pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..

Monday, January 5, 2009

Gaza!!





Dari dulu lagi israel tidak berhenti-henti menyerang palestine..mengambil harta dan tanah kepunyaan palestine..membuat kawasan sendiri sesuka hati di tanah palestine...bukankah palestine yang membenarkan pelarian yahudi masuk palestine sebagai tempat berlindung dari Nazi?...jadi mengapa pulak orang yahudi membalas kebaikan palestine dengan kekejaman?...mengangap pula tanah palestine sebagai tanah mereka dan secara terbukanya berkata hendak mengeluarkan penduduk palestine dari palestine?!?...seperti seorang di jemput masuk ke rumah kemudian orang yang dijemput pulak menghalau tuan rumah tidak kira dengan apa jua cara pun..sekejam mana pun caranya asalkan tuan rumah keluar...mengapa mereka ini tidak boleh duduk aman dengan tuan rumah?..







Firman Allah,
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka" (al baqarah:120)





"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup" (al baqarah:217)

Allah telah berfirman yang mereka ini tidak boleh duduk aman sehingga kita umat islam hancur dan lenyap dari muka bumi...namun dalam berita kita tidak akan mendengar pengakuan sedimikian tetapi Allah yang firmankanya...maka ianya menjadi satu fakta...

sekarang Gaza diserang habis-habisan..sudah sepuluh hari israel memerangi Gaza...dengan objektif kononya untuk menghancurkan Hamas...kalau lah benar hanya untuk memerangi Hamas kenapa dalam tempoh 10 hari lebih dari 520 palestine di bunuh dimana kebanyakan mereka bukan tentera hanya penduduk palestine(diberitakan daripada 520 ialah 120 kanak-kanak dan 50 wanita)...kalau lah yang di serang hanya Hamas nombor ini tidak akan menjadi sebegini tinggi...baru pagi hari isnin ini dua buah keleuarga di bunuh dengan cara meletupkan rumah mereka...dua orang ayah dan ibu dan anak-anak mereka dibunuh...mereka mendakwa yang Hamas menyimpan senjatanya di masjid..mereka pun meletupkan beberapa masjid dan dimana salah satunya di letupkan semasa orang tengah solat maghrib berjemaah....sekarang mereka mendakwa Hamas menyimpan senjata mereka di hospital pulak...adakah mereka akan meletupkan hospital di Gaza??...bagaimana dengan beratus-ratus pesakit di dalam hospital itu?!...

Ya Allah bantu lah saudara seagama kami di Gaza...

tidak berguna kalau kita hanya duduk menangiskan Gaza...setiap keinginan kena ada usaha..apa yang boleh kita buat?..

Doa
doa ialah sekurang-kurangnya kita boleh buat...jangan kita pandang rendah terhadap doa (Dan Tuhanmu berfirman:"Berdoalah kepadaku, niescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-irang yang menyombongkan diri dari menyembakku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina"(Al Mu'min:60))

Sedekah
kita boleh memberi bantuan berupa duit menerusi NGO yang boleh dipercayai..(Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedis?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya(As saff:10-11))..infaqkan lah harta kita kepada saudara kita di Gaza..kurangkan lah membuang duit kepada benda-benda yang tidak diperlukan sangat (kasut baru, baju,etc)...satu perkara yang tidak boleh kita lupakan ialah siapa sahaja membantu para mujahid akan mendapat pahala atau balasan yang sama dari Allah..inshaAllah...

Boycott
kita boleh berhenti membeli barang-barang dari kompani yang memberi bantuan kepada israel...seperti (M&S, Coca-Cola, etc list boleh didapati dari www.inminds.co.uk/boycott-israel.php dan bermacam2 website lagi)...kerana dengan setiap pembelian di buat pada kompani tersebut mereka akan memberi beberapa persen dari untung mereka kepada israel untuk israel membeli lagi banyak senjata...

Sebarkan
Ramai di kalangan pemuda sekarang tidak sedar akan realiti umat islam masa ini...ramai yang kurang peka dan perhatian dengan realiti di palestine atau realiti umat muslim seluruhnya...kalau di tanya khabar Palestine mungkin mereka tahu serba sedikit tetapi cuba tanya apa khabar muslim di Thailand..apa mereka jawap?...mereka tidak akan tahu muslim di tindas di Thailand, Philipine, etc....itupun berita-berita yang di liatkan di Tv tidak boleh dipercayai seratus-peratus...kebanyakan stesen berita yang besar yang dipaparkan di seluruh dunia menyebarkan propaganda israel...kebanyakan yang di interview ialah Pro-Israel hanya seorang dua yang Pro-palestine...ada satu kertas berita saya baca baru-baru ini melebihkan ceritanya tentang bagaimana Hamas membunuh penduduk Israel dan menakutkan israel kerana Hamas hendak meletupkan nuclear plant diorang kat Israel...sedangkan senjata yang diperlolehi oleh Hamas tidak mampu untuk membuat aksi sedimikian...

jadi orang yang tidak peka dengan realiti akan senang tergoda dengan propaganda Israel yang menyalahkan Hamas atas segalanya...pemuda sekarang dibutakan mata mereka dan di sibukan hari mereka dengan hiburan dunia...

seperti hadith riwayat Abu Dawud
(Dapat diperkirakan bahwa kamu akan diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang yang berebut melahap isi mangkok (makanan). Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Tidak, bahkan saat itu jumlah kalian banyak sekali tetapi seperti buih air bah (tidak berguna) dan kalian ditimpa penyakit wahan." Mereka bertanya lagi, "Apa itu penyakit wahan, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati." )

Sebarkanlah kebenaran kepada saudara-saudara kita yang mabuk dalam cinta dunia....

wassalam,

0 comments: