pkai la processor ini tuk khidupan..

pkai la processor ini tuk khidupan..

Friday, October 24, 2008

Iman, awak bercuti ker?

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis…entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku .

http://www.raudhah.net/

Saturday, October 18, 2008

Adakah kita boleh bebas dari pandanganya?


Orang buta lebih mulia dan melihat daripada orang yang ada dua biji mata untuk melihat,

Kerana mungkin si buta lebih dekat hatinya dgn Allah daripada yang melihat. Allah tidak menilai seseorang daripada paras rupa atau pada zahirnya. Tetapi Allah menilai hambanya dengan melihat tinggi atau rendahnya iman seseorang pada Allah.

Setiap titik hujan yang turun dari langit di catat dan diketahui oleh Allah swt.

Setiap satu rumput yang tumbuh semua di catat dan di ketahui oleh Allah swt.

Setiap apa yang di lakukan oleh manusia (kita) semuanya di catat dan Allah swt maha mengetahui segalanya.

Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Al Anbyaa’ : 4)

Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan dimana sahaja kita berada. Walau kita berada di sebuah pulau berseorangan yang nada orang tinggal. Walaupun jauh dari pandangan manusia, Allah tahu setiap sesuatu yang kita lakukan (semua sekali).

Tinggi iman seseorang ialah orang yang sentiasa merasakan kehadiran Allah swt.

Seandainya kita berada di istana seorang raja atau rumah seorang yang tinggi pangkatnya di kalangan masyarakat. Masa dalam atu kita buat suatu yang inda di sukainya atau di larangnya. Macam meludah di lantai sesukahatinya atau masuk kebilik-bilik sesuka hati sampai melangar privacy. Udah pasti si raja atu akan marah arah kita dan kalau ya berkuasa mungkin akan menyeksa kitani.

Samalah kita berada di bumi ciptaan Allah ini. Kalau kita lakukan sesuatu yang melanggar peraturan-peraturan dan kehendak Allah sudah tentu Allah swt tidak akan memberi muka kepada kita dan akan menyiksa kita atas balasan apa yang telah kitani lakukan. Seperti lelaki berjalan dengan perempuan berpegangan tangan cia apa cia, minum arak ka atau berjudi ka. Perbuatan ani lah yang maksudnya tidak menghormati peraturan tuan empunya bumi. Sedangkan sudah diterangkan tentang arak seperti mana diterangkan (Al maa-idah : 90) bahawa meminum arak itu perbuatan yang keji.

Sama-samalah kitani menghayati hadith :

Peliharalah (perintah dan larangan) Allah, niscaya kamu akan selalu merasakan kehadiran Nya. Kenalilah Allah waktu kamu senang, niscaya Allah akan mengenalimu waktu kamu dalam kesulitan. Ketahuilah, apa yang luput dari kamu adalah sesuatu yang pasti tidak mengenaimu dan apa yang akan mengenaimu pasti tidak akan meleset dari kamu. Kemenangan (keberhasilan) hanya dapat dicapai dengan kesabaran. Kelonggaran bersamaan dengan kesusahan dan datangnya kesulitan bersamaan dengan kemudahan. (HR. Tirmidzi)


kita mesti hormat dan kerjakan apa yang disuruh oleh Allah swt. Kalau kita mampu untuk mengikut dan inda melanggar peraturan yang di tetapkn di negara kitani mengapa pulak kita inda mampu untuk ikut perintah Allah swt? Adakah kita lebih mengutamakan manusia (yang menetapkan peraturan atu) daripada Allah swt? Adakah kita ingin menjadi orang yang kufur yang mendahului sesuatu yang selain daripada Allah? Sedangkan janji Allah untuk orang yang beriman adalah haq dan pasti.

Thursday, October 16, 2008

Zikrul Maut

Zikrul Maut



Written by firdaus shah
Monday, 19 November 2007
Oleh: Malcolmz 190606
Dan Allah s.w.t berfirman "kullu nafsin zaa ikatul maut", setiap jiwa itu pasti akan merasai mati. Demikianlah hakikat yang telah Allah tetapkan di dunia ini yang tidak ada seorang manusia pun yang akan terlepas darinya. Apabila datangnya berita tentang kematian kepada kita, maka kita katakan "innalillahi wa inna ilaihi raa ji uun".
Adapun kematian itu, suatu hikmah yang Allah s.w.t telah jadikan buat kita. Dan ditakdirkan bahawa semua manusia itu mempunyai ajalnya masing-masing, mungkin sekumpulan manusia mempunyai ajal yang sama detiknya, namun begitu tidak semua manusia akan menemui ajalnya serentak pada suatu masa. Itulah hikmahnya pada kita, sebahagian dari kita Allah s.w.t menarik nyawanya untuk kembali ke pangkuan-Nya, namun begitu sebahagian dari kita yang masih ada di sini, Allah s.w.t terus memberikan nyawa pada kita untuk hidup. Dan tujuan Allah jadikan senario sedemikian, sebahagian mati dan sebahagian hidup, tidak lain adalah untuk menjadikan kematian itu satu iktibar dan ada hikmah buat pengajaran kita bersama.
(Shad:27)?27. Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan Yang tidak mengandungi Hikmah dan keadilan; Yang demikian adalah sangkaan orang-orang Yang kafir! maka kecelakaanlah bagi orang-orang Yang kafir itu dari azab neraka.
Maka marilah hadirin sekalian, kita persoalkan diri kita, apakah yang wujud disebalik kematian yang bergilir-gilir ini? Dan apakah tujuan Allah s.w.t memberikan kita peluang untuk mendengar berita tentang kematian terlebih dahulu sebelum kita sendiri dimatikan? Atau lebih besar lagi, apakah tujuan Allah s.w.t membawa kita ke sini pada hari ini, untuk berkumpul bersama dan mengingati pemergian saudara kita yang kita kasihi ini?
InsyaAllah, berkat hidayahnya, jika kita renung dengan teliti, tidak lain dan tidak bukan, tujuan Allah s.w.t menjadikan hakikat maut ini sebegitu rupa, hanyalah supaya kita berhenti sejenak dalam kehidupan kita ini, agar dapat kita menilai kembali, dan mengingatkan kepada diri kita, bahawasanya kita ini adalah hamba Allah s.w.t, yang masing-masing akan kembali ke rahmatullah suatu masa nanti.
Sehubungan itu, persoalan yang seterusnya, apakah yang kita akan dapat dari mengingati mati? Apakah mesej yang cuba Allah s.w.t sampaikan kepada kita, dengan cara menyuruh kita mengingati mati? Dan Allah s.w.t berulang kali menyebut tentang hakikat kematian ini di dalam Al-Quran, antaranya yang saya mampu ingat ialah:-
(munafiqun:11)11. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.
(sajdah:11)11. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".
Dan insyaAllah, jika kita hayati maksud Al-Quran al karim, kita akan jumpa banyak lagi,mungkin terlalu banyak untuk saya ingati buat masa ini.
Jadi, apakah jawapannya? Mengapakah Allah s.w.t kerapkali menekankan tentang aspek kematian dan kehidupan di akhirat? Sedangkan antara wahyu yang awal yang di sampaikan oleh Nabi s.a.w di Bukit Safa, adalah menekankan tentang azab di akhirat dan balasan bagi manusia yang hidup di dunia ini? Maka melihat hakikat itu, Allah s.w.t sebenarnya cuba menjelaskan kepada kita, bahawa dunia ini hanyalah sementara, dan akhirat itulah kekal abadi dan kehidupan kita yang sebenarnya.
Rakan sekalian, tidak ada sesiapa pun yang tahu di mana dan bila akan tiba ajalnya. Sehebat ilmu Einstein, tidak mampu beliau untuk meramalkan kematiannya. Allah mejadikan ajal sebagai satu misteri, adalah supaya kita beramal berterusan dan istiqamah dalam hidup sebagai muslim. Apabila tiba ajal kita, tidak ada yang mampu menghalang lagi, "la yastaqdimuun wa la yas ta'khiruun", tidak boleh di awalkan dan tidak pula boleh di lewatkan, ianya pasti akan menepati jadual. Maka, pada ketika itu, setakat dosa yang telah kita buat, betapa banyaknya dosa yang kita telah lakukan selama ini, itulah yang akan kita bawa pulang menghadap mizan. Dan itulah yang akan kita kendong untuk melintasi titan sirat nanti. Apakah kita sempat bertaubat sebelum kita mati? Itu terserah kepada kita, sama ada kita ingin menangguh taubat atau sebaliknya. Cuma ingatlah rakan sekalian, janganlah kita termasuk dalam kaum-kaum yang menyesal, yang telah Allah ingatkan pada kita berulang kali, seperti dalam ayatnya:- (sajdah:12)12. Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".
Persoalannya, adakah aku sudah bersedia? Apakah aku telah sebenar-benarnya muslim? Beringatlah kita kepada ayat ini:-
(baqarah:208)?208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.
Yang dinamakan islam itu ialah segala-galanya. Dan yang di katakan muslim itu ialah seseorang yang meliputi segala skop hidupnya dengan cara hidup islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Dan itu tidak terbatas kepada cara berpakaian, cara beribadah, malah termasuk dengan islam itu matlamat hidup, perlaksanaan matlamat hidup, hubungan sesama manusia, juga apabila kita telah muslim, apakah kita telah menjadikan suasana sekeliling kita itu turut muslim sesama kita, dan ini dituntut oleh Allah s.w.t:-(ahzab:46)?46. Dan juga sebagai Penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah Dengan taufiq Yang diberiNya; dan sebagai lampu Yang menerangi.
Rakan sekalian, semoga kita dapat mengecapi pada hari ini, bahawa kesedihan kita atas kehilangan saudara kita yang kita kasihi, perlu kita sertakan dengan kesedaran bahawa kita masih hidup, dan perlu meneruskan hidup,dan Allah telah memberi peringatan kepada kita untuk kembali beriman kepada-Nya, melalui peristiwa ini. Semoga dengan peringatan ringkas ini, mudah-mudahan Allah mencampakkan bantuanNya di hati kita, agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memahami tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Last Updated ( Wednesday, 28 November 2007 )

http://www.dakwah.info/index.php/Karya/Zikrul-Maut.html

Saturday, October 11, 2008

siapakah kita???




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Asalamualaikum, ehe just want to share a tazkirah (peringatan), in our solat siapakah kita diantara gambar ani?? Kita solat buat apa? untuk apa? apa bacaan yang tani baca? apakah ciri solat sebenar?


Kita tau solat ini adalah IBADAH, tetapi cemana kita beribadah kalo kita tak mengerti apa yang kita buat dalam solat kita..i dunt want to talk bout rukun solat, syarat sah solat, apa yang membatakan solat, semua tu dah tani blajar arah skulah agama, but wat i want to concern is apakah tani pikirkan or apa dalam hati tani semasa tani solat? kan solat ni menghadap Allah, menyembah Allah, berdoa kepada Allah, memuji Allah n kitani intiraksi dengan Allah.. adakah tani mcm "c blues" ingatkan "c milah" or paci yang ingatkan hal perutnya or uncle yang tersekat sekat nyabut bacaan dalam solat or bro yang ingau rangit as hal sekelilingnya??


In our niat, sahaja aku sembahyang..................rakaat...................kerana Allah Taala, yang ujung niat tu, KERANA ALLAH TAALA, kan we do our solat ni just for ALLAH, hadith Nabi Muhammad,


Dari Amirul Mu’minin, (Abu Hafsh atau Umar bin Khottob rodiyallohu’anhu) dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rosululloh shollallohu’alaihi wassalam bersabda: ’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Alloh dan Rosul-Nya, maka hijrahnya kepada Alloh dan Rosul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya).’” (Diriwayatkan oleh dua imam ahli hadits; Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrohim bin Mughiroh bin Bardizbah Al-Bukhori dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusairy An-Naisabury di dalam kedua kitab mereka yang merupakan kitab paling shahih diantara kitab-kitab hadits)


ana indakan xplen lebih detail Hadith ni,its another session, but apa yang penting tu ialah amal ibadat tani bergantung pada our niat, niat tani mesti fully to Allah, ia tidak akan dikira sebagai ibadat kalo 0.00000000001 percent tani kerana yang LAIN, apa lagi percent yang LAIN tu Increasing, solat ni kan ibadat khusus n WAJIB, tani inda bleh main main, jikalau tani inda memikirkan or dalam hati tani tu kosong, apakan tani hadapkan kepada Allah..dalam surah Al baqarah ayat 45-46:



وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ 45

الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ46

yang bermaksud: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk {45}, (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.{46}


dalam ayat diatas minta pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, so dalam ayat ni tani sepatutnya minta pertolongan kepada Allah dengan Sabar dan Solat, bermaksud didalam solat tu kita meminta pertolongan kepada Allah, dan sungguh yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang KHUSYUK... iatu orang orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhanya, dan Bahwa Mereka akan kembali kepada-nya, dari pengajaran ayat ni diterangkan bahawa solat ni dengan khuyuk, andang payah n berat kecuali orang yang yakin ia akan menemui Allah n akan kembali kepada Allah, erti kata lain beriman Kepada Allah..


Moga kita berusaha untuk khuyuk dalam solat kita walopun ia payah kecuali orang yang yakin akan menemui Allah m kambali kepadanya...maybe sampai cne saja..ana ni nda jua berilmu tapi ingat hadis nabi, sampaikanlah dari padaku walaupun satu ayat... apa yang kurang semua datang dari ana, n tolong tegur f ana tersilap, ana pun belajar n terus belajar..semua yang Baik tu datang dari Allah.. semua ni ana ingin memperingati terutama sekali kepada diri ana sendiri n kepada pembaca saudara saudari sekalian... mohon maaf f ada silap kata k...


asalamualaikum..dari Kuli Allah =)

Friday, October 10, 2008

obat stress

Asalamualaikum, just want to share sedikit ilmu dari ana, Kebanyakan orang membuang stress dengan tejerumus dengan kemaksiatan seperti minum arak la, pergi Disko or clubing, nada di Brunei pegi Labuan Miri Limbang dimana mana la.. even kat KL or U.K lagi tia sanang belurih.. thats the worse case la, but selalunya apa tani buat f stress? buli kawan or urang? marah arah urang??cari pasal arah urang??maseh jua not in d list..maseh ditahap urang baik la.. stress buat asigment la yang biasanya ni contoh bisai..f masa blajar dulu liat kawan n student lain selalunya masa study grup f stress buat asigment bah LAN game..main counter strike(cs) or yang sewaktu denganya la... yg smoker tu bawa besigup lagi kan buang stress.. ada yg stress merempit la yg ada moto tu... f gurls lain g, f stress shoping o liat wayang o pegi spa o urut o theraphy apaka..banyak macam la urang sekarang ni cara diorang tersendiri membuang Stress..

why tani buat smua diatas tu untuk mententramkan jiwa tani dari stress? we have our resolution bout tat.. ktani hidup ni ada manual tani.. macam calculator ada manual nya, computer ada manualnya, machine ada manualnya, sama macam tani hidup ada manual hidup tani, why tani nda gunakan our manual?? whats our manual?

Our manual is Al Quran, f nda cukup hadis gi.. thats our petunjuk for our hidup, tapi napa kitani nda gunakan? tema hari BELIA tahun ani BELIA BERAKHLAK AL QURAN,apa lagi tani sambut la seruan tu, tapi....we read Quran but tani nda paham apa isinya, canakan berakhlak denganya mun baca ganya... masa puasa khatam bilang urang bangga lg, tapi apa tani dapat?? yes tani dapat pahala baca..tapi apa lg yg lebih manfaat dari atu..? Quran diturun kan not just dibaca but tuk dipahami, dipelajari, diamalkan , petunjuk hidup, rules of mind, apa kata our Sultan last nuzul Al quran 17 ramadan, Al quran ni for our guidance and reference.. atu yang lebih jelas.. semua masalah ada solutionya.. cmatu jua stress..

Simple, i just want to share one ayat from Quran that gives obat stress,that is Surah Ar Rad ayat 28:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Ar Ra'd:28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

so obat stress ialah dengan mengingat Allah Hati menjadi tentram, nda payah kn buat mcm yang diatas tu...bedusa ja n mebazir guna duet apa lah...cmana ingat Allah? banyak cara..salah satunya zikir.. kan our tema MAJLIS ILMU NEGARA ZIKIR, apa lagi sambut la seruan pemerintah tani.. Nama Allah 99 nama o tahlil tahmid yang ikut sunnah la, reflection of Nama Allah, Allah maha Pencipta, liat sekeliling tani sapa membuat, anggota badan tani???its perfect..nada cacat celanya..sapa buat? Sapa lg f Bukan Allah, thats one of contoh..atu bru satu nama Allah n sikit ja baru penjelasanya, 98 nama Allah lain lagi..antum renung kan la.. sanang ja kan obat Stress..

Apa lagi cara lain mengingat Allah, Tani sembayang ingat Allah but f huraikan panjang lagi ceta..
Baca Ayat ayat Allah iaitu Al quran?? tafsiran lagi betimbun tuk ingat Allah.. lain masa lagi share la..ehe ana ni nda jua berilmu..yang baik datang dri Allah yg buruk smua dri ana sendri.. ana insan biasa ada kelemahan..maybe skrg ni ana ingatkan antum, esuk lusa or nanti ana lupa apa yang ana katakan ani, giliran antum g ingatkan ana.. ana ni manusia..pelupa pakaian manusia..ehe... ani saja dulu..next time g sambung o topic lain..
Asalamualaikum dari ana Kuli Allah..

Thursday, October 9, 2008

Pencinta.........??


as salam 'alaikum.diperkongsikan....sebuah nukilan yang maha panjang, dan maha banyak pembangkitan kesedaran, panduan jalan dan penyuluh kehidupan masa emas remaja insyaAllah.
bagi yg berada dalam demam peperiksaan, sila simpan dan baca selepas tamat ujian. bagi yang tidak "tahan", aturlah masa anda sebijaknya utk membaca artikel di bawah supaya tidak mengganggu persediaan peperiksaan anda. selamat membaca. semoga ada barakah dalamnya. ada manfaah dan khair, insyaAllah.
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=735

Aku pencinta wanita

ku temukan dalam pencarian

cinta sejati untuk hidupku

kurang lebih yg spt dia

ku harap dlm cintaku

ku tak mau menjanjikannya

pasti bahagia bila denganku

biar dia rasakan sendiri

betapa gilanya cintaku

Chorus:

aku memang pencinta wanita

namun ku bukan buaya

yg setia pada seribu gadis

ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita

yg lembut spt dia

ini saat ku akhiri semua

pencarian dalam hidup

cintaku ternyata aku mau hanya dia

ku tak mau menjanjikannya

pasti bahagia bila denganku

biar dia rasakan sendiri

betapa gilanya cintaku

Chorus

kamu memang pecinta wanita

namun kau bukan buaya

yg setia pada seribu gadis

kau hanya mencintai aku

Chorus

pecinta wanita

mencintai dia

hanyalah dia


Ya. Siapa tidak tahu lagu ini? Para remaja malah belia sibuk mensiulkannya. Tidak hairan. Bukan setakat lagu ini. Setiap musim dan setiap tahun pasti ada lagu yang juaranya. Pasti ada artis yang mempeloporinya. Bukan baru. Sejak era Televisyen warna, malah sejak peneganalan televisyen hitam putih dan suasana sebuah radio satu kampong di tahun-tahun 60-an, 70-an awal kemerdekaan tanah melayu, lagu-lagu cinta telah rancak berkumandang di seluruh Negara. Dari zaman p ramlee sampai Dian Sastrowardoyo, kini Irwansyah, tema cinta akan bersemi selamanya dalam arena seni Negara, dominan dalam masyarakat, sehingga diperdengar di kafe-kafe, dalam bas, kereta peribadi, rumah-rumah, malah festival-festival, besar atau kecil. Nama Asmawi Ani barangkali masih belum lenyap ditimpa tsunami zaman.

Cinta diperhebat. Sms on cinta. Iklan yang selalu mengisi iklan televisi. Ada apa dengan cinta barangkali sudah dikira filem lama. Juga Cinta Kolestrol. Filem "Cinta" tajaan Shurah – yakin dan suci -, sebuah kisah tentang kasih pun belum tentu filem terbaru. Kisah cinta artis mencintakan lagi cinta. Mawi dan Ina adalah sebuah kubur cinta. Cinta zulaikha lain pula. Ruangan Hiburan akhbar perdan Utusan Malaysia pun tidak terlepas soal artis dan cinta, apalagi lambakan tabloid yang terbilang, walaupun mungkin tidak cemerlang. Belum berbicara soal cinta antarabangsa.

Malaysian Idol, Akademi Fantasia, dan sebilangan lagi program perdana Negara menyemarakkan lagi bunga-bunga cinta. Keabadian Cinta, Menyemai Cinta Bersamamu, dan pelbagai lirik cinta lagi. Budak-budak sekolah pun sejak kecil lagi diajar bercinta. Tentang Cinta Kanak-kanak barangkali adalah tajuk tepat Tentang Bulan.


Iklan di mana-mana adalah iklan pasangan cinta. Setiap hari anda dapat melihat. Di kaca TV, di papan iklan tepi jalan, di koc-koc tren, di mana-mana, iklan-iklan peragaan pasangan lelaki dan wanita. Iklan-iklan syarikat telekomunikasi adalah bukti yang nyata.

Karnival-karnival dan konsert-konsert adalah perhimpunan umum dan tahunan pasangan-pasangan cinta. Dari seluruh pelosok kota, mari kita berkumpul dan bersuka ria. Peduli apa, dunia ini kita yang punya. Sampai pagi, macam tidak biasa. Kita anak muda. Gwen Stefani, layan saja. Konsert merdeka, merdekakan diri kita dari segalanya! Dunia tanpa batas slogan kita.

Cinta adalah dunia kita. Cinta adalah media kita. Cinta adalah persekitaran kita, di mana-mana, orang bertuturkannya, di mana-mana orang bercinta. Di mana-mana, setiap tika, para remaja bernafaskan oksigen cinta, makan minum cinta bersama si dia, menghirup sup cinta, jus cinta, membaca cinta, bermain cinta, berborak cinta, bercinta cinta, memandang dengan mata dan hati cinta, serta nafsu diraja. Cinta adalah restu ibu bapa kita, asal tidak cemar nama keluarga. Cinta adalah promosi perdana. Cinta adalah bi'ah (suasana) kita. Cinta adalah tarbiyah (pendidikan) kita. Cinta adalah lagu siulan kita, cinta adalah filem tontonan kita, sardin "cinta" ada di pasaran kita, cinta adalah makanan kita, cinta adalah wine dan beer yang kita mabuk kerananya.

Cinta dan cinta. Memenuhi jiwa. 24 Februari hari kita meraikannya, secara perdana. Di KLCC, mall-mall, taman-taman, jalan-jalan, restoren-restoren, bahkan di kilang-kilang, di kampus pengajian, di warung-warung dan di mana-mana. Kita hadiahkan bunga cinta. Kita makan malam cinta, kita pasang lilin cinta, dan kita lena dalam penat cinta. Kita mimpikan cinta, mengigau cinta dan angau cinta.

Bangun-bangun, "aku pencinta wanita" sudah bergema. Dunia telah asyik dalam cinta, hingga "remaja bercinta" adalah biasa. Maaruf (yang terkenal). Siapa yang tidak bercinta, dia pelik (gharib), ajaib. Mundur. Hina. Tiada kelas. Tidak laku. Tak cool. Ketinggalan zaman. Dan sebagainya.

Dengan hebatnya tiupan taufan cinta, besarnya gelombang ombak cinta, melatanya pasangan-pasangan panas cinta, lalu, semua orang pun mahu bercinta. Remaja bingkas. Berlumba. Berduyun-duyun. See you d IPT. Fon genggam dan kecanggihan teknologi ICT, membantu tumbuh segarnya cinta. Cinta temu fizikal dan cinta temu maya. Fon bordering. Sms sent. Buzz!! Icon J … mms. suburnya cinta, dibantu teknologi maya. Dari ladang maya kasih, tumbuh segar cendawan cinta, selepas hujan propaganda massa media. Restoren-restoren cinta dipenuhi para remaja, gadis muda mudi, memadu cinta dalam burger kea-ef-si, menghirup beer akar a&w, membahagi pecahan tepung italia di pondok pizza, meleseri kaki lima puluh pasar-pasar mega, bertenggek berdamping dalam gelap panggung, menjerit meraung seronok dalam koster berpusing, berbasah kuyup dalam ombak pantai cinta, dan seribu dua puluh tiga keseronokan apabila dua remaja lain jantina bersama.

Lalu, apa? Salahkah cinta? Bukankah kita dijadikan berlainan bangsa dan jantina, supaya saling mengenal dan bercinta? Jangan hendaknya kita saling bergaduh dan huru hara sesama kita? Cinta masa remaja, itu kan seperti satu fasa persediaan menghadapi hidup sebenar berumah walaupun mungkin tiada tangga? Kalau saling tak mengenal, bagaimana mahu membina bahagia di masa depan sana?

Ya, remaja. Kami pun pernah remaja, dan kami amat memahami jiwa remaja. Remaja memang butuhkan (perlukan) cinta. Ya, cinta memang tidak pernah bersalah. Tidak pernah ada salahnya pada cinta. Setiap orang membutuhkannya. Maka, tika engkau sudah membutuhkannya, wahai remaja, bercintalah kamu dengan cinta yang benar dan sebenar. Iaitu kahwinlah! Kerana inilah satu-satunya jalan pembuka tirai cinta yang benar dan menjanjikan kehidupan paling bahagia.


Tapi, kami tahu, bukan sedikit dari kalian yang terkejut, apabila kami menganjurkan kepada kalian "Kahwinlah!". Ya, kami tahu kalian masih belum bersedia. Masih terlalu awal kata kalian. Belum bersedia, boleh di"sedia"kan. Bersedialah mula sekarang. Masih terlalu awal? Itu kata kalian tika belum kahwin. Sesudah kahwin, kami seperti yakin bahawa kalian akan mengubah jawapan, malah dengan penyesalan, "kenapa aku tidak kahwin lebih awal?", dan baru kalian tahu bahawa ia bukan masih awal, tapi telah lewat untuk kalian kahwin. Tapi, telah lewat tidak bermakna kalian memperlewatkan lagi, kerana "alang-alang" sudah terlewat. Tapi, justeru, kerana telah terlewatlah, kalian perlu bersegera, secepatnya. Seperti kalian telah terlewat ke kuliah, bukanlah patutnya kalian lewat-lewatkan lagi, atau tidak pergi terus (ie tidak kahwin langsung), tapi justeru kalian berlari, bersegera, ke kuliah (ie kepada perkahwinan) yang bakal menjanjikan kebahagiaan damaian tenang hidup masa depan.

Telah tiba masanya. Kalian membutuhkan cinta. Cinta dari seseorang yang istimewa. Yang lain jantina. Yang akan memenuhi keperluan. Sosiologis, biologis, psikologis dan lain-lainnya. Maka, berkahwinlah, apabila kalian telah mampu. Kenapa kalian tidak berani untuk mencari cinta yang halal? Tapi, berani kalian mencuba-cuba, mencari cinta yang haram? Yang bukan milik kalian. Kalian mengambilnya, walaupun si dia mungkin suka (ie redha), tapi bagaimana dengan si Dia? Anda telah melewati batas-Nya? Tidakkah kalian takut pada Allah untuk mencari cinta yang belum dihalalkan pada anda. Cinta tetap cinta. Sebelum atau selepas kahwin, ia tetap cinta. Yang berbeza, hanya dosa dan pahala. Saham neraka atau pelaburan syurga. Anda diberi pilihan untuk memilihnya. Maka, kahwinlah!

Apalah yang ada kurangnya pada perkahwinan? Ia penghancur sebuah keseronokan? Ia pengakhir masa bujang? Ia penamat masa keremajaan? Ia pengikat kebebasan? Ia mengeluarkan kita dari medan keseronokan dosa dan hawa? Itulah racun-racun syaitan. Yang mahu memperpanjangkan tempoh bujang, tempoh keseorangan, tempoh kesepian, tempoh kesengsaraan, membuka jalan-jalan noda, sedang kalian telah membutuhkan hadirnya cinta, terdampingnya seseorang secara sah, halal dan aman.

Perkahwinan, adalah sebuah penyelesaian kepada masalah berpanjangan remaja yang memerlukan teman. Ia adalah sebuah keperluan. Ia adalah pintu keselamatan. Ia mengumpulkan pahala dan menjauhkan dosa. Ia mematangkan fikiran. Ia membahagiakan. Ia adalah sumber ketenangan, kestabilan, kesejahteraan. Berkahwinlah! Kalian yang telah berkemampuan.

Betapa ramai kalian yang telah membutuh dan menginginkan, serta mencita-citakan sebuah kehidupan lengkap perkahwinan yang membahagiakan, tetapi belum berkemampuan. Berdoalah supaya Allah mempermudahkan! Berusahalah mempersediakan segala kelengkapan. Persediaan dalaman dan luaran. Ilmu dan iman, financial, material dan lain-lain.

Kalian yang belum berkemampuan!

Bersabarlah dan jagalah diri dari terjerumus ke lembah larangan dan kehinaan. Berpuasa dan jaga pandangan mata, adalah dua kunci utama, yang akan banyak menyelamatkan jiwa, dan iman.

Janganlah cuba mendekati yang belum halal buat kalian, baik orangnya atau perbuatan. Sekalipun, ia (terutama 'orangnya') akan menjadi halal pada masa depan, tapi sekarang ia belum. Belum halal, dan belum masanya. Ia belum milik kalian. Sang lelaki, janganlah kalian mendekati si perempuan. Sekalipun, ia akan jadi milik kalian, di masa depan. Kerana sekarang, ia masih haram. Ia belum milik kalian. Tidak ada alasan. masa depan tidak akan pernah menghalalkan masa sekarang. Perkahwinan dan bukan perkahwinan adalah perbezaan. Sekalipun, kalian telah mengikat janji setia akan melangsungkan perkahwinan, janji setia adalah janji setia. Janji setia bukanlah perkahwinan. Janji setia tetap tidak menghalalkan apa yang haram. Hanya perkahwinan, jalan syarie yang bisa menghalalkan.

Kalian yang belum berkemampuan dan belum berikat janji setiaan!

Janganlah kalian saling berdekatan dengan alasan, mahu saling berkenalan, supaya serasi dan bisa mengikat persetiaan. Yang haram tetap haram dan yang halal hanyalah yang telah jelas halalnya. Kebahagiaan adalah milik Allah. Kebahagiaan masa depan, Dia yang anugerahkan. Siapa yang dekat dengan-Nya, beriman pada-Nya, patuh pada arahan-Nya, akan dikurniakan kebahagiaan perkahwinan. Bagaimana kalian mahu dapatkan kebahagiaan masa depan yang dimilik Tuhan itu, jika kalian awal-awal lagi telah tidak patuh pada-Nya? Mahukah kalian memberikan sesuatu milik kalian kepada seseorang yang tidak mahu mengikut kata kalian, tidak mahu patuh pada arahan kalian. Kebahagiaan bukanlah dicari dengan keserasian sebelum perkahwinan. Pembentuk kebahagiaan masa depan bukanlah banyaknya perjumpaan antara bakal pasangan atau kerapnya pertemuan atau kebersamaan sebelum perkahwinan. Pembentuk kebahagiaan masa depan bukanlah acapnya perbualan, perkongsian, senda gurau dan intim mesra sebelum perkahwinan, tetapi penjamin kebahagiaan masa depan adalah bersihnya masa sebelum kahwin dari dosa-dosa dan laku yang haram. Penjamin kebahagiaan masa depan adalah ketaqwaan kepada Allah pada masa sebelum kahwin, dengan menjaga halal haram perhubungan, dan menjauhi maksiat perjantinaan. Makin banyak perbualan, perkongsian, senda gurau dan intim mesra sebelum perkahwinan, makin sedikitlah yang berbaki untuk selepas perkahwinan. Manis telah disepah awal-awal, madu telah dihisap sebelum masa, maka tinggallah tawar dan hambar sahaja apabila masa yang sepatutnya telah tiba. Allah pun tidak mahu lagi menambahkan bahagia pada hamba-Nya yang telah awal-awal gelojoh, tamak dan derhaka pada-Nya. Kerana itu, tidak hairan kita melihat dalam ummah, manis dan gemilang pasangan sebelum perkahwinan, tapi bercerai berai setelah disatukan. Pelikkan? Padahal, setelah disatukan (dengan halal lah) justeru semakin padu keserasian, perpaduan, kemanisan, dan kegemilangan kebersamaan. Pokoknya, kerana melanggar arahan Tuhan, nikmat dunia lagi akan kehilangan.

Kalian yang belum berkahwin!

Jauhilah perhubungan dua jantina sebelum kahwin. Sedemikian banyak kemanisan yang dikecap antara hubungan dua jantina sebelum kahwin, sedemikian banyaklah kemanisan yang akan ditarik Allah sesudah di alam perkahwinan. Malanglah! Betapa manisnya masa cinta sebelum kahwin, hanya pahit dan sepah yang tinggal selepas kahwin, semua madunya telah dihisap dengan rakus dan tamak sebelum kahwin.

Kalian yang belum berkahwin!

Jauhilah perhubungan dua jantina sebelum kahwin. Ia hanya tipu daya yang menipu anda di depan mata. Sebelum kahwin, kedua-duanya baik-baik dan manis saja, kerana kedua-duanya pula adalah pelakon terbaik dan sanggup berkorban apa saja untuk mendapatkan apa yang dicita. Setelah didapat (berkahwin), hilanglah segala yang dilakonkan, hilanglah madu, manis dan baik-baik, yang tinggal dan timbul hanya yang sebenar, yang tawar, hambar. Tiada lagi pengorbanan dan kesanggupan yang tinggi. Kebersamaan seolah tidak beerti dan tidak manis lagi. Bahagia telah pergi. Yang ada hanya sengsara, akibat keterpaksaan bersama, kerana kehidupan telah dibina, putra-putri telah berusia, perpisahan hanya akan mengundang lebih besar bala, dan malu dalam masyarakat. Lalu, hiduplah, bersama walau tidak sehaluan, tidak bahagia. Inilah denda, azab, sengsara dunia, kerana melampaui hak Allah sebelum perkahwinan masa remaja.

Kalian yang belum berkahwin!

Jauhilah perhubungan dua jantina sebelum kahwin. Jauhilah dari suka bersama-sama sekalipun untuk tidak berbuat apa-apa, jauhilah dari bersama walaupun bukan di tempat gelap gelita, jauhilah dari sentiasa bersama walau dalam terangnya cahaya, jauhilah dari sentiasa bersama walau hanya sekadar untuk berehat-rehat dan berhibur saja. Kerana, kebersamaan yang tidak ada apa-apa adalah kebersamaan di depan manusia, dalam terang cahaya. Tapi kebersamaan akan mengukuhkan "kebersamaan", dan di ujung-ujungnya akan menjadikan dua raga yang berbeza berpadu dalam raga yang "sama". Kebersamaan akan mengukuhkan kebersamaan, dan akan menuntut kebersamaan sehingga ia menjadi tabiat yang sukar dipisahkan, sehingga ia menjadi satu ketagihan untuk bersamaan, padahal belum kahwin, sedang manusia tidak sentiasa ada bersama kita, manusia tidak akan sentiasa di depan kita, terang akan tiba waktu gelap pula, sedang kebersamaan dengan ketagihannya akan terus bersama, dan apa lagi kalau sudah gelap, dan orang sudah tiada, kebersamaan akan memadukan manusia menjadi paduan yang sama. Dan syaitan akan meloncat ronta gembira!




Lelaki yang belum berkahwin!

Pasti saudara pernah mendengar ungkapan "dari mata jatuh ke hati". Ya, memang dari mata akan jatuh ke hati kerana mata adalah pancaindera yang menerima sumber atau input data. Hati adalah pemproses yang akan menentukan nilaiannya. Saudara memilih dan membeli barang di pasaran setelah melihat, memerhati dan telah jatuh hati. Ya, apabila saudara melihat saudari dengan mata, ia akan jua dinilai oleh hati. Baik buruknya. Cantik kurangnya. Mata dan hati, pancaindera dan organ adalah ciptaan Tuhan yang suci. Tapi punya peranan yang bisa dipositifi atau dinegatifi, tergantung kepada nakhoda si pengemudi diri. Maka, saudara, jagalah pandangan mata! Supaya hanya terpandang dan memandang yang baik-baik saja dan yang mendatangkan kebaikan saja. Kerana boleh jadi, sesuatu itu baik, tetapi tidak akan mendatangkan kebaikan, bahkan menambah keburukan, dosa dan noda jika dipersalahguna. Kecantikan pada wajah si putri itu baik, dan elok sekali, untuk kemantapan rumahtangga berkeluarga. Tapi, awas, kecantikan yang bukan atau belum milik saudara itu berbahaya untuk dipandang-pandang lama, diulang-ulang pandang, ditenung-tenung dengan penuh rasa, kononnya menjiwai kecantikan makhluk ciptaan Yang Esa. Ya, memang indah ciptaan makhluk Yang Esa itu, tapi apakah saudara telah punya autoriti untuk menikmatinya. Kalau bukan yang saudara punya, tentu tidak boleh. Menceroboh namanya. Mengambil hak oang itu, mencuri. Mahu jadikan ia, hak anda, berkahwinlah!

Lelaki yang belum berkahwin!

Jagalah pandangan mata. Jangan biarkan ia terlepas liar, tambatlah pada tali taqwa berpelunggulkan iman. Janganlah biarkan pandang mata anda hinggap pada badan-badan manusia yang tidak bertutup, janganlah ia melihat pada manusia yang pakainya tak ubah seperti pembalut nangka, janganlah membiarkan ia melihat secara lutsinar pandangan pada objek-objek yang tidak sepatutnya, janganlah ia dibenarkan menikmati pemandangan bukit bukau dan lurah cerun yang tidak halal baginya, janganlah ia jatuh bertentangan lama mata antara dua jantina, kelak mengalir arus-arus syaitan yang berlari sepantas panahan, membawa virus bayang-bayangan dan ingatan, yang akan menjelma pada masa-masa depan, masa keseorangan, masa berangan-angan, masa khayalan, masa kesepian, kelak nanti mendorong kemaksiatan.

Perempuan yang belum berkahwin! Juga.

Jagalah pandangan mata. Kerana mata saudari itu adalah kuasa yang dipinjamkan-Nya. Kuasa tarik yang maha kuat. Yang maha tajam. Bisa menembus benteng kekuatan iman sang lelaki. Kuasa tusukan panahan yang maha bisa hingga membuatkan orang tersiksa dan ketagih untuk melihatnya lagi. Andai tidak bisa melihat lagi, ia terus tersiksa, dan merana, dan terus menyimpan cita-cita dan ia susuli dengan usaha hingga bisa dua mata dari lain jantina itu bisa bertentang lagi. Padahal, pada pertentangan itu tidak ada lain kecuali panahan syaitan dan murka Allah saja. Awas. Jagalah pandangan matamu sang putri, demi menjaga kesaliman iman saudaramu seagama tapi berlainan jantina, sang lelaki. Jagalah pandangan matamu, kerana engkau tidak buta. Dan dia yang melihat juga tidak buta. Dan bagaimana sekiranya kamu dijadikan Allah buta? Tidakkah kamu bersyukur dengan ketidakbutaan kamu? Mengapa mahu lagi kamu derhaka pada perintah aturan-Nya?



Buat putri,

Jagalah kemuliaan jiwa dan ragamu. Pada dirimu itu tidak ada lain hanya kemuliaan. Rupa wajah, paras potongan, bentuk ciptaan, dan aurat adalah kemuliaan yang Allah jadikan padamu, untuk menguji orang yang beriman, kamu dan manusia lain. Maka, kemuliaan itu, peliharalah, jagalah, lindungi ia, tutupilah, jangan dedah-dedahkan, kelak terkena kotoran, tercalar oleh sentuhan haram lagi terlarang, kelak diguris orang, kelak disambar, diterkam sang pemandang, pengintai, pemerhati, yang memandang dan menyimpan, cita-cita memiliki dan menguasai.

Duhai putri,

Labuh-labuhkanlah. Jangan singkat-singkatkan. Labuhkanlah hijab (tudung kepala). Jangan singkat-singkatkan. Biar sampai menutupi bentuk-bentuk badanmu. Biar sampai menutupi dadamu, dari depan, dan sisi. Labuhkanlah jilbab (pakaian badan), dan longgar-longgarkanlah. Biar ia melepasi, paras yang menjadi sensitivity. Janganlah sekadar mengambil nama, asalkan pakai saja. Pakailah kerana tujuannya. Tujuannya untuk menutupi, untuk menghalang dari dipandangi, maka, tutupilah selayaknya, sesempurnanya. Janganlah telah ditutupi semuanya, tapi seperti pembalut nangka, kulitnya tidak nampak, tapi bulat lepernya semua orang tahu, bentuknya! Bentuknya! Jagalah bentuknya, supaya bentuknya pun orang tidak tahu. Supaya bentuknya pun tidak melemparkan kamu, dan melemparkan orang yang memandangnya kea pi yang menyala. Bentuk adalah satu kuasa, bentuk adalah amanah Allah padamu supaya dijaga, bentuk adalah satu bentuk ujian kepada kita. Maka, bentukmu, jagalah!

