pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..
Showing posts with label Abu Fatima. Show all posts
Showing posts with label Abu Fatima. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN

Khutbah : jumaat,16hb Rabiulawal 1430H (13-Mar-2009)

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menjadikan setiap makhluk itu berpasang-pasangan dan ia merupakan antara nikmat anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang sangat besar kepada makhluk-makhluk-Nya. Kita manusia telah dijadikan hidup berpasang-pasangan antara lelaki dengan perempuan dan hubungan kehidupan berpasang-pasangan itu akan dikuatkan lagi melalui ikatan yang sah iaitu pernikahan atau perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan ia mempunyai banyak hikmah, antaranya untuk menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai.

Agama Islam mewajibkan akad nikah bagi setiap pasangan yang hendak berkahwin dan tempat yang paling digalakkan mengadakan akad nikah itu ialah di masjid kerana masjid merupakan tempat yang banyak diturunkan rahmat. Islam juga menganjurkan supaya pernikahan itu dihibahkan dan sunat mengadakan majlis kenduri kahwin atau memberi jamuan kepada jemputan yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis yang diadakan.

Muslimin yang berbahagia,

Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah disuruh oleh agama kerana risiko berhutang sangat tinggi, baik di dunia mahupun di akhirat, lebih-lebih lagi jika berhutang itu dengan cara riba.

Namun tidak dinafikan pada masa kini terdapat sebilangan orang yang terpaksa berhutang untuk majlis perkahwinannya kerana tidak mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi, sama ada membuat pinjaman di bank atau meminjam dari kaum keluarga. Namun janganlah hendaknya ia banyak berhutang sehingga menyukarkannya untuk membayar balik hutang tersebut yang akhirnya hanya akan membebankan hidupnya di kemudian hari nanti. Oleh itu sudah sewajarnya majlis perkahwinan yang hendak dibuatnya itu biarlah secara sederhana dan mengikut kemampuannya sahaja, tidak perlu membebankan dirinya dengan memenuhi semua majlis adat istiadat perkahwinan yang diwarisi lebih-lebih lagi sebenarnya majlis yang digalakkan untuk meraikannya hanyalah pada majlis pernikahan itu sahaja.

Muslimin yang berbahagia,

Di negara kita telah menjadi adat masyarakat orang Brunei untuk mengadakan majlis bersanding iaitu kedua mempelai akan duduk di atas pelamin untuk dipertontonkan kepada jemputan yang hadir. Bersanding itu hanyalah adat dan bukan syariat tetapi jika hendak dibuat juga maka persandingan itu dan ajaran-ajarannya hendaklah tidak melanggar hukum syarak. Oleh itu dalam majlis persandingan, pengantin perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat manakala bagi pengantin lelaki pula hendaklah tidak memakai perhiasan yang ditegah oleh agama Islam seperti memakai rantai dan gelang lebih-lebih lagi jika ia diperbuat dari emas.

Sebagaimana lazimnya, pihak keluarga pengantin akan menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan majlis kenduri yang diadakan. Dalam hal ini adalah wajib bagi orang yang telah diundang itu hadir ke majlis tersebut sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila kamu diundang menghadiri walimah (perkahwinan), maka hendaklah kamu datang". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Walaubagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu, antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan tidak ada jemputan lain yang mendahului jemputan orang yang menjemput itu. Selain dari itu hendaklah di tempat majlis itu tidak ada sesuatu perkara yang mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mengadakan majlis perkahwinan adalah bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan terhadap pasangan yang mendirikan rumahtangga dan majlis kegembiraan ini diraikan bersama-sama kaum kerabat, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Namun sebagai umat Islam kita hendaklah tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak semasa mengadakan majlis perkahwinan itu. Ini adalah kerana majlis yang diadakan adalah untuk mengharapkan keberkatan dan doa restu dari sanak saudara kita, maka adalah mustahak majlis tersebut tidak dicampuradukkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama seperti mengadakan acara hiburan, nyanyian, muzik dan sebagainya yang mengasyikkan dan melalaikan dari mengingati Allah Subhanahu Wata'ala. Adalah elok majlis tersebut diiringi dengan nyanyian selawat memuji serta mensyukuri Allah Subhanahu Wata'ala dengan pukulan rebana yang mana itu adalah diharuskan di segi syarak.

Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga niat ikhlas dan ketaatan kita dalam mematuhi hukum-hukum syarak akan mendapat ganjaran pahala dan semoga majlis yang diadakan mendapat limpahan berkat dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 49 tafsirnya:

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami".



Tuesday, May 5, 2009

Zaid bin Harithah r.a

Riwayat hidup beliau:
- Nama penuh beliau ialah Zaid bin Harithah bin Syurahil Al-Ka'biy.
- Ketika Zaid masih kecil iaitu semasa berumur 8 tahun, beliau dibawa keluar oleh ibunya Sa'diy binti Tha'labah untuk menziarahi kaumnya Bani Ma'n. Semasa mereka di dalam perjalanan iaitu ketika hampir sampai kepada kaum mereka, mereka diserbu oleh pasukan berkuda Bani Al-Qain, kemudian pasukan tersebut merampas harta, unta dan menawan kanak-kanak.
- Sepanjang tempoh kehilangan Zaid, air mata ibu beliau tidak pernah kering, tidak pernah berhenti dari mengalir dan keresahan ibu beliau tidak pernah hilang serta hatinya tidak pernah tenang.


Kisah beliau dijual:
- Zaid dipamerkan di pasar Ukaz untuk dijual. Ukaz adalah merupakan pasar yang dibina oleh bangsa Arab di Mekah pada bulan-bulan haram sebagai tempat untuk menjalankan urusan jual-beli dan mengalunkan syair. Lalu beliau dibeli oleh salah seorang pembesar Quraisy iaitu Hakim bin Hizam bin Khuwailid, anak saudara Khadijah binti Khuwailid r.a yang kemudiannya menjadi isteri Rasulullah s.a.w.
- Setelah itu Hakim memberikan Zaid kepada emak saudaranya iaitu Khadijah. Apabila Khadijah diberikan penghormatan untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w, Khadijah memberikan pula Zaid kepada baginda sedangkan pada masa tersebut Rasulullah s.a.w masih belum dibangkitkan menjadi Rasul.
- Zaid terlalu gembira tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w malah beliau terlalu menyayangi baginda, begitu juga Rasulullah s.a.w terlalu menyayangi beliau.


Beliau memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah daripada kembali ke pangkuan bapa beliau:
- Kedudukan Zaid di Mekah telah diketahui oleh bapa beliau, Harithah bin Syurahil. Lalu bapa beliau musafir ke Mekah dengan membawa sejumlah harta untuk menebus Zaid sambil diiringi oleh adik-beradik bapa beliau yang bernama Kaab.
- Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mahu menerima harta dan baginda juga tidak mahu menerima barangan yang lain sebaliknya baginda bersabda kepada mereka berdua: "Bukankah kamu memiliki sesuatu yang lebih baik daripada tebusan?" Mereka berdua berkata: "Apakah itu?" Lalu baginda bersabda: "Kita serahkan sahaja kepadanya, sekiranya dia memilih untuk bersama dengan kamu, dia akan menjadi milik kamu tanpa tebusan dan sekiranya dia memilih aku, demi Allah aku bukanlah terdiri dari kalangan orang yang tidak suka apabila dia dipilih." Kemudian mereka berdua menjawab: "Kamu telah memberikan pilihan yang sangat tepat." Tetapi Zaid telah memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w menyebabkan ayah dan bapa saudara beliau terkejut lantas bapa beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu wahai Zaid! Adakah kamu memilih kehidupan menjadi hamba daripada bapa dan ibu kamu?!" Lantas Zaid menjawab: "Sesungguhnya aku mendapati orang ini memiliki sesuatu yang tidak boleh sama sekali aku berpisah daripadanya." Sebaik sahaja Zaid mengucapkan kata-kata tersebut, Rasulullah s.a.w terus menarik tangan Zaid kemudian keluar ke Masjidilharam seterusnya baginda berdiri di atas batu sambil memegang Zaid lalu berkata kepada pembesar Quraisy: "Wahai bangsa Quraisy! Saksikanlah bahawa kanak-kanak ini adalah anak aku, dia akan mewarisi harta aku dan aku akan mewarisi hartanya". Ketika itu hati bapa dan bapa saudara beliau menjadi tenang kemudian mereka berdua meninggalkan Zaid tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w seterusnya mereka berdua pulang dengan hati yang tenang. Bermula peristiwa tersebut Zaid dikenali dengan Zaid bin Muhammad sehinggalah tiba seruan Islam yang mengharamkan penggunaan bin bagi anak angkat kepada bukan bapanya dengan turunnya firman Allah s.w.t:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ

Yang bermaksud: Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri.

Setelah itu Zaid digelar dengan Zaid bin Harithah.


Perjuangan beliau pada jalan Allah:
- Selepas Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul, Zaid adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang terawal memeluk Islam, beliau pernah dilantik menjadi panglima tentera bagi beberapa utusan dan pertempuran baginda dan beliau pernah menjadi wakil kepada Rasulullah s.a.w di Madinah ketika baginda keluar berperang.


Kematian beliau:
- Pada tahun kelapan Hijrah, Zaid bin Harithah keluar ke peperangan Mu'tah sebagai seorang panglima tentera Islam. Beliau memimpin seramai 3,000 bala tentera. Ketika tentera Islam sampai di Ma'an (Jordan sekarang), tiba-tiba mereka diserang oleh Heraclius Raja Rom yang mengetuai seramai 100,000 bala tentera yang kemudian dia dibantu pula oleh 100,000 bala tentera daripada musyrikin Arab yang bergabung dengannya. Di dalam peperangan tersebut, Zaid bin Harithah gugur syahid kemudian Jaafar bin Abu Talib menjadi panglima tentera menggantikan beliau, tetapi dia juga turut terkorban. Selepas itu Abdullah bin Rawahah pula menjadi panglima tentera, walau bagaimanapun dia juga turut terkorban. Seterusnya umat Islam memilih Khalid bin Al-Walid yang kemudiannya beliau mengundurkan tentera dan menyelamatkan mereka dari turut menjadi mangsa terkorban.
- Rasulullah s.a.w terlalu sedih di atas kematian Zaid sebagai seorang teman baginda malah baginda juga banyak menangis di atas kehilangan Zaid, orang yang sangat baginda sayangi.

Sumber: Kamal Zharif


Sunday, April 19, 2009

Utbah Bin Ghazwan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Dalam barisan orang-orang yang masuk Islam di awal waktu; dalam barisan para sahabat yang hijrah ke Habsyah; dalam barisan kaum muslimin yang hijrah ke Madinah; dalam barisan ahli panah pilih tanding yang banyak berkorban untuk Islam; ada seorang laki-laki tinggi dengan wajah bercahaya dan hati yang khusyu’. Dialah Utbah bin Ghazwan.

Dialah orang yang ke-7 memeluk Islam, taat setia pada Rasulullah, siap menghadapi kafir Quraisy yang kejam.

Pada hari-hari pertama Islam, saat penderitaan dan kesulitan banyak menghadang, Utbah bersama teman-teman muslimnya tetap teguh berpendirian. Keteguhan yang di kemudian hari menjadi makanan dan penyubur bagi hati nurani umat manusia.

Ketika Rasulullah saw menyuruh kaum muslimin hijrah ke Habsyah, Utbah bersama mereka. Tetapi, kerinduannya pada Rasulullah saw tidak membiarkannya terus menetap disana. Beliau segera pulang ke Makkah dan menetap hingga datang perintah hijrah ke Madinah.

Sejak kaum kafir Quraisy melakukan gangguan dan melancarkan peperangan, Utbah selalu membawa panah dan tombaknya. Beliau pakar dalam melempar tombak dan memanah. Bersama kaum muslimin lain, beliau hancurkan dunia lama yang penuh kedustaan dan kesyirikan.

Beliau tetap menyandang senjatanya, meskipun Rasulullah telah wafat. Beliau terus berjihad, dari satu daerah ke daerah yang lain. Kudratnya dalam pertempuran melawan Parsi sangat luar biasa.

