan yang baru d kawasan kami adalah banjir...singan pungung yoo, smlm balik dri riadah smua jalan tutup nda dapat dlalui..banjir singan dada, pajero lagi labui labui kami tulak..alhamdulilah bnyak jua kami tulung urg lah dripda nungu tuhus jalan kan... dri kul 10 smpai 3 pg bru mulieh...beujanan ksajukan...mengigil siring jalan mcm pelarian... bjumpa dengan kawan sekampung klurusan d jalan atu jua nungu nungu tuhus tu jua ceta ceta th kamiii....ceta pasal banjir lah apa..sajuk ujan....nda plang kami kumplen.. handal membawa ceta, membuka ceta tia kami..baik udah tani ni ujan ksajukan..mun uang palestin beujan bom roket tu apa kan dpayungi..then ckawan nda tia tahu ceta uang yahudi ni..hajat hati kn khultum, skalinya ada jua stangah jam bceta psal yahudi bangsat toh, gwuzwul fikr pn masuk jua lah...banyak lah ceta kami...

atu kisah 2am tadi.. ani hari ani paling update lah msa mbuat article ni jua kn...msa free ani jua nda kaja...nda dapat kopis banjier singan pungung.. ada nih gambar halaman umah ah..just want to reflect ckit lah, banjir tani ani adalah peringatan Allah, baru ckit ja Allah bagi tani ksusah keta banyak belabuian rusak masuk aing dah merintih..bmarah marahan... yang uang diiri d palestin lagi tia....ukan uang lain tu eh..padian dirii bh tu jua...cuba tani liat ayat quran ni..

(10)إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

orang orang mukmin or beriman atu bsaudara, mun tani reflect ayat ni n aply arh diri smua urang bsaudar bh, nada beza..mcm cmana tani sma adi bradi tani cmatu th jua dgn urg Islam lain..tapi urg islam skrg ni apa??kau kau aku aku....luan bnaaa slogan kurapak diri ani...nda blandasan Islam bh... Sepatutnya ktani bersatu wah Islam ani..liat lg nih ayat Quran ah..

(103)وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk

Pames ni ayat ah..dalam khutbah ada jua..arah baju muslimin united ada jua yg mcm lambang mencester ah...nda payah d xplen lg lah..clear tani mesi tulung urg palestin..mun padian diri atu bh..krg d akhirat kna tagih cmana? cmana kan masuk Surga?sia sia pun eh mun kau kau aku aku toh.. nda cukup wah tani doa n smbyg hajat ja mun nada usaha...banyak g cara tani tuk tulung palestin..usin yg paling efektip ani..n sebarkan kkejeman yahudi ani.. bah atu ja kali just peringatan yg mbuat ani jua... moga Allah menerima menjadi Ibadah Aminnnn...

Asalamualaikum

Kuli Allah


Monday, January 5, 2009

Gaza!!





Dari dulu lagi israel tidak berhenti-henti menyerang palestine..mengambil harta dan tanah kepunyaan palestine..membuat kawasan sendiri sesuka hati di tanah palestine...bukankah palestine yang membenarkan pelarian yahudi masuk palestine sebagai tempat berlindung dari Nazi?...jadi mengapa pulak orang yahudi membalas kebaikan palestine dengan kekejaman?...mengangap pula tanah palestine sebagai tanah mereka dan secara terbukanya berkata hendak mengeluarkan penduduk palestine dari palestine?!?...seperti seorang di jemput masuk ke rumah kemudian orang yang dijemput pulak menghalau tuan rumah tidak kira dengan apa jua cara pun..sekejam mana pun caranya asalkan tuan rumah keluar...mengapa mereka ini tidak boleh duduk aman dengan tuan rumah?..