Putri, janganlah berlunak manja, dengan lain jantina. Pada suaramu ada aura, ada aurat, dan ada kuasa, ada gravity, dan tarikan lunak manja. Apalagi, kalau aurat fizikal sudah tidak terjaga, atau tidak sempurna tutupnya, lebih parah dan bahaya. Tetapi, jika aurat fizikal sudah dilitup syumul semuanya, pun suara masih kena dijaga, kerana ia bisa jadi bahaya, apabila dilunak manja, dilemak lentukkan lengguknya, ditambah bunga bahasa, yang segar dan wangi pula, lebah mana tidak teruja? Lebah itu nampaknya bergaya, terbang ke sini sana, riang ria, tapi awas! Lebah itu berbahaya. Madu diserapnya, dan manusia pun disengatnya. Jagalah suara, jagalah bahasa, dan intonasinya. Kalau pun dia sang lebah berjaya mengawal kehendaknya, tapi siapa yang bisa menidakkan dosa, apabila ia telah terlaksana, (ie apabila suara telah dibicarakan dengan lemak manja lunak menggoda).

Bukan kerana Tuhan tidak menyayangi, bukan kerana Dia tidak Adil, lalu Dia menetapkan bermacam-macam ketidakbolehan, halangan, larangan, ikatan, kesempitan padamu, sang putri! Bukan! Bukan! Justeru Dia menyayangi saudarilah, dia menyediakan system pengurusan diri saudari dengan sedemikian aturan, standard, dan prosedur, yang komprehensif, efektif, supaya saudari selamat, jiwa dan raga (selamat jiwa dari dosa, selamat raga dari bahaya). Putri, apabila keluar dari rumahmu, tahanlah dirimu dengan kesabaran dari berhias. Badanmu itu sendiri sudah satu perhiasan yang sangat cantik, yang bisa menarik manusia, tiada siapa yang bisa menafikannya. Apalagi jika saudari tambahi dengan perhiasan luaran. Bertambahlah tarikan. Sedang Tuhan tidak mengkehendaki saudari dari mentertarikkan orang, supaya jauh dari maksiat dan ketidakselamatan. Maka, tahanlah diri dari berhias! Pada wajah, pada badan dan pada pakaian. Allah itu memang Maha Cantik dan Menyukai kecantikan. Tapi, berpada-padalah dengan kecantikan dan biarlah ia menempati keperluan. Berpakailah sekadar kemas, tidak comot, tapi bukan sampai berlebihan dengan hiasan, wangian, warna-warna ranggi dan garang, memikatkan, sehingga mentertarik setiap mata yang terpandang, atau memandang. Sembunyikanlah dulu perhiasan, biar manusia tidak tahu tapi Tuhan Maha Tahu. Dan bunyi-bunyian, dari mata rantaian, yang mengelilingi dan melingkari tangan-tangan, atau kaki-kakian, locengan dan hentakan dari sepatu, senyapkanlah.

Tuhan Maha Tahu, bahawa engkau tidak bisa mematikan nafsu, kehendak dan ingin yang mahu, menunjukkan bahawa engkau adalah makhluk yang hebat, cantik, dan menarik. Engkau mahukan perhatian, dipandang, dan diberi pujian. Engkau mahu menunjukkan, engkau adalah sebaik-baik perhiasan. Engkau mahu berhias-hiasan, bercantik-cantikan, berwangi-wangian, menarik dan menawan dalam pandangan, kerana itu semua karateristik idaman, karakteristik syurga yang diharap balasan, maka bernikahlah! Ia menghubungkan manusia. Ia mendamaikan jiwa. Ia menukarkan dosa kepada pahala. Ia menghalalkan yang haram. Ia membenarkan yang dilarang. Ia tempat kepuasan. Ia tempat untuk berhias-hiasan, bercantik-cantikan, bersenang-senang seronokan, tempat untuk mempamerkan segala kehebatan, ia adalah hak anda yang telah dihalalkan. Kelak, berhiaslah sehias-hias dan sepuas-puasnya, dalam lingkungan kamar, dan dalam rumah anda, dan peragakanlah, pertontonkanlah kepada si dia yang telah halal pada anda.

Berkahwinlah! Belum mampu? Bercita-cita, bersedia, dan berusahalah! Sedang menunggu masa, bersabarlah dan berpuasa! Sesungguhnya ia benteng. Dan menjaga kehormatan diri, dari noda dan dosa. Jauhi supaya tidak terhampiri, kerana apabila sudah hampir, tidak dapat lagi lari, syaitan telah mengelilingi. Sucikanlah diri. Berdoa dan minta diampuni. Berdoa dan minta dipeliharai, oleh Allah sendiri. Berdoalah, dan minta dipandui. Berdoalah, supaya cepat dan selamat diijabkabuli. Dan berdoalah, supaya bahagia yang menanti.

Berdoalah, kerana Dia Maha Mendengar, dekat dan mengkabulkan.

Berdoalah, dengan takut (dosa-dosa yang lepas) dan harap (diampuni).

Amin.

Wednesday, October 8, 2008

Takbir Raya..

assalamualaikum.

kiranya bermanfaat jika dapat kita memerhati balik, apa sebenarnya yang kita uc apkan pada 1 Syawal lalu? (bagi siapa yang belum tahu). kadang-kadang, lucu juga. kita mengucapkan, sesuatu, tapi kita tidak tahu, apa sebenarnya yang kita ucapkan. marilah kita maju lagi selangkah; memahami apa yang kita "kata". makna disalin dari risalah edaran masjid. moga bermanfaat.


Allahhu Akbar. Allahhu Akbar. Allahhu Akbar.
Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.

La Ilaha Illallah.
Tiada Ilah kecuali Allah.

Wallahu Akbar.
Dan Allah Maha Besar.

Allahhu Akbar wa lillahil hamd.
Allah Maha Besar dan kepada Allah segala pujian.

(3 kali)

Allahhu Akbar.
Allah Maha Besar.

Allahhu Akbar.
Allah Maha Besar.

Allahhu Akbar.
Allah Maha Besar.

Allahhu Akbar.
Allah Maha Besar.

Wal hamdu lillahi kathira.
Dan segala pujian bagi Allah banyak-banyak.

Wa subhanallahi bukratan wa aasiila.
Dan Maha Suci Allah pagi dan petang.

La Ilaha illallahu wa la na'kbudu illa iyyahu,
Tiada Ilah kecuali Allah dan tidak kami sembah kecuali kepada Dia,

mukhlisina,
orang-orang yang ikhlas,

lahuddin,
bagi-Nya saja Dein,

walau karihal kaafiruun.
walau dibenci orang-orang kafir.

La Ilaha illallahu. Wahdahu.
Tiada Ilah kecuali Allah. Dia Esa.

Sodaqo wa'kdahu.
Dia membenarkan janji-Nya.

Wa nasoro 'abdahu.
Dan menolong hamba-Nya.

Wa a-'azza jundahu.
Dan memuliakan tentera-Nya.

Wa hazamal ahzaaba wahdah.
Dan menghancurkan tentera bersekutu. Dan Dia Esa.


La Ilaha illallah.
Tiada Ilah kecuali Allah.

Wallahu Akbar.
Dan Allah Maha Besar.

Allahu Akbar.
Allah Maha Besar.

Wa lillaahil hamd.
Dan bagi-Nya segala pujian.

Tuesday, October 7, 2008

Hamba dan Perhambaan Masa Kini

"Islam meminta supaya manusia menuju kepada satu tujuan sahaja iaitu ikhlas dalam menghambakan diri kepada Allah, jangan menyembah manusia lagi". (Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan, h. 65).
Perkataan al-'Ibadah sering disempitkan maknanya. Ibadah sering dimaksudkan sebagai amalan keagamaan yang dilakukan di dalam masjid pada waktu-waktu tertentu. Setelah itu, manusia merasa bebas dan merdeka untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang dikehendaki. Ibadah juga bukanlah sekadar gerak hati untuk berniat baik. Tanpa merasa perlu melakukan aktiviti wajib yang lainnya.
Ibadah sebenarnya berasal dari perkataan 'abada (beribadah, menyembah, mengabdi). Manakala perkataan 'abuda bererti menjadi hamba sahaya.
Seseorang yang beribadah bererti menjadikan dirinya hamba sahaya hanya untuk menyembah atau mengabdikan diri kepada tuannya. Dengan maksud yang sedemikian rupa siapakah yang disebut hamba? Dan aktiviti apakah yang menjerumuskan seseorang kepada perhambaan?
Pengabdian diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala perlu dilatih dari kecil lagi.