Khalifah Umar mengirimnya dengan membawa pasukan ke Ubullah untuk membebaskan wilayah itu dari cengkaman orang Parsi yang menjadikan Ubullah sebagai batu loncatan untuk menghancurkan Islam yang telah banyak membebaskan negara jajahan mereka.

Sebelum berangkat, Khalifah Umar berpesan kepadanya, “Berangkatlah bersama pasukanmu hingga tiba di perbatasan negeri Arab dan negeri Parsi. Berangkatlah! Berkah dan kemudahan Allah akan bersamamu. Serulah ke jalan Allah siapa saja yang mahu dan bagi yang menolak, ia harus membayar jizyah. Jika tidak mahu masuk Islam dan tidak mahu membayar jizyah, hanya pedang yang cocok untuk mereka. Tetap teguh dalam menghadapi musuh dan bertawakallah kepada Allah, Tuhanmu.”

Dengan pasukan yang jumlahnya tidak terlalu besar, Utbah berangkat hingga sampai di Ubullah. Tentera Parsi sudah menghimpun satu pasukan terkuat mereka untuk menghadapi pasukan Islam yang dipimpin Utbah ini. Utbah menata pasukannya. Ia berdiri di depan pasukan, membawa tombak yang belum penah tersasar dari sasarannya. Beliau berseru, “Allahu Akbar. Dia pastu menepati janji-Nya.”

Seakan beliau telah membawa peristiwa yang akan terjadi. Kemenangan terhasil dengan mudah dan Ubullah dibersihkan dari kekejaman tentera Parsi. Allah benar-benar menepati janji-Nya.

Pembangunan kota Ubullah berkembang pesat, dan akhirnya berganti menjadi kota Basrah. Di sana berdiri sebuah masjid yang indah. Utbah ingin meninggalkan kota Basrah dan kembali ke Madinah. Beliau tidak ingin lagi jawatan gabenor. Akan tetapi, Khalifah Umar tetap menginginkannya tetap di Basrah.

Utbah menjadi gabenor Basrah. Beliau menjadi imam solat, mengajarkan Islam kepada masyarakat, memutuskan perkara dengan adil. Dan memberikan contoh teladan dalam sifat zuhud, kesalihan dan kesederhanaan. Tidak henti-henti beliau memerangi pola hidup mewah dan berlebihan dengan segala kemampuannya hingga dibenci oleh mereka yang terlelap dalam godaan kesenanyan dan hawa nafsu.

Utbah berpidato di hadapan mereka, “Demi Allah, sesungguhnya aku adalah muslim ke-7. Saat itu, kami berjuang bersama Rasulullah tanpa makanan sedikit pun. Hanya dedaunan pohon, hingga lambung kami terluka. Suatu hari, aku mendapatkan sepotong kain. Kain itu kupotong menjadi dua. Sepotong untuk Sa’d bin Malik dan sepotong untukku.”

Utbah menjauhi kesenangan duniawi untuk menjaga keimanannya, sebagaimana ia juga mengkhawatirkan hal yang sama terhadap kaum muslimin. “Engkau ini seorang penguasa dan sudah selayaknya menikmati semua kesenangan dunia. Seperti itulah yang dilakukan penguasa terdahulu. Masyarakat yang tinggal disini juga terbiasa dengan gaya hidup mewah.”

Namun, dengan tenang, Utbah menjawab, “Aku berlindung kepada Allah dari menjadi besar dalam urusan dunia, tetap menjadi kecil di mata Allah.”

Ketika masyarakatnya berap menerima pola hidup yang sederhana yang beliau perjuangkan, beliau berkata kepada mereka, “Esok akan ada para pemimpin lain yang menggantikanku.”

Musim haji pun tiba. Ia mewakilkan urusan Basrah kepada temannya, lalu berangkat ke Makkah. Sesudah itu, beliau ke Madinah menghadap Khalifah Umar. Di sana, beliau memohon kepada khalifah untuk membebaskannya dari jawatan gabenor. Akan tetapi, khalifah menolak permintaannya. Khalifah sangat memerlukan orang yang zuhud yang sama sekali tidak tertarik dengan kesenangan dunia, ketika ramai orang mengejarnya. Khalifah selalu mengatakan, “Kalian letakkan tanggungjawab di pundakku, lalu kalian meninggalkanku sendirian? Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kalian dari tanggungjawab ini.”

Jawapan yang sama diberikan kepada Utbah bin Ghazwan.

Utbah tidak mempunyai pilihan lain kecuali kekal di Basrah. Maka, beliau menaiki kuda dan berangkat. Sebelum berada di atas kudannya, beliau sempat berdoa, memohon kepada Allah supaya tidak dikembalikan ke Basrah. Ternyata doanya dikabulkan.

Dalam perjalanan ke Basrah, beliau menemui ajal. Ruhnya terbang menghadap Maha Pencipta dengan sukacita atas apa yang telah beliau tempuh dan perjuangkan; atas nikmat yang beliau garap; dan atas pahala yang menanti untuknya.


Sumber: antamuSlim

Sunday, April 12, 2009

Abu Ubaidah bin al-Jarrah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Abu Ubaidah adalah seorang sahabat yang terpercaya dan dicintai Rasulullah saw. Dia ikut banyak peperangan membela panji-panji Islam. Bahkan, menjadi panglima perang yang sangat memperhatikan keselamatan tentaranya.

Bahkan Abdullah bin Mas’ud bangga dengannya. “Paman-pamanku yang paling setia sebagai sahabat Rasulullah saw. Cuma tiga orang. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, dan Abu Ubaidah,” begitu ujarnya.

Rasulullah saw. sendiri mengakui kualitas Abu Ubaidah. “Bagi suatu kaum adalah seseorang yang paling mereka percayai dan bagi kaum ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah,” begitu sabda Rasulullah saw.

Di masa pemerintahan Abu Bakar sebagi Khalifah, Abu Ubaidah dipercaya sebagai Ketua Pengawas Perbendaharaan Negara. Abu Bakar kemudian mengangkatnya menjadi Gubernur Syam. Jabatan ini diemban Abu Ubaidah hingga di masa pemerintahan Umar bin Khattab.

Tak lama kemudian Umar mengangkat Abu Ubaidah sebagai Panglima Perang menggantikan Khalid bin Walid.

Suatu ketika, ketika di masa pemerintahan Abu Ubaidah, Syam dikepung musuh. Umar berkirim surat kepada Abu Ubaidah. Isinya, “Sesunggunya tidak akan pernah ada seorang mukmin yang dibiarkan Allah dalam suatu penderitaan melainkan Dia akan melapangkan jalannya, hingga kesulitan akan dibalas-Nya dengan kemudahan.”

Surat itu dibalas oleh Abu Ubadah dengan kalimat, “Sesungguhnya Allah swt. telah berfirman: Ketahuilah bahwasanya kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan senda gurau, bermewah-mewah, dan saling membanggakan kekayaan dan anak pinak di antaramu, ibarat hujan (menyirami bumi), tumbuh-tumbuhan (menjadi subur menghijau), mengagumkan para petani. Lalu tanaman itu mengering, tampak menguning, kemudian menjadi rapuh dan hancur. Sedang di akhirat kelak, ada azab yang berat (bagi mereka yang menyenangi kemewahan dunia) namun ada pula ampunan dan keridhaan Allah (bagi yang mau bertobat). Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu belaka.” (Al-Haddid: 20)

Surat balasan Abu Ubaidah ini oleh Umar dibacakan di depan kaum muslimin seusai melaksanakan shalat berjamah. “Wahai penduduk Madinah, sesungguhnya Abu Ubaidah mengharapkan aku dan kalian semua suka berjihad,” kata Umar.

Memang Abu Ubaidah dikenal orang di zamannya sebagai orang yang zuhud. Umar pernah berkunjung ke Syam ketika Abu Ubaidah menjabat sebagai gubernur. “Abu Ubaidah, untuk apakah aku datang ke rumahmu?” tanya Umar. Jawab Abu Ubaidah, “Untuk apakah kau datang ke rumahku? Sesungguhnya aku takut kau tak kuasa menahan air matamu begitu mengetahui keadaanku nanti.”