Firman Allah,
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka" (al baqarah:120)





"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup" (al baqarah:217)

Allah telah berfirman yang mereka ini tidak boleh duduk aman sehingga kita umat islam hancur dan lenyap dari muka bumi...namun dalam berita kita tidak akan mendengar pengakuan sedimikian tetapi Allah yang firmankanya...maka ianya menjadi satu fakta...

sekarang Gaza diserang habis-habisan..sudah sepuluh hari israel memerangi Gaza...dengan objektif kononya untuk menghancurkan Hamas...kalau lah benar hanya untuk memerangi Hamas kenapa dalam tempoh 10 hari lebih dari 520 palestine di bunuh dimana kebanyakan mereka bukan tentera hanya penduduk palestine(diberitakan daripada 520 ialah 120 kanak-kanak dan 50 wanita)...kalau lah yang di serang hanya Hamas nombor ini tidak akan menjadi sebegini tinggi...baru pagi hari isnin ini dua buah keleuarga di bunuh dengan cara meletupkan rumah mereka...dua orang ayah dan ibu dan anak-anak mereka dibunuh...mereka mendakwa yang Hamas menyimpan senjatanya di masjid..mereka pun meletupkan beberapa masjid dan dimana salah satunya di letupkan semasa orang tengah solat maghrib berjemaah....sekarang mereka mendakwa Hamas menyimpan senjata mereka di hospital pulak...adakah mereka akan meletupkan hospital di Gaza??...bagaimana dengan beratus-ratus pesakit di dalam hospital itu?!...

Ya Allah bantu lah saudara seagama kami di Gaza...

tidak berguna kalau kita hanya duduk menangiskan Gaza...setiap keinginan kena ada usaha..apa yang boleh kita buat?..

Doa
doa ialah sekurang-kurangnya kita boleh buat...jangan kita pandang rendah terhadap doa (Dan Tuhanmu berfirman:"Berdoalah kepadaku, niescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-irang yang menyombongkan diri dari menyembakku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina"(Al Mu'min:60))

Sedekah
kita boleh memberi bantuan berupa duit menerusi NGO yang boleh dipercayai..(Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedis?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya(As saff:10-11))..infaqkan lah harta kita kepada saudara kita di Gaza..kurangkan lah membuang duit kepada benda-benda yang tidak diperlukan sangat (kasut baru, baju,etc)...satu perkara yang tidak boleh kita lupakan ialah siapa sahaja membantu para mujahid akan mendapat pahala atau balasan yang sama dari Allah..inshaAllah...

Boycott
kita boleh berhenti membeli barang-barang dari kompani yang memberi bantuan kepada israel...seperti (M&S, Coca-Cola, etc list boleh didapati dari www.inminds.co.uk/boycott-israel.php dan bermacam2 website lagi)...kerana dengan setiap pembelian di buat pada kompani tersebut mereka akan memberi beberapa persen dari untung mereka kepada israel untuk israel membeli lagi banyak senjata...

Sebarkan
Ramai di kalangan pemuda sekarang tidak sedar akan realiti umat islam masa ini...ramai yang kurang peka dan perhatian dengan realiti di palestine atau realiti umat muslim seluruhnya...kalau di tanya khabar Palestine mungkin mereka tahu serba sedikit tetapi cuba tanya apa khabar muslim di Thailand..apa mereka jawap?...mereka tidak akan tahu muslim di tindas di Thailand, Philipine, etc....itupun berita-berita yang di liatkan di Tv tidak boleh dipercayai seratus-peratus...kebanyakan stesen berita yang besar yang dipaparkan di seluruh dunia menyebarkan propaganda israel...kebanyakan yang di interview ialah Pro-Israel hanya seorang dua yang Pro-palestine...ada satu kertas berita saya baca baru-baru ini melebihkan ceritanya tentang bagaimana Hamas membunuh penduduk Israel dan menakutkan israel kerana Hamas hendak meletupkan nuclear plant diorang kat Israel...sedangkan senjata yang diperlolehi oleh Hamas tidak mampu untuk membuat aksi sedimikian...

jadi orang yang tidak peka dengan realiti akan senang tergoda dengan propaganda Israel yang menyalahkan Hamas atas segalanya...pemuda sekarang dibutakan mata mereka dan di sibukan hari mereka dengan hiburan dunia...

seperti hadith riwayat Abu Dawud
(Dapat diperkirakan bahwa kamu akan diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang yang berebut melahap isi mangkok (makanan). Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Tidak, bahkan saat itu jumlah kalian banyak sekali tetapi seperti buih air bah (tidak berguna) dan kalian ditimpa penyakit wahan." Mereka bertanya lagi, "Apa itu penyakit wahan, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati." )

Sebarkanlah kebenaran kepada saudara-saudara kita yang mabuk dalam cinta dunia....

wassalam,