Perhambaan Manusia
Kerajaan Parsi sebelum kedatangan Islam, diperintah oleh keluarga Sasanit yang berkuasa secara turun temurun. Mereka merasa lebih tinggi kedudukannya dari manusia biasa. Bahkan mereka menganggap diri mereka sebagai keturunan dewa (tuhan). Seluruh harta kekayaan negara menjadi milik raja-raja dan digunakan sewenang-wenangnya untuk berpesta melampaui batas kesenangan dan kemewahan. (Abu Hassan al-Hassan an-Nadwi, Sirah an-Nabawiyyah, 1989)

.Ketika utusan kaum muslimin, Raba'I bin Amir, Huzaifah bin Muhsin dan Mughirah bin Syu'bah berdiri di hadapan Rustum, panglima perang Parsi ,mereka berkata, "Allah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan (perhambaan) terhadap sesama manusia, kepada penyembahan terhadap Tuhan manusia…". (Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan).

Aktiviti perhambaan sesama manusia mungkin berlaku apabila aktiviti yang dilakukan untuk memuliakan, mengagungkan, membela, menyerahkan jiwa raga kepada seseorang, sehingga melampaui batas kemanusiaan. Walaupun dia rela berdiri sebagai hamba. Keadaan ini berlaku antara lain sebagaimana yang dilakukan oleh para pengikut orang suci Dalai Lama di Tibet, Dewa Matahari di Jepun dan Raja Bhumipol di Thailand. Keadaan ini juga boleh berlaku jika seseorang peminat fanatik terhadap seorang bintang filem, penyanyi, negarawan dan ahli politik. Pada hakikatnya mereka telah diperhambakan. Perhambaan manusia atas manusia.

Perhambaan Ideologi
Ketika mendengar seruan dakwah Rasulullah s.a.w, Adi bin Hatim, pemuka suku Tha'I segera melarikan diri ke Syam. Maka Rasulullah s.a.w menawan saudara perempuannya dan beberapa orang dari kaumnya.
Atas hidayah Allah S.W.T saudara perempuan Adi telah memeluk Islam. Kemudian dia menemui Adi bin Hatim dan menganjurkannya pergi ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. memenuhi anjuran saudaranya itu, Adi bin Hatim berangkat ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Di lehernya bergantungan kalung salib sebagai lambang kenasraniannya. Melihat kedatangan Adi dengan kalung di lehernya, Rasulullah s.a.w kemudian membaca surah at-Tawbah ayat 31.
"mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Rabb (tuhan) selian Allah dan (juga mereka menjadikan tuhan) al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Ilah yang Maha Esa, tidak ada Ilah kecuali Dia, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan".Mendengar bacaan Rasulullah s.a.w Adi bin Hatim memprotes, "Kami tidak menyembah orang alim kami". Rasulullah s.a.w menjawab, "para rahib itu mengharamkan ke atas kaumnya apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram, kemudian diikuti oleh mereka. Maka itu bererti pengabdian (penyembahan). Dengan jawapan itu, Adi kemudian telah memeluk Islam. (terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid IV).
Ajaran para rahib Nasrani antara lain mengatakan bahawa Isa al-Masih adalah Ilah (tuhan) yang harus disembah (ajaran Saint Paul), menghalalkan daging babi yang diharamkan Allah S.W.T dan mengharamkan ibadah nikah yang telah dihalalkanNya. Bila ajaran ini diikuti, maka perbuatan mengikuti itu merupakan sebuah bentuk pengibadatan kepada ajaran Nasrani (yang telah diselewengkan) sekaligus sebuah bentuk penyembahan terhadap penditanya.

Perhambaan Kepada Material
Al-Ahnaf bin Qays melihat seseorang memegang wang dirham, lalu bertanya, "Milik siapakah wang itu?".
"Milikku," jawab orang itu.
"Wang itu menjadi milikmu jika anda belanjakan untuk sesuatu yang akan mendatangkan pahala atau menimbulkan rasa syukur".Kemudian al-Ahnaf membaca sebuah syair, "Anda dimiliki oleh harta jika anda tahan (tidak gunakan). Sebaliknya, jika harta itu anda sedekahkan atau belanjakan, maka harta itu benar-benar menjadi milik anda". (Terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid 9).
Kebenaran syair yang dibaca oleh al-Ahnaf bin Qays itu dapat kita temui dalam kehidupan sehari-hari. Begitu ramai manusia yang bersusah payah, bekerja keras, membanting tulang, memerah keringat, hanya untuk mengumpul harta sebanyak-banyaknya. Bahkan kadang-kadang dengan berbagai cara haram yang dihalalkan. Menyodok kanan kiri, menekan yang dibawah, menjilat yang di atas, menendang yang didepan, menutupi apa yang ada di belakang. Padahal, dia sendiri tidak sempat untuk menikmati seluruh hasil usahanya itu.
Orang-orang yang terseret dalam dunia korupsi, monopoli, riba dan apa sahaja kerja yang sejenis itu, untuk menebalkan poketnya sendiri. Sesungguhnya dia telah menjadi hamba harta, hamba kekayaan, sebagaimana syair yang dibacakan oleh al-Ahnaf di atas. Rasulullah s.a.w telah mengecam orang-orang seperti itu dengan sabdanya antara lain bermaksud, "Celaka dan kecewa hamba wang dinar atau dirham, celaka hamba perhiasan, permaidani atau pakaian". (HR Bukahri).

Perhambaan Kepada Jin
Pasa suatu malam, Kurdum bin Abi Sa'ib al-Ansari dalam perjalanan ke Mekah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Beliau bermalam di rumah pengembala kambing. Ketika malam semakin larut, datang seekor serigala dan secepat kilat menyambar seekor kambing. Pengembala itu segera berseru, "Hai penjaga daerah lembah ini, ku harap perlindunganmu!".
Tiba-tiba terdengar suara, "Hai Sarhan, lepaskanlah!". Kemudian kambing yang disambar serigala itu lari kembali dan masuk ke dalam kandangnya. Tanpa terluka atau terganggu sedikitpun. (Terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid 8).
Dalam kisah di atas, pengembala kambing itu telah melakukan syirik. Dia meminta perlindugan daripada roh-roh penguasa wilayah itu. Ini termasuk perhambaan kepada roh atau jin. Allah S.W.T berfriman, "Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan". (Surah al-Jin : 6).
Jika berkhemah di suatu tempat, biasanya seseorang membaca, "Aku berlindung dengan pemimpin Jin di tempat ini, jangan diganggu diriku dan anak-anakku, atau ternakan serta harta kekayaanku". (Asudi, Ibn Kathir). Ini menyebabkan jin semakin bongkak. Dia makin berani melakukan kejahatan dan menakut-nakutkan manusia. Hingga sebahagian manusia rela memberikan persembahan-persembahan sesuai dengan permintaan jin. Manusia seperti ini telah masuk ke perangkap perhambaan kepada Jin.

Perhambaan Kepada Hawa Nafsu
Kebiasaan orang Arab Jahiliyyah adalah menyembah benda-benda yang disukainya. Boleh jadi, hari ini dia menyembah batu yang bentuknya indah. Namun bila dia menemui benda lain yang lebih menarik hatinya, maka batu itu ditinggalkan. Kemudian dia akan beralih menyembah benda baru yang lebih menarik itu. Begitulah seterusnya. (Tafsir Ibn Kathir). Tentang keadaan ini, Allah S.W.T berfirman, "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilah (tuhan)nya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya…". (Surah al-Jathiyah : 23).
Nafsu menuntut untuk selalu dipenuhi dan dituruti. Ketika dirinya sendiri sudah tidak berkuasa untuk menolak, bahkan terus memburu kepuasan nafsunya, saat itulah sedar atau tidak dia telah menjadi hamba hawa nafsunya.
Munculnya perilaku homoseksual, hiperseks, lesbian dab sodomi merupakan fenomena manusia yang diperhambakan oleh nafsu seks. Akibatnya timbullah penyakit-penyakit mental, "sex maniac" dan sebagainya. Ada pula orang yang diperhambakan oleh nafsunya yang selalu menjadikannya gelisah dan gundah gulana. Maka larilah mereka mencari pil 'ectasy', ganja, morfin dan yang sejenis dengannya. Jadilah mereka hamba hawa nafsu yang mengabdikan diri kepada kepuasan nafsunya semata-mata.