Namun Umar memaksa. Akhirnya Abu Ubaidah mengizinkan Umar berkunjung ke rumahnya. Sungguh Umar terkejut. Ia mendapati rumah Sang Gubernur Syam kosong melompong. Tidak ada perabotan sama sekali.
Umar bertanya, “Hai Abu Ubaidah, di manakah penghidupanmu? Mengapa aku tidak melihat apa-apa selain sepotong kain lusuh dan sebuah piring besar itu, padahal kau seorang gubernur?”

“Adakah kau memiliki makanan?” tanya Umar lagi. Abu Ubaidah kemudian berdiri dari duduknya menuju ke sebuah ranjang dan memungut arang yang didalamnya.

Umar pun meneteskan air mata melihat kondisi gubernurnya seperti itu. Abu Ubaidah pun berujar, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sudah kukatakan tadi bahwa kau ke sini hanya untuk menangis.” Umar berkata, “Ya Abu Ubaidah, banyak sekali di antara kita orang-orang yang tertipu oleh godaan dunia.”

Suatu ketika Umar mengirimi uang kepada Abu Ubaidah sejumlah empat ribu dinar. Orang yang diutus Umar melaporkan kepada Umar, “Abu Ubaidah membagi-bagi kirimanmu.” Umar berujar, “Alhamdulillah, puji syukur kepada-Nya yang telah menjadikan seseorang dalam Islam yang memiliki sifat seperti dia.”

Begitulah Abu Ubaidah. Hidup baginya adalah pilihan. Ia memilih zuhud dengan kekuasaan dan harta yang ada di dalam genggamannya. Baginya jabatan bukan aji mumpung buat memperkaya diri. Tapi, kesempatan untuk beramal lebih intensif guna meraih surga.


Sumber: www.dakwatuna.com

Tuesday, March 17, 2009

Mari kitani berkenalan dengan 9 jenis manusia anie.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Salamu 'Alaykum!

1. Siapakan orang yang sibuk anie?

Orang yang sibuk anie orang yang inda mengambil berat tentang waktu solatnya seolah-olah iya anie mempunyai kerajaan semacam kerajaan Nabi Sulaiman as.

2. Siapakan orang yang manis senyumanya anie?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis anie adalah orang yang di timpa masalah atau muslihat lantas iya berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lantas sambil berkata iya lagi,”Ya Rabbi Aku ridha dengan ketentuanMu anie”, sambil mengukir senyumannya.

3. Siapakan orang yang kaya anie?

Orang yang kaya anie adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan inda lupa akan kenikmatan dunia yang sementara anie.

4. Siapakan orang yang miskin anie?

Orang yang miskin anie adalah orang inda puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa melonggokkan hartanya.

5. Siapakan orang yang rugi anie?

Orang yang rugi anie adalah orang yang sudah sampai usia pertengahanya tapi masih jua iya berat kan melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6. Siapakan orang yang paling cantik anie?

Orang yang paling cantik anie adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakan orang yang mempunyai rumah yang paling luas anie?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas anie adalah orang yang meniggal membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya atu akan di perluaskan sejauh mata memandang.

8. Siapakan orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit anie?


Orang yang mempunyai rumah yang sempit anie adalah orang yang meninggal inda membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya atu menghimpitnya.

9. Siapakan orang yang mempunyai akal anie?


Orang yang mempunyai akal anie adalah orang-orang yang menghuni Syurga kelak kerana iya telah menggunakan akal sewaktu iya di dunia untuk menghindari siksa neraka.

WALAHUAKLAM BISSAWA



TAKBIR! \o/

Monday, March 16, 2009

Fadilat Basmallah



Salamu 'Alaykum!

Mukjizat di sebalik BASMALLAH


BASMALLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BASMALLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BASMALLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BASMALLAH pada awalnya kerana BASMALLAH tertulis pada setiap wahyu yang ALLAH turunkan kepada malaikat Jibrail a.s.

2."BASMALLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BASMALLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BASMALLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BASMALLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam,air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi ALLAH dan keagunganNya, tidaklah BASMALLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BASMALLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan ALLAH beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BASMALLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BASMALLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin ALLAH selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BASMALLAH 19 kali setiap hari."

7.Tiap huruf BASMALLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BASMALLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BASMALLAH nescaya ALLAH akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

WALAHUAKLAM BISSAWA

TAKBIR! \o/