Manusia Yang Merdeka
Allah S.W.T berfirman, "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Ku". (Surah az-Zariyat : 56). Islam berpijak pada pengertian bahawa manusia adalah 'abd, hamba atau pelayan Allah, hamba kepada Penciptanya, hamba kepada Maha Pemberi , Pemelihara, Penguasa mutlak dan Rabb semesta alam. Kemudian Allah S.W.T melantik manusia sebagai wakilNya di muka bumi.
Maka langkah yang lurus dari pemahaman ini adalah untuk menjadikan Allah S.W.T sebagai satu-satunya sembahan sedangkan manusia sebagai abdi (hambaNya). Adalah suatu yang amat keliru apabila manusia mengambil Tuhan selain Allah atau sembahan-sembahan selain Allah. Bahkan adalah tidak wajar bila manusia menjadikan dirinya sendiri sebagai tuhan selain Allah S.W.T.Menjadikan hanya Allah S.W.T sebagai sembahan, adalah dengan mengerjakan segala yang diperintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mematuhi dan melaksanakan perintah Rasul, menghormati kedua orang tua, mentatati pemimpin yang beriman, menunaikan ibadah seharian, menolong sesama manusia, membela kehormatan diri dan agama, menuntut ilmu, semua itu adalah perintah Allah. Maka sebagai hamba yang baik, kita harus berusaha semaksima mungkin untuk melaksanakannya.
Demikian pula sebaliknya. Judi, zina, syirik, membunuh jiwa tanpa alasan syar'I, menindas, menuruti hawa nafsu, merupakan larangan-larangan Allah S.W.T. Maka sebagai hamba yang baik, kita harus berusaha semaksiman mungkin untuk meninggalkannya.
Ini sesungguhnya hakikat manusia yang merdeka. Mengembalikan perhambaan dirinya hanya kepada Allah S.W.T. Tidak menjadi hamba ideologi, tidak pula menjadi hamba manusia, harta benda, makhluk-makhluk halus, hawa nafsu atau yang lainnya.

Monday, October 6, 2008

Jihad Vs Keganasan

Islam jamin kesejahteraan
DALAM kegembiraan merasai kerusi empuk di 10 Downing Street, Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, yang baru memegang jawatan itu tiba-tiba diselubungi kegelisahan apabila dikejutkan dengan aktiviti keganasan di Glasgow dan London, baru-baru ini.
Apa tidaknya, keganasan tidak mengenal mangsa, baik muda mahupun tua. Malah anak kecil yang belum mengerti apa-apa juga tidak terlepas daripadanya. Di mana-mana ia boleh berlaku, sama ada di ruang terhad berhawa dingin lengkap dengan set sofa eksklusif atau kawasan terbuka yang sibuk dengan orang ramai, membuatkan semua orang dibayangi ketakutan.Keganasan, merujuk kepada satu situasi atau kejadian menakut dan mencemaskan, ungkapan yang sangat popular sejak kebelakangan ini, malah di Barat ia rancak diperkatakan, daripada rakyat biasa hinggalah pemimpin atasan.Dalam bahasa Arab disebut sebagai 'irhab' yang berasal daripada perkataan 'rahiba' bermaksud ketakutan, namun perkataan 'irhab' tidak digunakan bagi menggambarkan sifat atau perkara yang berkaitan dengan keganasan.Perkataan Inggeris ialah "terrorism" yang berasal daripada perkataan "terror", bermakna "menakutkan" atau "mengerikan". Sarjana memberikan pelbagai pengertian terhadap keganasan, tetapi ia tidak lari daripada beberapa elemen penting, membabitkan penggunaan keganasan atau kekerasan, sama ada menggunakan bahan letupan atau bahan kimia, penculikan dan rampasan.Keganasan juga dihubungkan dengan aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan serta mempunyai motif politik, iaitu menyampaikan mesej untuk menjatuhkan satu-satu pemerintahan atau negara yang dibentuk dengan mandat sah.Jika ditinjau dari sudut sejarah, kejatuhan Empayar Uthmaniah dan berakhirnya Perang Dunia Pertama boleh dikira sebagai titik permulaan ke arah era keganasan. "Penaklukan negara di Timur Tengah oleh penjajah British dan Perancis serta memecahkan negara terbabit adalah antara faktor berlakunya keganasan," kata Dr Nik Rahim Nik Wajis dari Jabatan Syariah, Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Universiti Brunei Darussalam, dalam kertas kerjanya bertajuk "Jihad vs Keganasan: Dari Perspektif Islam".Beliau berkata, dari perspektif Islam, keganasan satu tindakan yang dilarang dalam berdasarkan kepada beberapa ayat al-Quran dan hadis."Ini kerana pembunuhan orang yang tidak berdosa diharamkan di dalam Islam," katanya.Menurutnya, keganasan tidak direstui oleh syarak kerana matlamat kumpulan pengganas semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan yang sah atau menimbulkan kekecohan serta kekacauan di dalam negara terbabit melalui cara yang tidak diiktiraf oleh undang-undang sama ada undang-undang syarak atau sivil."Apabila matlamat salah, dengan sendirinya tindakan mereka melakukan keganasan dan pembunuhan serta kekacauan akan juga dikira salah."Lantaran itu, mana-mana kumpulan pengganas yang melakukan tindakan keganasan sama ada membabitkan pembunuhan atau kemusnahan harta benda awam serta kerajaan wajar dikenakan hukuman berat setimpal dengan tindakan ganas mereka," katanya.Biarpun jelas aktiviti keganasan tidak dianjurkan Islam, realitinya hari ini setiap kali berlaku kes terbabit masyarakat bukan Islam seperti di Barat segera melemparkan tohmahan kepada golongan Islam, biarpun bukti untuk mengaitkannya sangat tipis.Tindakan memburukkan imej Islam dan anti Muslim oleh Barat bukan saja melebarkan lagi jurang perkauman, malah ditambah dengan perasaan buruk dan curiga mereka, layanan yang diterima masyarakat Islam semakin mendukacitakan. Islam sebagai agama yang menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat tidak pernah menganjurkan umatnya melakukan keganasan tidak tentu arah, sebaliknya mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang terbabit dengan tindakan keras itu.Konsep jihad yang dianggap masyarakat Barat sebagai perang suci dan dipuji dalam Islam juga berbeza dengan keganasan dan tindakan melampau, yang membawa kepada kemusnahan dan ketakutan umum.Jihad bertujuan mempertahankan diri, menghapuskan kezaliman dan penindasan, dengan matlamat mengakhiri peperangan dan mewujudkan perdamaian. Malah, jihad yang secara umumnya fardu kifayah mempunyai syarat tertentu perlu dipatuhi seperti larangan membunuh kanak-kanak, wanita serta orang tua yang tidak terbabit dalam memerangi umat Islam.Imam Malik ada meriwayatkan, Nabi Muhammad s.a.w melarang tentera Islam yang memerangi Ibn Abi Huqaya (pembelot dari kaum Yahudi Madinah) daripada membunuh wanita dan kanak-kanak. Dalam satu peristiwa jihad menentang kaum musyrikin, diriwayatkan Nabi s.a.w melihat mayat seorang wanita yang dibunuh dalam satu serangan dan Nabi amat murka dengan kejadian itu dan baginda melarang membunuh wanita dan kanak-kanak.Dr Nik Rahim berkata, peraturan jihad juga boleh dilihat dalam amanat yang dibuat Abu Bakar r.a. kepada komander angkatan jihad Islam ke Sham:"Jangan kamu membunuh wanita, kanak-kanak atau orang cacat. Jangan kamu memotong pokok yang berbuah, jangan menyembelih biri-biri atau unta kecuali hanya untuk makan. Jangan kamu membakar sarang lebah dan jangan rosakkan sarang mereka. Jangan mencuri harta rampasan, dan jangan jadi orang pengecut." Amanat itu bertepatan dengan yang digariskan oleh al-Quran, bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh seseorang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Tetapi janganlah ia melampaui batas kerana sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat sepenuh-penuh pertolongan." (Al-Israa:33) Berdasarkan panduan ini dapatlah difahami darah mereka yang tidak mengambil bahagian di dalam peperangan menentang Islam tidak boleh ditumpahkan walaupun di dalam medan perang.

Salahudin..

(Petikan dari Abul Hassan ali Nadawi, Saviors of Islamic Spirit)
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.
Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.
Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Kadi Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)
Pertukaran Hidup Salahuddin
Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenagannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Kadi Bahauddin,1234).
Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Kadi Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.
Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumoukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Kadi Bahauddin, 1234)
Peperangan Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawaha dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.
Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammat atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.
Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.
Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Kadi Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.
Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. Dalam catatan Kadi Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas kemengang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-prang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.
Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.
Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.
Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.
Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.
Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.
Wafatnya Salahuddin
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Salahuddin yang Wara'
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.
Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.
Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"
Aku menjawab, "Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku.Kini aku mohon pertolongan-Mu.Aku menyerahkan diriku kepada-Mu.Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini"
Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"
Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.
Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.
Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.
Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya".
Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.
Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.
Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.
Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".
Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, "Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketiak peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suati hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai".
Salahuddin sebagai ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengeatahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.
Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an
Rujukan:
Kadi Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155
Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99